Menceritakan latar belakangnya, Rasyidah berkata, dia fasih bertutur dalam bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan di sekolah Cina sejak darjah satu hingga tingkatan enam seterusnya seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
“Ketika kecil, saya pernah memasuki kelas piano dan majoriti muridnya berbangsa Cina. Itu sebabnya saya meminta ibu mendaftarkan saya ke sekolah Cina kerana mahu belajar bahasa Mandarin.
“Pergaulan dengan mereka ketika di sekolah yang membuatkan saya fasih namun saya hanya bertutur dalam bahasa itu ketika menjalankan perniagaan dalam talian dulu kerana di awal kerjaya iaitu pada 2011 saya ditempatkan di meja berita am sebelum beralih ke unit bisnes saluran bahasa Melayu.
“Menyedari kelebihan itu, pihak pengurusan menawarkan saya menyertai unit berita am saluran Mandarin dan saya sahut cabaran itu kerana menganggapnya kesempatan mempraktikkan pengetahuan yang ada,” katanya ketika ditemui di Studio NSTP, hari ini.
AMANAH PEMBACA BERITA
Ads
Menurutnya, selepas sekian lama bertugas sebagai wartawan penyiaran di unit berita Mandarin, dia akhirnya diberi kepercayaan menjadi penyampai berita di saluran berkenaan.
Pada mulanya, Rasyidah berkata, dia tidak yakin menerima cabaran itu tetapi mendapat keyakinan hasil galakan daripada keluarga dan wartawan penyiaran serta penyampai berita, Ivan Toh yang mencadangkan namanya kepada pihak pengurusan.
“Sebelum ini, skop kerja saya di belakang tabir iaitu membuat liputan, menulis berita, skrip dan ‘voice over’ dalam bahasa Mandarin .
“Namun, sebaik ditawarkan sebagai penyampai berita, saya jadi gementar hingga timbul rasa ragu-ragu dengan kebolehan diri pada awalnya kerana bimbang tidak dapat capai apa yang orang harapkan.
“Akhirnya, saya ketepikan perasaan itu selepas mendapat sokongan keluarga, pengarang, rakan setugas dan guru Mandarin yang mempercayai saya,” katanya.
Ads
Menceritakan pengalaman kali pertamanya di hadapan kamera, Rasyidah mengakui gugup tetapi cuba fokus bagi membolehkan dirinya dapat menyampaikan berita ditulis rakan setugas dengan lancar.
“Memang gementar sebelum masuk ke studio tetapi saya cuba kosongkan fikiran dan tetapkan matlamat untuk menyampaikan berita dengan cara yang paling bagus.
“Alhamdulillah, banyak maklum balas diterima malah saya tidak sangka video itu mendapat perhatian selepas dimuat naik di laman sosial berita RTM.
“Ada warganet memuji sebutan saya jelas dan tidak kurang juga meluahkan rasa kagum melihat kebolehan saya membaca berita bahasa Mandarin walaupun berbangsa Melayu,” katanya.
Rasyidah berkata, masih ada lagi ruang untuk diperbaiki dan dia berharap kemunculannya diterima seterusnya dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap kebolehan seseorang.
“Sebenarnya, saya tidak sangka akan sampai ke tahap sekarang tetapi bersyukur dengan peluang diberikan kerana sekurang-kurangnya, saya dapat memenuhi hajat kedua ibu bapa.
“Diharap, apa yang saya lakukan ini dapat mengubah persepsi masyarakat untuk memandang sesuatu dari sudut positif memandangkan kita tinggal dalam masyarakat majmuk,” katanya.
Buah durian walaupun harganya mahal tetap ada penggemar yang membelinya. Namun oleh kerana PKPD, ramai peminat durian tidak merentas negeri untuk membeli durian di kawasan tertentu.
Apa yang menarik perhatian penggemar durian adalah satu klip video tular di laman sosial yang menyaksikan sekumpulan penduduk kampung mengaut buah durian yang dipercayai hanyut dibawa oleh air deras sebatang sungai di dakwa di kawasan Raub negeri Pahang.
Video berdurasi dua minit itu memperlihatkan sekumpulan lelaki di atas sebuah jambatan menggunakan jaring untuk mengaut buah durian yang hanyut di sungai yang dikatakan dari kebun berdekatan mereka.
“Boleh makan free, harga tengah yahudi sekarang ni,” jelas seorang pemuda dalam video klip tersebut.
Rata-rata orang ramai menyifatkan itu rezeki kepada mereka kerana jika tidak diambil, buah tersebut akan hanyut dan rosak.
“Bagus la mereka ambil, kalau tidak rosak sahaja buah yang harga tengah mahal sekarang ni, jangan ada yang jadi ustaz online pula dalam ni,” jelas @WanAzuan.
Sementara itu, @Faizul_Jo pula berkata, penduduk tersebut tidak perlu pergi ke kedai untuk mendapatkan raja buah itu, hanya tunggu di sungai sahaja.
“Mungkin durian ni datang dari kebun haram hari tu. Ok la tidak perlu ke kedai hanya kaut dengan jaring je.”
Sumber: Kosmo Online
Moga usaha keluarga ini menjadi manfaat kepada yang lain untuk berbuat perkara yang sama buat ibu bapa.
Wanita bertubuh kerdil, Syakila Norazma yang tular sebelum ini di media sosial berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok. Mesra dipanggil wanita Yaya, dia meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.
Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
Mengulas mengenai kelahiran bayi sulungnya melalui pembedahan, Menurut Yaya ini diisebabkan keadaan bayinya yang agak besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” ujarnya lagi.
kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.
Ketika ini sudah tentu kita akan terasa bahang panasnya apabila berada di luar rumah. Sejak sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak pula rasa kering dan haus.
Namun ketika cuaca begini kita harus menjaga kesihatan diri agar tidak tidak menjejaskan kesihatan.
PERSEDIAAN GELOMBANG HABA.
Siapkan diri dan keluarga untuk menghadapi. Gelombang Panas. Ia boleh mencecah sehingga 36-40 darjah. Ikuti beberapa perkara yang sebaiknya jangan dilakukan sewaktu cuaca panas.
Tolong kondisikan badan kita dengan banyakkan minum air putih, minum perlahan-lahan seteguk demi teguk. Jangan minum air sejuk/berAis ya…
GELOMBANG PANAS KINI MENENTANG NEGARA KITA
Indonesia, Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain sedang mengalami gelombang haba.
Apakah petua yang perlu dilakukan dan dielakkan? Tolong BACA !!
Sila ambil perhatian perkara berikut:
1. Seorang rakan doktor datang kepada saya berkata, cuaca sangat panas. Pada waktu siang, ia boleh mencapai 36-40 darjah Celsius.
Dia berkata:
“Pada suhu 36-40 darjah, jangan minum air batu segera! Saluran darah mikro boleh meletup. Seorang rakannya, dari terkena matahari terik, masuk ke dalam rumah sambil membasuh kakinya dengan air sejuk. Penglihatannya menjadi kabur, dan dia pengsan.
2. Suhu di sesetengah tempat telah mencecah 38 darjah Celsius atau lebih. Dalam keadaan ini, sepastinya suhu badan lebih tinggi. Bahaya ini bukan sahaja dari minum ais/air sejuk.
Bahaya ini boleh berlaku walaupun hanya dengan membasuh tangan/ muka/ kaki. Anda tidak boleh menyiram/mengelap bahagian badan yang panas yang terdedah kepada panas terik matahari, dengan air sejuk.
Anda memerlukan lebih kurang 30 minit untuk menyejukkan badan mengikut suhu bilik.
Minum air suam, 34-36 Celcius.
3. Seorang doktor di hospital, memeriksa seorang lelaki yang sangat sihat. 3 tahun kemudian, doktor berjumpa semula dengan lelaki itu dalam keadaan strok
Lelaki itu juga memberitahu:
“Beberapa masa lalu, hari yang sangat panas. Selepas pulang ke rumah, untuk cepat sejuk, saya terus mandi air sejuk. Kemudian, rahang saya tidak dapat digerakkan dengan betul. Saya terus menghubungi ambulans untuk membawa saya ke hospital. ”
Ingat, terutamanya pada hari yang panas, elakkan air sejuk kerana ia akan menyebabkan penguncupan salur darah yang cepat.
Yang dalam rumah ada
anak kecil, mesti beritahu pembantu rumah atau seisi rumah tentang perkara ini.
APA ITU STROK HABA
Terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh.
Keadaan itu menyebabkan tubuh memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang merujuk ia sebagai serangan strok haba.
Selain cuaca panas terik, individu yang tidak sedar badannya kekurangan air sangat berisiko untuk mengalami strok haba.
Andainya berlarutan, ia boleh mendatangkan risiko tinggi bagi kanak-kanak dan bayi, warga emas, pesakit kronik serta individu yang sakit sehingga memberi ancaman komplikasi lebih serius seperti kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati, pembuluh darah dan kematian.
Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding golongan muda.
Dalam cuaca panas ini jugalah ibu bapa perlu memantau pergerakan anak mereka.
Leka bermain menyebabkan kanak-kanak tidak menghiraukan cuaca panas sedangkan mereka yang berumur lima tahun ke bawah lebih berisiko untuk mengalami strok haba.