Berita

‘Anak-Anak Adalah Segalanya Buat Saya’, Zizie Izette Sebak Peluk Anak Selepas Bebas

Share

Pelakon Zizie Izette akhirnya menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan dana berjumlah RM2.8 juta.

Selepas melalui tempoh perbicaraan yang panjang, detik pertama yang ingin dilakukan oleh Zizie Izette bukanlah meraikan kebebasannya, sebaliknya pulang ke rumah untuk memeluk anak-anak yang menjadi sumber kekuatan sepanjang menghadapi ujian tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Zizie Izette dilihat tidak dapat menahan sebak apabila bertemu semula dengan anak-anaknya. Pelakon itu terus memeluk mereka erat sambil mengalirkan air mata dalam suasana yang menyentuh hati.

“Pertama sekali, Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah.

Anak-anak adalah segalanya buat saya. Semua yang saya lakukan hanya untuk mereka,” luahnya.

Zizie Izette Luah Syukur Selepas Dibebaskan

Momen penuh emosi itu jelas memperlihatkan betapa anak-anak menjadi keutamaan dan kekuatan terbesar buat Zizie Izette sepanjang berdepan proses perundangan yang berlarutan.

Perkongsian video berkenaan turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar beliau dan keluarganya terus diberikan ketenangan, kekuatan serta perlindungan daripada Allah SWT.

Ramai netizen turut menyifatkan pelukan penuh kasih sayang bersama anak-anak itu sebagai detik yang cukup menyentuh hati, selain menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

@zizie_izetteFirst of all, Alhamdulillah. I thank Allah. Now, I just want to hug my children. They are my everything, and everything I do is for them.

♬ Heartfelt Moments – Melody Silver Copper

Mahkamah Lepas Dan Bebaskan Zizie Izette

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Zizie Izette daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah yang membabitkan jumlah keseluruhan RM2.8 juta.

Kes tersebut berkaitan dakwaan rasuah yang melibatkan suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Sebelum ini, Zizie Izette didakwa bersubahat membantu Allahyarham Bung Moktar memperoleh suapan berjumlah RM2.2 juta serta dua lagi suapan masing-masing bernilai RM262,500 dan RM337,500 melalui akaun pelaburan yang didaftarkan menggunakan namanya.

Selepas melalui proses perbicaraan yang panjang, keputusan mahkamah itu akhirnya memberi kelegaan kepada pelakon berkenaan serta ahli keluarganya.

Anak-Anak Menjadi Kekuatan Seorang Ibu

Video yang dikongsikan itu terus menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang mendoakan agar beliau terus tabah menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta.

BACA LAGI : Zizie Izette Sebak Selepas Dibebaskan Kes Rasuah RM2.8 Juta, Terkenang Arwah Suami

Sumber: TikTok