Bahagia itu datang pelbagai cara bukan sekadar harta benda. Setiap pasangan suami isteri impikan bahagia dengan kesetiaan dan kejujuran serta sanggup susah dan senang.

Begitu dengan perkongsian Dr ini, apabila hidupnya diuji mempunyai masalah kesihatan apabila disahkan mempunyai ketumbuhan di pipi. Ketika itu, sumber pendapatan tidak stabil, namun isteri tetap setia di sisi memberi semangat.

Dalam coretan ini, beliau juga beranggapan pengorbanan isteri itu, harus dihargai agar rumah tangga lebih harmonis.

Ikuti perkongsian ini.

 Diuji Dengan Ketumbuhan Pada Pipi, Dr Ini Kongsi Coretan Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa. Deep!

“Kita nak pergi mana?” 

“Ikut saja.”

Sekali imbas bila melihat wajahnya saja memang ketara sungguh menanggung beban kepenatan. Dalam fikirannya sekarang memang hanya nampak katil dan bantal.

Masuk kerja dari 7 malam dan hanya akan pulang ke rumah jam 11 pagi keesokkan harinya. 16 jam kerja tanpa rehat apatah lagi tidur. Itu hakikatnya kerja seorang doktor. Penat tolak tepi!

Aku pimpin tangan dia. Tangan inilah yang hampir 10 tahun menjaga perut aku. Menjaga pakai aku. Menjaga anak-anak aku.

Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, insan inilah yang sentiasa setia di samping. Sanggup tidur di lantai berlapikkan alas nipis tanpa sekali pun merungut sakit badan.

Sentiasa menceriakan aku dan berbicara bercerita walaupun sepatah pun aku tak mampu membalas kerana leher ditebuk untuk aku bernafas.

Ketika itu aku bukan sesiapa pun. Hanya seorang lelaki yang terlentang di katil dan miskin. Iya, dalam akaun bank memang kosong. Yilek.

Peritnya ketika itu hanya Allah yang tahu.

IKLAN

Pembedahan yang bakal dibuat memakan kos RM20,000. Bingung mana nak cari duit sebanyak itu. Aku belum kerja. Baru habis belajar. Simpanan memang langsung tak ada.

Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa. Mungkin dia tahu yang dia juga sedang diuji. Jika mahu tinggalkan aku pun aku takkan persalahkan.

Tapi dia kuat, tabah dan terus setia. Kekal menunggu pada lelaki yang langsung tak ada apa apa ini.

Melihat ketabahan dan kesetiaannya, aku tekad berjanji pada diri ini aku tidak sesekali sia-siakan hidup dia. Akan aku semai cinta ini biar mekar hingga hujung nyawa.

“Nak pergi mana ni?”

“Abang nak beli emas”

Tak banyak cakap aku tarik tangan dia masuk ke kedai.

“Pilih yang mana berkenan. Jangan tengok harga. Yang mana sayang berkenan, ambil”

Sengaja aku pesan awal-awal. Bimbang dia teragak-agak untuk buat pilihan. Risau harga mahal.

IKLAN

 Diuji Dengan Ketumbuhan Pada Pipi, Dr Ini Kongsi Coretan Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa. Deep!

Apalah sangat seutas dua emas jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dia pada aku. Kesetiaan dan sokongan dia di setiap apa yang aku lakukan.

Dr Samhan.

Lelaki ini tidak berada dimana dia berada sekarang jika bukan kerana sosok tubuh ini. Sungguh!

Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.

Benar, ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Michelle Obama (isteri Obama) pernah berkata,” Obama jadi Presiden USA hari ini kerana berkahwin dengan saya. Jika saya berkahwin dengan bekas teman lelaki saya, pasti dia yang jadi Presiden USA dan bukan Obama”

Benar. Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kadang yang tampak diluar bukanlah yang sebenarnya.

IKLAN

Wajah isteri itu sangat enak dipandang. Mendukung diwaktu-waktu gelap dan memberi kekuatan untuk melaluinya.

Nasihat saya pada para suami, hargailah pengorbanan seorang isteri. Beri layanan sebaik mungkin. Jika mampu, belikan emas untuknya sebagai tanda kasih padanya. InsyaAllah rezeki datang mencurah-curah. Jika masih belum mampu pasanglah niat, satu hari aku nak hadiahkan emas untuk isteri. Allah akan permudahkan.

Sumber: Ahmad Samhan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

***********************

JOM SERTAI KAMI!

Apa kata alang-alang anak kita tiada aktiviti sepanjang PKP ini, jom kita pakat anak beranak untuk sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020.

Manalah tahu rezeki anak anda, dapatlah seisi keluarga bercuti di lokasi yang ditawarkan.

Apa perlu buat?

Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520

*Cara dan syarat boleh lihat di poster

 Diuji Dengan Ketumbuhan Pada Pipi, Dr Ini Kongsi Coretan Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa. Deep!  Diuji Dengan Ketumbuhan Pada Pipi, Dr Ini Kongsi Coretan Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa. Deep!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI