“Ya Allah Doa Dimakbulkan, Dapat Baby Nombor 4, Tinggal Nak 1 Je Lagi.” Aeril Zafril Kongsi Berita Gembira, Wawa Zainal Hamil!

Share

Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.

Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel  memaklumkan isterinya  kini sedang hamil anak keempat mereka.

Berita gembira tersebut  dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril  menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.

“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian peminat dan rata-ratanya tumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik di ruangan komen.

Sumber: aeril_zafrel


 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

 

 

 

 

IKLAN