Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ternyata bukanlah suatu yang mustahil untuk direalisasikan apabila adanya sikap menyimpan yang konsisten dilakukan oleh seseorang.
Meskipun duit tabungan adalah duit syiling sekali pun, pasti suatu masa akan menjadi satu jumlah yang cukup besar nilainya.
Ini sepertimana yang terjadi pada seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia yang mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah hasil daripada tabungan duit syiling selama 3 tahun.
Kisahnya dikongsikan di laman Instagram sambasinformasi, memaparkan wanita yang bergambar dengan timbunan duit syiling yang siap dibungkusnya di dalam plastik.
Tidak dengan itu, turut kelihatan beberapa orang lain membantunya untuk membuat pengiraan wang syilingnya itu.
Difahamkan, duit syiling tersebut akan digunakan untuk membiayai melakukan umrah.
Perkongsian ini menarik perhatian wargamaya serta mendoakan agar dipermudahkan urusannya untuk menunaikan umrah. Malah tidak kurang juga ada yang menyakat mengatakan baru mereka tahu kenapa selama ini mereka sukar untuk mendapatkan duit baki.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Mengikut pengetahuan ringkas berkenaan Vitamin C, pastinya ramai antara kita sedia maklum dengan pengambilan Vitamin C ini ianya sangat bagus untuk merawat kulit agar kekal sihat dan berseri.
Lantas untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, kita merasakan dengan mengambil dos yang tinggi, itu adalah lebih baik. Pun begitu, tanggapan tersebut adalah salah dan tahukah anda apabila seseorang mengambil vitamin C dengan kadar yang tinggi melebihi keperluan tubuh ianya akan mengundang padah!
Hal ini dijelaskan oleh Dr Hafsah Sazali dan bagus kiranya kita fahaminya dengan lebih jelas tentang Vitamin C ini.
PERANAN VITAMIN C DALAM KESIHATAN KULIT
Vitamin C adalah penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang memberi struktur dalam tulang, gigi, kapilari darah dan membantu penyerapan zat besi. Dalam bidang kulit, vitamin C yang juga merupakan antioksida digunakan dalam bentuk topikal (sapuan).
Kajian menunjukkan ia bertindak sebagai agen anti-penuaan serta rawatan bagi masalah pigmentasi kulit, dan kerosakan dalam kulit akibat radiasi matahari. Tiada kajian kukuh membuktikan ia berkesan sebagai rawatan penyakit kulit kronik seperti ekzema.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk yang mengandungi formulasi vitamin C yang stabil dan berkesan adalah mencabar. Oleh itu, ia menghadkan penggunaan dan kajian lanjut bagi vitamin C topikal untuk tujuan rawatan kulit.
‘VITAMIN C NI KAN BAGUS, JADI KALAU AMBIL SUPLEMEN VITAMIN C DOS TINGGI LEBIH BERTAMBAH LA MANFAATNYA. BETUL TAK DOKTOR?
Vitamin C memang bagus tapi ini tidak bermakna pengambilan yang banyak dengan suplemen memberi lebih manfaat. Kekurangan vitamin C menyebabkan scurvy yang mempunyai gejala seperti keradangan gusi, kekeringan mulut, mata dan kulit serta folikel rambut. Scurvy boleh dirawat dengan pil suplemen vitamin C. Selain scurvy, tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi merawat penyakit kulit. Berbeza dengan tanggapan terdahulu, kajian terkini menunjukkan suplemen vitamin C tidak mencegah demam selsema. Ia mungkin bermanfaat untuk golongan tertentu sahaja yang melakukan aktiviti fisikal yang ekstrem seperti pelari marathon dan pemain ski.
Jumlah vitamin C yang diserap oleh badan terhad walaupun dos yang jauh lebih tinggi diambil. Oleh itu, jika anda ambil vitamin C beribu-ribu milligram sekali pun, kebanyakannya dikumuhkan dan keluar melalui air kencing.
Vitamin C dos tinggi mempunyai risiko seperti cirit-birit, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Dos tinggi juga boleh membawa kesan sebaliknya sebagai pro-oksida, menyebabkan kadar zat besi berlebihan dalam badan, dan mudarat kepada pesakit-pesakit kronik buah pinggang, G6PD, thalassemia dan haemochromatosis. Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan rakan-rakan saya sendiri yang juga doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini.
Tambahan pula, kebelakangan ini ramai pengguna yang sanggup mengambil banyak suplemen berbentuk pil dan suntikan intravena tidak berdaftar (Perlu diingatkan bahawa TIADA suntikan vitamin C yang diluluskan oleh KKM). Hakikatnya, produk tidak berdaftar adalah tidak diketahui asal usul, kandungan, dan keselamatannya. Sudah tentu risikonya tinggi.
TAKKAN MAKAN SUPLEMEN VITAMIN PUN TAK BOLEH? DOKTOR NI ANTI-SUPLEMEN KE?
Kami membentangkan fakta berdasarkan bukti kajian terkini. Ini tidak bermakna kami anti suplemen. Suplemen yang diluluskan diperlukan oleh golongan tertentu dan perlu diberikan mengikut garis panduan.
Doktor yang beretika tidak akan menasihati pesakit supaya membeli suplemen tanpa bukti kukuh mengenai manfaat sebagai rawatan, apatah lagi jika ada risiko. Rujuklah pada yang pakar jika nak ambil mana-mana suplemen.
Saya sendiri sebagai doktor merujuk kepada garis panduan pakar nutrisi. Mengikut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa dan warga emas ialah 70mg sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu mengandung (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).
Ada banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C (boleh rujuk senarai yang saya sertakan). Pinggan Sihat Malaysia yang dianjurkan KKM menyarankan buah-buahan dan sayuran sebagai separuh jumlah setiap hidangan yang diambil. Anda juga akan mendapat nutrien-nutrien lain serta serat.
Pesan saya, Makanlah ikut keperluan, bukan kehendak.
Sumber : Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebanyakan kereta baru sekarang , ada push start button ni , tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin. Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la , biasanya disimpan di dalam poket atau pun dalam beg
Kebanyakan orang masuk dalam kereta , tekan brek dan terus tekan button start – stop ni, enjin terus dah boleh hidup. Biasa korang buat macam ni kan??
Sebenarnya cara itu boleh beri kesan buruk pada jangka masa panjang!
Ada 3 langkah sebenarnya!
Langkah pertama, cuma perlu tekan start stop button tu sahaja, tanpa memijak pedal brek, biarkan panel eletronik saja yang menyala dahulu
Langkah kedua, tekan start stop button kali kedua untuk menghidupkan panel intrument meter kereta, meter box akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.
Langkah ketiga adalah hanya biarkan dalam 5-7 saat, lepas itu barulah tekan pedal brek & tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula.
Komputer box yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen & sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.
Lakukan dengan Langkah yang betul bagi menghidupkan enjin kereta anda. Nampak macam remeh, namun ianya memberi impak yang besar dan boleh menyelamatkan ‘poket’ anda di masa akan datang
Sumber : Syam Perodua KL
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan minuman berkultur Yakult, lagi-lagi anak kita. Apa yang pasti, minuman Yakult sememangnya merupakan minuman yang berkualiti hasil penemuan Doktor Minoru Shirota. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat.
Tidak dengan itu, turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menghasilkan ramuan yang terbaik untuk dijadikan plant booster dengan kadar kos yang rendah namun hasilnya cukup luar biasa. Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Suhaili di akaun fbnya. Jom semak.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Bahan-bahan:
2 biji telur
sebotol yakult
Cara Penyediaan :
2. Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
3. Kemudian spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.