“Yes I’m Pregnant Again!.” Sempena Hari Lahir Ke-36, Ayu Raudhah Kongsi Berita Bakal Timang Anak Ke Lima!

Share

lama tidak mendengar khabar pelakon cantik manis bermata galak ini. Terbaru, sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Ayu Raudhah berkongsi berita gembira buat peminatnya apabila memaklumkan hamil anak kelima.

Khabar tersebut dimuat naik isteri kesayangan Zaquan Adha menerusi hashtag di di dalam status Instagramnya.

Di dalam perkongsian tersebut, adik kepada Rozita Che Wan ini berkongsi gambar-gambar ketika sambutan hari lahir bersama suami dan ahli keluarga serta teman-teman.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata yang bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7 Muhammad Aisy Aryann, 6 Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Khaliq, 1.

Sumber: ayuraudhah_7

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN