Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari memperoleh hak penjagaan terhadap anak keduanya tanpa sebarang syarat dan bon selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah Mahkamah Majistret sebelum ini.
Keputusan itu dibuat Hakim Suriyati Hasimah Mohd. Hashim selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan Zaim Ikhwan, 31, berhubung perintah terdahulu bagi membolehkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kembali ke pangkuan keluarga.
Kredit foto: Kosmo
Menurut Suriyati, mahkamah telah meneliti hujahan lisan kedua-dua pihak serta semua dokumen yang difailkan sebelum membuat keputusan berkenaan.
“Jika pihak responden tidak berpuas hati, rayuan boleh dikemukakan kepada mahkamah ini yang akan menyediakan alasan penghakiman terhadap rayuan itu.”
Prosiding tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aida Mat Rifin sebagai responden, manakala Zaim Ikhwan diwakili peguam Lavanesh Haresh Mahadevan.
Zaim Ikhwan Fail Rayuan Demi Anak
Terdahulu, pada 2 Disember tahun lalu, Zaim Ikhwan memfailkan rayuan bagi membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Majistret yang sebelum ini memerintahkannya memenuhi 14 syarat berserta bon.
Ads
Selepas 18 bulan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan dijaga oleh nenek saudara termasuk pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mahkamah kini membenarkan kanak-kanak tersebut dipulangkan kepada bapanya.
Keputusan itu pastinya menjadi satu kelegaan besar buat Zaim Ikhwan sebagai seorang bapa. Setelah melalui tempoh yang panjang dan mencabar, peluang untuk kembali menjaga anak sendiri tentu membawa makna yang cukup besar buat keluarga ini.
Ads
ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf bersama adiknya
Ramai pihak turut berharap agar segala urusan berkaitan keluarga ini dapat berjalan dengan baik selepas keputusan mahkamah dibuat. Keutamaan sudah tentu tertumpu kepada kebajikan dan masa depan anak kecil tersebut.
Semoga anak kecil berkenaan membesar dalam suasana penuh kasih sayang, perlindungan dan perhatian daripada insan-insan yang menyayanginya.
Ads
Terdahulu, pada Oktober 2025, Ismanira Abdul Manaf dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan sebelum memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.
Kesempitan hidup buat isteri lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Lebih kuat bila mana teringatkan anak-anak yang masih kecil. Walaupun makan gaji namun memilih jalan untuk berhenti kerja memang susah untuk kita lakukan.
Wanita hebat, Mcyah Joanjett sudah pun membuktikan keputusannya untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah berkat usaha dia mampu membuktikan kejayaannya kepada keluarga. Memang menarik!
Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29 . Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja.
Cuti sakit selama 400 hari. Disini bermulanya keperitan hidupku. Di rumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar. Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung.
Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami. Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula.
Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada
rezeki.
Apabila keadaan suami beransur pulih. Aku tekad nak ubah nasib keluarga, aku mohon sambung pengajian supaya boleh naik pangkat atau mohon pekerjaan lain. Harapan aku, boleh la hidup senang sikit gaji besar. Suami dengan patah kaki sanggup hantar aku sampai depan asrama di USM Pulau Pinang.
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, takkan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja.
Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke Vietnam untuk beli barang niaga. Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi.
Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu. Maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik Malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8pg-5ptg kerja seperti biasa. Rehat
pukul 1-2 ptg orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suamilah yang tolong tulis borang dan packing di rumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen.
Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen. Kemudin aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang
sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah Suami? Sama juga weh. Ayah dia, abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Aku cakap dengan suami, takpe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di Vietnam untuk shipping barang.
Alhamdulillah sekarang genap 1 tahun kami berhenti kerja dan selamat menimang cahaya mata ketiga. Suami dari gali lubang sendiri, pasang paip sendiri, sekarang dah punya sebuah syarikat construction dan team bernama #tz9088construction. Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat.
Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen di bawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna. PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Kongsi Tip
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
– Aku pastikan bisnesku stabil selama 6 bulan.
– Gigih simpan 6 bulan gaji.
– Ada bisnes planner
Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
– Jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
– Aku hadir majlis ilmu.
– Aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
– Aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
– Zakat dan cukai wajib bayar.
– Gigih marketing.
– Realisasikan impian orang tersayang.
– Abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
– Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Pilihan di tangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.
PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.
Kredit: Mcyah Joanjett
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang suka mengenakan baju putih tapi susah untuk mengekalkan keputihan baju ini.m
Setelah tiga atau empat kali digunakan, baju ini akan menjadi kepam dan seperti tidak berseri lagi. Lebih-lebih lagi jika ia tidak dibasuh dengan betul.
Ada tip untuk mengekalkan keputihan dan kebersihan baju ini lebh-lebih lagi baju sekolah anak. Takkan setiap tahu nak beli baju baru untuk anak-anak kan?
Kini, anda tak perlu risau lagi kerana penulis telah menjumpai satu tips yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Seperti tips dari Puan Zakiah Hassan, yang berkongsikan cara membasuh baju putih tanpa perlu menyental teruk. Jom lihat!
6. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
7. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Lepas itu, jangan lupa masukkan juga ke dalam mesin.
8. Tutupkan mesin basuh.
9. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung melihatkan kebersihannya.
Pelakon Puteri Sarah Liyana bersama anak – anaknya menjadi perhatian peminat baru – baru ini di laman sosial menerusi video terbaharu pelakon tersebut.
Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan satu jenama produk makanan yang telah menjadi viral ketika ini.
Melalui video tersebut, Sarah baru sahaja pulang dari penggambaran dan meluahkan rasa penat sambal memeluk dan mencium anak lelakinya, Syaikhul Islam.
Melihat di ruangan komen, rata – rata netizen memuji kehebatan Sarah menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak yang masik kecil.
Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana pelakon tersebut melihat muka anak lelakinya yang persis muka seperti bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah sah bercerai talak satu pada 15 Jun lalu.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.