Baru Terima Menantu Tapi Zamarul Dah Excited Nak Jadi ‘Datuk’

Share

Pelakon Zamarul Hisham, 52, terima menantu sulung selepas anak terunanya, Izzat Haiqal, 24, selamat bernikah dengan Dina Zakirsa, baru-baru ini.

Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berdoa ikatan pasangan itu disulam kebahagiaan dan turut menitipkan nasihat buat mereka.

“Tahniah Izzat dan Dina. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhilah dengan sifat bertolak ansur.

“Saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagiaan, keharmonian, dan kekal hingga Jannah,” katanya.

Zamarul juga jelas teruja dan bersedia bergelar datuk pula. Dia sempat berseloroh dengan seorang pengikut di Instagram yang komen tak lama lagi pasti dia jadi datuk.

“Walaupun akan jadi atok (datuk), TikTok tetap ‘on’. Umur itu sekadar angka,” katanya membalas komen terbabit.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikutnya turut mengucapkan tahniah buatnya.

Terdahulu, Zamarul berkongsi foto bersama pasangan pengantin serta isterinya juga pelakon Diana Rafar di Instagram.

Sumber : Instagram Zamarulhisham93

IKLAN