Wrap Simpan Dalam Peti Jadi Keras? Dari Membazir Buang, Baik Jadikan Nachos Chip Mudah Ni!

Share

Beli wrap kononnya nak buat menu sihat, makan itu je. Tapi dah buat dua tiga kali terus kelaut jadinya. Wrap pun tersadai je dalam peti tu. Betul tak? Hehe.

Nak dibuang, rasa bersalah pula sebab masih ok. Kalau yang simpan tertutup elok, ok lagi la teksturnya, masih lembut. Yang terdedah dek angin tu, maunya jadi keras kematu jadinya!

Haaa yang mana sayang lagi dengan wrap tu, apa kata kita ikut idea dari Ena Mohd Arip ni jadikan nachos dari kepingan wrap tu tadi. Nak tahu macam mana caranya? Meh tengok resipi di bawah ni!

Tengok wrap ni macam takde harapan jadi lembut semula.
Dehydrated sampai patah lipatnya. Capati brand tesco pun selalu tak habis pun boleh guna macam ni.

HOMEMADE NACHOS DARI WRAP

Bahan-bahannya :-

Kulit wrap
based flavour- tak kisah nak guna sos korea pedas adabi @ sos tomato @ sos bolognese
Onion & cheese powder
mozarella cheese

Bahan topping (potong dadu) :-

Cili merah
Tomato
Bawang
Hotdog
Nugget

Cara-caranya :-

1. Potong wrap dalam bentuk wedges atau kecil-kecil.

 

2. Tuang sos Korea pedas Adabi atau sos based selera anda. Kalau nak based flavor tomato, guna sos tomato. Gaul rata. Sebab sos ni memang pedas, gaul guna sarung tangan plastik.

3. Tabur Hexa Onion n cheese powder

4. Masuk dalam air fryer atau oven, gril 5 minit suhu 180-200. Kalau nak sekata jangan letak berlapis banyak dalam air fryer.

5. Dah garing, tabur semua bahan yang dipotong dadu tadi atas wrap tadi.

6. Tabur mozzarella cheese. Letak banyak-banyak cheese lagi best. Kalau ada bolognese sos, letak as topping sebelum letak cheese.

7. Grill semula kasi topping cair.

8. Done Nachos wrap Gardenia.

IKLAN