Semua pasangan suami isteri ingin bahagia. Begitulah rumahtangga, walaupun nampak biasa-biasa aje perbuatan itu, tapi ia meninggalkan kesan yang mendalam.
Walaupun sekadar hanya mengambil gambar, ia sudah cukup membuatkan kasih suami isteri makin melimpah.
Ikuti perkongsian ini.
Kalau pergi bercuti, jadi lah jurugambar isteri.
Adat orang perempuan, suka nampak lawa. Tapi nak dapatkan sekeping gambar yang dia puas hati tu bukan senang! 100 keping gambar sama belum tentu dia upload lagi.
Jadi kalau nak jimat masa kena la study sikit pose yang dia suka. Dua benda je sebenarnya orang perempuan suka tengok dekat gambar mereka. Nak nampak tinggi dan kurus!
Ads
Nak dapatkan gambar macam tu tak susah pun. Kena la guide beliau sikit sebelum snap. ” ok baby ke kiri sikit bagi center, kaki lurus ke depan sikit, angkat dagu sikit, toleh kiri kanan belakang depan, 3,2,1 cisss!”
Jangan angkat camera main tekan je kang jadi gambar tak lawa pulak buang masa.
Gambar sekadar hiasan
Ok dah dapat gambar yang beliau suka. Masalah timbul bila semua gambar cantik! Nak pilih gambar 1 je dari pagi bawa ke malam. Jadi ikut pengalaman saya akan delete je senyap-senyap biar tinggal 2-3 keping gambar sebelum dia tengok. Kejap je dia boleh pilih kompem!
Ads
Bila dia dah pilih satu gambar yang paling cun. Soalan biasa akan keluar, ” baby, gambar ni ok tak?”. Kat sini kita tak boleh jawab “ok je”. Terlalu simple dan terlalu jantan.Ini bakal merosakkan mood mereka.
Jawapan perlu disertakan dengan huraian. ” ok ni darling, lighting on point, tudung nampak tajam baju nampak flowy, bulu mata lentik, nampak kurus nampak tinggi dan sebagainya “. Macam ni baru mereka seronok dengar!
Tak ada apa yang sukar bila kita senang berkomunikasi dengan isteri. Ambil sedikit masa buat mereka rasa dihargai.Senang hati isteri dilayan macam puteri. Sentiasa jadikan mereka yang pertama di hati.
Ads
Bersabarlah melayan isteri kita,Mereka pembawa bahagia. Pikatlah hati mereka, Walau sampai hari tua.
Semoga kita menjaga hubungan yang baik dengan pasangan.
Kredit: Syamsul Fitri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nikah tak jadi, majlis diganti doa selamat, peguam syarie nasihat tuntut ganti rugi di mahkamah syariah. Persiapan majlis perkahwinan memerlukan kos yang besar dan persediaan yang rapi. Namun, ada kalanya rancangan perkahwinan yang telah diatur rapi tidak berjalan seperti yang dirancang.
Terdapat situasi di mana majlis pernikahan tidak menjadi, dan sebagai gantinya majlis tersebut bertukar menjadi kenduri doa selamat. Dalam keadaan ini, bakal pengantin atau pihak keluarga mungkin mengalami kerugian besar dari segi kewangan dan emosi.
Bagaimanakah mereka boleh menuntut ganti rugi?
Berikut perkongsian daripada Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak & Selangor, Fahmi Ramli
Tetap teruskan majlis kahwin, walaupun majlis nikah batal. Sekarang viral satu video tentang seorang pengantin lelaki tak jadi yang sangat tenang memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir walaupun majlis perkahwinannya tak jadi gara-gara dibatalkan oleh pihak perempuan.
Bila diselidik sikit, rupanya majlis sudah batalkan lebih daripada sebulan oleh pihak perempuan tapi pihak lelaki yang nak teruskan juga. Mungkin ada sebab tersendiri, misalnya sudah bayar tempahan katering, sewa dewan, kad kenduri sudah diedarkan lebih awal atau macam-macam lagi alasan.
Persoalannya, boleh ke pihak lelaki tersebut memfailkan kes di Mahkamah Syariah
kerana kos-kos yang telah dikeluarkan dan maruah keluarga yang tercalar? Mesti sudah bayar banyak benda untuk persiapan. Belum kira lagi dengan malu yang dihadapi keluarga perempuan tersebut.
Anda perlu ingat, bila dah bertunang dan menuju ke arah perkahwinan, anda sebenarnya telah terikat di sisi Undang-undang Keluarga Islam.
✅ Boleh ke tuntut gantirugi di Mahkamah Syariah?
Pertunangan itu boleh terjadi sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk melakukan kearah pernikahan pihak-pihak. Ketika bertunang, adalah haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang wanita yang telah bertunang.
Setiap Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seluruh Malaysia ada diperuntukkan tentang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan gantirugi perkahwinan.
✅ Siapa yang perlu tanggung gantirugi?
Dalam undang-undang disebut pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu adalah bertanggungan untuk pulangkan:
a) pemberian pertunangan (jika ada)
b) memulangkan nilainya
c) membayar apa-apa wang yang telah dibayar oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu
Maksudnya, orang yang putuskan pertunangan itu perlu tanggung gantirugi dan perlu bayar kos kepada pihak yang diputuskan pertunangan tersebut.
✅ Apa yang boleh dituntut?
a) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa majlis pertunangan seperti kos penyediaan makanan kepada tetamu, khemah, photographer dan lain-lain.
b) Baju pengantin untuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan. Sama ada telah dibayar secara penuh mahupun separuh.
c) Bayaran upah catering
d) Kad-kad jemputan kenduri
e) Pengubahsuaian rumah/bilik pengantin pihak yang diputuskan pertunangan tersebut. Contohnya kos renovate bilik, bilik air, perabot dan lain-lain.
f) Bayaran DJ & Photographer juga jika telah dibuat, boleh diminta gantirugi walaupun ia mungkin bukan keperluan asas perkahwinan.
g) lain-lain persiapan yang menggunakan kos hanya untuk perkahwinan
✅ Boleh ke nak tuntut kos maruah/saman malu sebab batalkan perkahwinan last minit?
Jawapannya tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Saman malu adalah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Jika pihak yang dimungkiri itu rasa malu dan maruah tercalar, anda boleh buat tuntutan kos gantirugi am di Mahkamah Sivil.
Di Mahkamah Syariah hanya berkaitan dengan kos dan gantirugi yang menjurus kepada perbelanjaan persiapan perkahwinan sahaja.
Jadi, nasihat saya kepada bakal pengantin yang melalui isu yang sama, anda perlu membuat tuntutan ini di Mahkamah Syariah. Kos yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan tersebut bukanlah murah zaman sekarang ini.
Kalau anda tidak bertindak, orang yang memungkiri janji tersebut akan merasakan hal ini adalah perkara kecil. Sedangkan, maruah yang tercalar serta penat lelah keluarga dan diri anda yang mengumpul duit untuk persiapan tersebut bukan satu perkara kecil. Bahkan ia sangat besar.
Membatalkan pernikahan bukanlah sesuatu yang diingini oleh mana-mana pihak. Namun, dalam keadaan di mana pernikahan terpaksa dibatalkan dan majlis ditukar menjadi kenduri doa selamat, pihak yang terlibat perlu memahami hak dan langkah yang boleh diambil.
Tuntutan ganti rugi mungkin dapat membantu menampung kerugian yang dialami, namun ia harus dilakukan dengan cara yang sah dan beretika. Selain itu, adalah penting untuk sentiasa mengutamakan kesejahteraan emosi dan mental dalam menangani situasi ini.
Sekiranya menghadapi situasi sebegini, berbincanglah dengan pihak yang terlibat secara terbuka dan rujuk kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkenaan untuk mendapatkan panduan lanjut.
Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Semalam tular satu filter di sebuah laman sosial media yang mampu mengubah wajah seseorang menjadi tua. Kebanyakan yang menggunakan filter tersebut meluah rasa sebak apabila wajah yang dipamerkan itu sama seperti wajah yang dirindui, iaitu ibu atau bapa yang telah lama meninggalkan mereka.
Tidak lepaskan peluang turut serta menggunakan filter yang sama, Usahawan Terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil berkongsi momen dirinya bermain filter tersebut bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Yang menjadi perhatian dalam video tersebut, melihat perubahan wajahnya yang semakin dimamah usia menggunakan filter tersebut menyebabkan dirinya sendiri sebak dan terus mencium pipi anaknya itu.
“Semua orang akan tua dan akan pergi, hargai orang tersayang anda. Abah sayang amayan (Ammar Ahyan) sampai mati,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya di laman Tiktok itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi Aliff yang tiba-tiba bertukar sedih itu. Malah, ada yang akui filter tersebut memang mengundang rasa sayu bagi sesiapa yang mencubanya.
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.