Walau hanya sekeping kertas RM1 sekali pun tapi bila namanya duit memang kita akan hargai kerana ada nilainya. Walau koyak sekali pun, biasanya kita tidak akan buang. Terasa sayang pula dan tetap kita simpan.
Tapi tahukah anda cara menyimpan duit yang telah koyak sebenarnya merugikan anda. Lebih baik anda tukar wang tersebut kerana masih ada nilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM)
Dalam satu perkongsian di laman sosial Twitter, Abdul Rahman berkongsi info berkenaan duit kertas yang ditukarkan di BNM mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
Tip duit terkoyak :
Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu. Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz. Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
Secara mudahnya, jika duit kertas terkoyak sedikit kita boleh dapatkan nilai yang sama dengan duit yang rosak. Jika koyak separuh, itu bermakna kita akan dapat nilai separuh daripada duit tersebut, namun jika koyak dua iaitu separuh daripada saiz duit kertas tersebut itu bermakna wang tersebut sudah tidak mempunyai nilainya.
Ads
JIKA BNM JAUH, NAK BAWA KE MANA?
Ada juga pengguna di laman Twitter yang bertanyakan bahawa jika cawangan Bank Negara jauh dari kawasan, boleh atau tidak pergi ke cawangan lain? Sebenarnya anda boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan.
Meninjau di laman web BNM ada diberikan secara detail berkenaan gantian nilai untuk bukan sahaja wang yang koyak malah jika wang berconteng juga. Ini infonya.
Gantian nilai bagi wang kertas yang tidak sesuai untuk edaran semula tertakluk kepada
garis panduan seperti yang berikut:
a) Saiz wang kertas
• Nilai penuh – Lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Nilai separuh – Lebih 1/2 tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas
• Tiada nilai – Kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas
b) Wang kertas yang berconteng
• Nilai penuh – Contengan yang sedikit
• Tiada nilai – Contengan yang ketara, contengan tanda pada potret SPB
Yang di-Pertuan Agong atau contengan berunsurkan politik, agama atau
perkauman.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Fitrah wanita sukakan kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan membuatkan wanita mempunyai keyakinan diri. Tetapi untuk menjadi cantik, kadang-kadang ia memakan diri sendiri.
Ini semua disebabkan sikap obses kita pada kecantikan. Pandangan kita pada kecantikan terlalu tinggi sehingga kita sanggup untuk melakukan apa sahaja.
Pengguna facebook, Najwa Zaidi telah berkongsikan pengalaman pahitnya kesan akibat pengambilan produk dan supplement kecantikan.
Katanya pengambilan produk kecantikan sejak zaman belajarnya lagi. Kesannya dia sering kali keluar masuk hospital gara-gara side effect produk tersebut.
Namun begitu, awal tahun 2018 kesihatan dirinya semakin merosot sehingga ke tahap tidak boleh bangun, dan akhir sekali terpaksa melalui pembedahan yang memakan kos yang tinggi.
Moga jadi iktibar.
Bersyukur la bila ada orang remind, orang upkan tentang bahaya produk kilo, jamu ketat sana sini, ubat ketat melekat poenn and suppliment over claim ni. Tak kisah la cara dia remind tu kasar ke or dia sendiri tak berapa nak betul tapi ambil part yang betul tu, terima and hadam. Jangan ambil part yang negative. Senang cerita selagi tak kena selagi tu orang tak akan percaya dan terus jual atau pakai.
Saya salah seorang yang degil dulu. Saya jual produk timbang kilo dan saya suka makan suppliment putih kulit, kurus dan macam2 lagi tapi bukan dalam satu masa. Saya guna segala bagai jamu mak nenek , gel itu ini masuk lubang sana sini konon nak ketat kemut la.
Akibatnya??kulit dari normal jadi super sensitive sebab pakai produk timbang kilo, kulit jadi nipis, pedih yang ada kelulusan katanya. Makan tahun nak elok balik tapi still effect nya sampai sekarang terasa. 😑
Bacaan darah dan hati terlampau tinggi,ni yang nak nangis!!alhamdulillah lepas operate je bacaan hati dan ok, syukur. Disebabkan effect long term suka makan suppliment, yea semua suppliment tu ada kelulusan katanya yea, siap boleh keluar tv sana sini, taja sana sini.
Wawa ni dah keluar masuk hospital sebab masalah hati ni since diploma tahun 2009 lagi sebab masa tu dah consume macam-macam suppliment tapi yealah kesedaran tak ada lagi dan terus kan makan lagi dan lagi dan lagi. Start awal tahun ni 2018 makin teruk sampai tahap tak boleh bangun, tak blh bernafas, sakit terlampau sakit rasa nak hilang nyawa, jadi pergi la check, and doc kata dah teruk.
Hempedu kena buang tak berfungsi
Tapi hempedu kena buang, tak berfungsi, tak boleh diselamatkan dah hempedu tu plus ada batu, jadi buang terus. Now dah sihat. Gel, jamu kemut2, ketat itu ini, effect nya?kena jangkitan kuman dekat poeennn, tobat tak pakai dah.
Saya pernah bodoh dan dah dapat pun effectnya , lepas dapat effect macam biasa la baru reti nak cerdik sikit. Jadi maybe anda nak tunggu hilang organ2 or muka jadi mak lampir baru nak sedar la kot kan. Tak pe saya faham sebab saya juga pernah “bodoh” macam ni dulu.
Boleh nak sokong produk orang kita tapi sokong la yang betul-betul ada kelulusan dan berkualiti, contoh nya Simply siti, Annona,dermags dan byk lagi produk2 yang berkualiti. Anda sedar atau tak dengan membeli produk yang tidak berkualiti anda bukan bantu menyokong “orang kita” tapi anda membantu membinasakan diri sendiri serta orang lain.
Dalam masa yang sama anda sokong “founder puaka” ni terus menyebarkan keburukan pada orang lain. Anda rasa perkara itu bagus?fikir kan .
Semoga perkongsian saya membuka mata anda supaya tidak terus diperbodohkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan menggunakan perkataan “nak bantu” masalah anda. No mereka hanya nak kenyang perut mereka sendiri dan tidak sedikit pun mereka peduli kalau anda sakit, founder sampah ni juga tak akan bantu anda bayar bil hospital effect dari produk sampah mereka.
Saya tak mention produk sebab saya tak mahu burukan sesiapa, cukup sekadar memberi kesedaran kepada anda . Saya share bukan sebab nak memperbodohkan sesiapa tapi nak elakan anda dari diperbodohkan oleh “Mereka”.
Bil rawatan cecah 17K
Btw, bil hospital utk buang hempedu tu total RM 17 ribu, yes insurans yang bayar, bukan founder sampah yang bayar. Tak payah la sibuk kejar reward RM21K tu sampai lupa nak simpan duit utk berubat kemudian hari nanti. Boleh je nak pergi hos gov tp kena tunggu giliran la and tahan la sakit tu. Ambil yang positive!!
psstt: Tu gambar hempedu wawa yang dah dibuang, bawah tu gambar asid dalam perut sbb mula-mula ingat gastrik tp bukan, seksa tau kena masuk camera dalam perut!! Pada yang tak setuju and nak kecam saya tu tak apa sebab saya faham, pandangan kita pernah sama bahawa lain kulit lain penerimaan, lain badan lain penerimaan tapi ianya jadi berbeza selepas saya dapat effectnya
Edit post: Sambungan part 2. Since ramai tanya tanda-tanda sakit tu macam mana. Kenapa boleh jadi semua. Terkejut ramai yang share, niat nak bagi kesedaran supaya tak ada lagi yang ulang kesilapan saya tapi kena kutuk balik. Sebab tu malas bagitau produk apa yang wawa consume sebab nanti lagi ramai mak cik bawang cakap macam-macam.
Untuk pengetahuan semua saya suka consume suppliment jamu, collagen and macam-macam lagi since 2009, masa tu saya baru 18 tahun!!budak lagi dan tak tahu apa-apa. Ada orang kata dah bagitau byk kali pun otak letak dekat mana, macam2 kutuk saya. Saya just nak bagitau masa 2009 tu tak ada pun squad pengguna bijak cerdik, masa tu tak ramai yang share keburukkan thru media sosial ni. Bila dah start ada orang yang share tentang keburukkan produk ni dalam tahun2 lepas slowly saya stop, tp masih ambil collagen and jamu2 ni, produk kilo memang stop terus.
Masa tu hati saya mmg dah start ada masalah, tak silap masa 2010-2011 mmg dah start keluar masuk hospital tapi tak tau punca apa jadi teruskan consume. Then dalam 2 tahun lepas masa dah ada anak, ramai dah doc dan aktivis yang share semua keburukkan ni. Saya stop terus suppliment putih2 ni semua.
Allah nak tunjuk, lepas stop semua tu saya start sakit teruk, teruk sgt sampai setiap kali serangan sakit tu sampai saya terduduk rasa putus nyawa. Paling teruk saya disahkan preggy anak nombor 2 dan serangan tu bertambah teruk.
Saya ingat alahan preggy, blh dikatakan setiap bulan saya kena serangan mcm gastrik, tulang belakang macam kena rentap, muntah-muntah, tercirit merata-rata, ada sampai satu tahap sampai berguling sebab terlampau sakit!! mati-mati ingat alahan preggy tapi lepas anak wawa lahir sakit tu datang lagi.
Wawa pergi check merata, doc kata gastrik. Satu hari tu dah tak tahan sangat sebab terlampau seksa, sakit makin teruk. Wawa tercirit dan muntah merata-rata, tak boleh tahan, boleh dikatakan 1 bulan 2 3 kali kena serangan ni.
Last pergi klinik ni dia kata ni bukan sakit biasa, dia tulis surat untuk refer pakar. Bila jumpa pakar wawa warded, ambil darah, scan, buat scope untuk check gastrik,buat MRI semua end up yes bacaan darah tak cantik, hati pun sama, hempedu ada batu. Doc tanya awak ada ambil suppliment and dengan malunya saya akui mmg silap sendiri. Doc kata kena buang hempedu.
Saya dengan sedihnya redha. Alhamdulillah sekarang dah tak sakit lagi, dah sihat. Allah beri peluang kedua. Now saya tak ambil lagi suppliment2 ni, dah stop lama pun. Saya tegaskan saya dah stop semua tu dan saya bertambah sakit since saya stop consume produk2 tersebut.
Sekali lagi saya tak pernah kata pun semua produk “orang kita” sampah. Baca elok2, fahamkan. Bukan tak nak share produk apa yang sampah tu tapi saya tak ada masa nak layan kerenah founder sampah yang suka sgt nak saman orang atas kesalahan sendiri yang jual produk sampah.
Maaf yang minta share produk tu or pm private, bkn saya tak nak share tp lbh baik saya elak dari saya kena fitnah. Bukan tak kuat nak hadap pencinta produk sampah kecam tp saya takut saya terbalas dgn kasar, ending sama2 berdosa. Biar la saya share sekadar memberi peringatan.
Utk mengetahui senarai produk yang bahaya boleh tengok di laman web NPRA,Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling selamat tanya la doc sebelum consume mana2 produk. kalau tiada keperluan tak perlu la consume produk2 tersebut, itu lebih baik.
Amalkan gaya hidup sihat itu kalau anda nak sihat. Saya tak suka cari gaduh dengan siapa2 dan jaga la bahasa anda kalau nak komen di wall saya. Petua pelik2 minum air 10 gelen ke nak consume mana2 produk saya rasa tak perlu kot.
Nak share info saya amat mengalu-alukan tapi please info tu biar la dengan fakta yang betul supaya tak membahayakan kesihatan dan nyawa orang lain. Wall saya bukan tempat untuk anda membawang. Terima kasih, sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya. Kalau ada yang salah maafkan saya.
Siapa yang tak impikan keadaan rumah yang sentiasa bersih dan wangi kan? Mungkin menjadi susah untuk cantik tersusun elok jika ada anak-anak masih kecil di rumah. Tetapi setidaknya tidaklah rumah bau kepam sehingga mengganggu mood nak berehat santai di rumah, kan?
Nak wangikan rumah tak perlu nak membazir beli berbotol pewangi pun! Guna sahaja bahan apa yang ada di rumah, campur-campur settle. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap! Jom cuba!
Cara bersih dan wangikan satu rumah
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajax
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas
Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
-Lantai jadi bersih berkilat
Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.
-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam. Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.
Tip ekstra
Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsi tip yang diberikan ini menjadi dan agak tahan lama. Malah, ada juga yang turut berkongsi tip lain untuk dicuba oleh orang ramai.
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dan dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai orang awam, kita merasakan perlu lebih berhati-hati namun dilihat sindiket penipuan ini semakin licik memperdaya.
Ini seperti mana yang terjadi kepada pelakon popular Datuk Fizz Fairuz yang ‘terkena’ dengan penipuan daripada seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri hingga menyebabkan kerugian RM18,000.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.(21/7)
Memetik laporan di Harian Metro, Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tawar Projek DBKL
“Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.
“Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.
“Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu ‘menghilangkan’ diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.
“Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.
“Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL,” katanya.
Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.
“Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.
“Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...