Wanita Ni ‘Belanja’ Resepi Mee Bandung Air Tangan Arwah Ibu. Simple Je Tapi Kuah Sedap Meletup!

Share

Asyik layan kuih je petang-petang, apa kata hari ini tukar pula selera dengan Mee Bandung. Walaupun simple tapi menyelerakan.

Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.

Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!
Jemput minum ptg..hujan² ni menu “Mee Bandung” ada yg minat ke..

ikot resepi arwah mak sy dlu,simple je..

Bahan-bahan:
1. Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
2. Kacang tanah (goreng & blend)
3. Udg kering ( blend)
4. Daging direbus (air rebusan asingkn)
5. Udang basah..
6. Telor
Cara membuat:

  • Tumis cili sehingga naik myk,masukkn udg kering & kacang.
  • Masukkn air rebusan daging kacau sebati.
  • Biarkan mendidih pastikn garam gula secukup rasa.
  • Masukkan udang,biarkan seketika,masukkan daging,pecah telor & masukkan sayur..siap
    Selamat mencuba
IKLAN