Memasak jika kita tahu teknik dan formulanya, masa yang berjam-jam di dapur boleh disingkatkan menjadi beberapa minit sahaja. Itu bukan magic tetapi memang boleh direalisasikan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa tentang formula untuk merebus daging, kacang hijau, kentang dan sebagainya dengan lebih cepat empuk dan sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.
Teruja untuk mengetahui lanjut, ini formulanya. Jom Semak.
Jalan-jalan sekodeng rumah orang jumpa pulak satu info ni..cara nak jimat gas…guna tips 5:30:7 dari sis Fah Umi Yasmin…
Ads
Rebus 5 minit…Tutup 30 minit…Rebus semula 7 minit. Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…alhamdulillah semua menjadi..
Ads
Ads
* Tips 5:30:7
– masak air sampai didih
– masuk kacang/daging/keledek/kentang
– biar didih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
– tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk…biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
– lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih)
– tutup api
* Tips ni berguna untuk yang tak ada pressure cooker
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus…masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air…saya tutup periuk sepanjang merebus
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba)
sumber : Nor Izan Mustapa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan cuaca yang tengah panas sekarang,memang sedap elok la resepi agar-agar santan pandan kami berikan kepada anda untuk mencubanya. Bila dah buat, simpan dalam peti bagi sejuk, makan pada waktu panas.Aduh sangat melegakan tekak kan.
Untuk dapatkan hasil yang menarik, kami beri beberapa tips untuk anda cuba dalam resepi ini.
1: Pastikan air mendidih dan jangan campurkan apa-apa bahan selain daripada agar-agar bertali itu dulu. Kacau dan masakkan hingga semua agar-agar bertali hancur sebati bersama air barulah masukkan bahan lain seperti gula dan santan.
2: Untuk dapatkan hasil agar-agar santan yang menarik dan sekata, pastikan anda tapis dulu sukatan pada peringkat akhir sekali sebelum sejuk bekukan.
3: Untuk resepi ini ianya menggunakan perasa pandan.Jika anda mahukan gunakan kisaran pandan, kisar 6-7 helai daun pandan dan selepas itu ambil 1 cawan air pandan. 1 cawan air pandan itu ditolak daripada jumlah air yang digunakan dalam sukatan resepi.Kalau 3 1/2 cawan air kosong, jadi hanya guna 2 1/2 cawan air kosong dan 1 cawan lagi air kisaran jus pandan. Faham kan.
Untuk agar-agar jenis ini, seeloknya gunakan agar-agar jenis bertali dan bukannya serbuk agar-agar.
Bahan Resepi Agar-Agar Santan :
10 gram agar-agar bertali 1 cawan santan pekat 1 cawan santan cair ( 1/3 santan pekat dan 2/3 air ) 1 biji telur ayam 3 1/2 cawan air 1 cawan gula 1/2 sudu teh garam 2-3 helai daun pandan beberapa titik pewarna hijau beberapa titik perasa pandan (pandan essence) Cara Penyediaan Resepi Agar-Agar Pandan :
#1: Basuh bersih agar-agar bertali dan ketepikan.Didihkan air kosong sahaja dan bila mendidih, masukkan agar-agar dan kacau sebati hingga larut. Barulah tambahkan gula,daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, santan pekat .Masak hingga bahan sebati.
Sementara tu, kacau telur dengan santan cair hingga sebati. Barulah tuangkan dalam periuk tadi dan kacau hingga mendidih untuk beberapa minit. Tutup api,keluarkan daun pandan dan tapiskan dalam bekas. Sejukkan di luar dan bila dah tak panas, barulah masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan lagi untuk 2-3 jam.
Bila dah siap baru lah boleh dikeluarkan dan potong ikut bentuk yang anda mahu. Memang senang je resepi agar-agar santan. Sedap betul makan waktu panas.
Sangat beruntung dapat anak macam Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ni kan. Walaupun dia dikenali dengan mulut laser dan sangat berterus terang terutama dalam isu semasa, namun layanannya pada ibu sangat baik dan lembut.
Ada sahaja video mahupun gambar ibunya dimuatnaik dalam laman instagramnya yang kadang kala menimbulkan kelucuan. Ada saja benda yang hendak disakatnya pada ibu tersayang.
Tak kurang juga yang terharu melihat layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani. Terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
Selain itu, Dato’ Chef Wan turut memuat naik video yang menunjukkan ibunya sudah bangun dari tidur dan bersedia untuk sarapan bersama.
Rata-rata pengikut di instagramnya memuji layanan Chef Wan terhadap ibunya. Tidak kurang juga yang kagum dan memuji kepetahan Cik Ani berbahasa Inggeris selain memiliki kulit yang lembut dan cantik.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..”Bait lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma ini sememangnya menggambarkan pahit manis hubungan suami isteri.
Ada masa manis, dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sudah menjadi adat dalam rumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim.
Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.