Wanita Ini Kongsi Kemeriahan Berbuka Puasa Bersama Keluarga Dan Saudara Mara. Dah Macam Ala Kenduri. Menarik!

Share

Suasana paling meriah bulan Ramadan apabila berbuka bersama keluarga. Lebih meriah apabila berbuka bersama adik beradik dan suadara-mara di kampung. Ikatan sebuah keluarga yang bahagia terserlah apabila situasi ini cakna dalam setiap keluarga.

Malah, hidangan makanan untuk berbuka pun bagaikan lauk kenduri. Kena buat beberapa set untuk satu jenis lauk.  Memang  sangat meriah. Dah macam kenduri kendara dah.

Begitulah momen manis yang dikongsi oleh puan Cik Ning Haniey mengenai kisah keluarganya yang berbuka puasa beramai-ramai.

Alhmdulillah syukur…padamu Ya Allah kami Ank2 mak berkumpul adik beradik..ipar2 ..ank saudara…pakcik ..makcik..sepupu..anak sepupu ..berkumpul utk berbuka puasa bersama2 .

Katanya, majlis berbuka disertai oleh adik beradiknya, ipar duai, anak saudara, ahli keluarga sepupu dan ibu bapa saudara.

Meriahnya!

Berdasarkan gambar yang dikongsinya, memperlihatkan, menu dihidang ala kenduri dengan kain panjang dijadikan alas hidangan makanan.

Bukan itu sahaja, minuman pula diletakkan diruang khas untuk memudahkan ahli keluarga layan diri.

Sungguh inspirasi perkongsian ini. Lumrah apabila balik kampung sesetengah keluarga menjadikan momen ini sebagai tradisi. Malah suasana ini makin terasa apabila hari akhir Ramadan apabila anak-anak ramai yang pulang ke kampung. Ketika ini, penuh  rumah  di kampung. Lagi lah jika adik beradik 7 orang dengan semua yang dah berkahwin. Suasana yang sungguh manis di bulan Ramadan.

IKLAN