Meruntun hati membaca kisah kasih sayang hingga ke hujung nyawa ini. Biarpun kisah ini telah lama tular, namun ia membuatkan hati sebak buat yang mengetahui kisah wanita ini.
Lebih-lebih lagi apabila hari raya bakal menjelang tiba, ingatan buat insan tersayang yang telah pergi menghdap Ilahi pasti menjelang di minda.
Saat gembira semasa menyambut hari raya bersama tersayang pasti membuatkan mata berlinangan di pagi raya. Itulah kasih sayang yang tiada penghujung walaupun pasangan telah berjumpa sang pencipta.
Sebagaimana yang dirasai oleh seorang warga emas ini yang merindui arwah suaminya sehingga menjadikan dirinya kuat untuk meneruskan kenangan manis menghantar bekalan makanan di tempat arwah suaminya. Biarpun tiada lagi kelibat senyum tawa dan pelukan mesra, wanita ini tetap menghantar bekalan makanan hampir 40 tahun!
Kisah ini pernah disiarkan oleh laporan Berita Harian tahun 2012 dan tahun 2017. Ramai yang sebak melihat kasih sayang wanita hingga ke hujung nyawa. Kembali tular hari ini setelah kisah benar ini menjadi inspirasi kepada sebuah iklan raya jenama makanan terkenal.
Menurut laporan berita harian wanita yang berusia 81 tahun (2017) Saadiah dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, mengayuh basikal kira-kira lima kilometer setiap hari menghantar nasi dan lauk-pauk kepada suaminya, Alias Nik Daud, yang bertugas di IPD itu.
Suaminya terkorban dalam tragedi serang hendap oleh komunis ketika bertugas pada 28 Ogos 1975, namun Saadiah meneruskan amalan berkenaan demi kasih sayang dan kesetiaan kepada Allahyarham suaminya dan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.
Dalam pada itu, menurut cerita orang kampung suami Makcik Saadiah ini dahulunya seorang BotMan.Peranan BotMan ketika itu menghantar barangan keperluan kepada penjuang didalam hutan,ketika beliau dan beberapa rakan menjalankan tugas,ketika itulah mereka diserang hendap,komunis ketika itu memang sangat kejam,Botman ini diseksa sehingga mati,ada diantaranya mereka kemaluan dipotong,dikelar-kelar,diikat pada bot dan diseret. AL-FATIHAH
Seterusnya menurut laporan Berita Harian tahun 2017, Saadiah berhenti melakukan rutin itu selepas terjatuh basikal pada akhir tahun 2012 dan anaknya yang tinggal bersama pula membuka tayar basikal supaya ibunya tidak mengayuh basikal lagi kerana dikhuatiri berbahaya.
Ads
Selepas itu, tabiat gemar menghantar bekalan dilakukan untuk anak dan cucunya di Kampung Pulau Belayar sejauh hampir dua kilometer dari rumahnya dengan hanya berjalan setiap hari.
Bagaimana pun warga tua ini kembali menghantar makanan ringan ke IPD Gerik tahun 2017.
Ads
Laporan berita tahun itu, menjelaskan bahawa Saadiah berbuat demikian untuk melepaskan rasa rindu untuk melihat Balai Polis dan anggota polis yang lain.
“Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara.
“Kini, mak cik hanya bawa makanan ringan terutama gula-gula setiap kali pergi ke situ… dah tak masak lauk-pauk dan bawa nasi macam dulu lagi.”
Saadiah pergi ke IPD itu dengan membonceng motosikal anaknya, Wan Jelani Alias, 47, yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.
Dia yang tinggal bersama seorang lagi anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kabur penglihatan, Wan Samsul Alias, 52, berkata dirinya masih teringin membawa bekalan makanan itu setiap hari seperti dulu kerana masih boleh mengayuh basikal walaupun usia lanjut.
Begitulah kisah cinta yang begitu membahagiakan. Kasih sayang tetap di hati dan kenangan indah yang sentiasa mekar hingga ke hujung nyawa.
Pelakon Hafeez Mikail timang anak sulung, isteri selamat bersalin bayi perempuan. Pelakon Hafeez Mikail berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung, pada 16 September lalu. Bayi perempuannya itu diberi nama Dahlia Ayesha.
Pelakon Hafeez Mikail Timang Anak Sulung, Isteri Selamat Bersalin Bayi Perempuan
Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Hafeez Mikail di laman Instagramnya.
ALHAMDULILLAH ISTERI SAYA SIHAT DAN PUTERI SULUNG SAYA SELAMAT DILAHIRKAN PADA 16/9/24 JAM 10:20PM. TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MENDOA. “SALAM WORLD IM DAHLIA AYESHA”- TULISNYA DI RUANGAN KAPSYEN.
Hantaran Hafeez Mikail mendapat respon di kalangan rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Pada tahun 2014, Hafeez berlakon dalam dua drama, bermula dengan drama adapatsi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, memegang watak sebagai Safuan, seterusnya memegang watak Kimi dalam Ride di TV9.
Kejayaannya hadir pada 2015 apabila memegang watak Tengku Zarul dalam Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan. Sebelum Hati Perempuan, Hafeez terlebih dahulu membintangi drama Puteri Bukan Nama Sebenar dengan menjayakan watak Mikail.
Untuk info, Hafeez mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Noor Azira Azman pada 6 Mei tahun 2023. Kelibat Hafeez dalam dunia lakonan jarang kelihatan kerana lelaki ini sibuk menguruskan perniagaannya.
Wah ubat gigi boleh buat macam-macam? Ubat gigi yang lama atau adakalanya kalau anda beli dan rasanya tak berapa sedap jangan pula terus dibuang begitu
sahaja.
Sebenarnya tanpa ada tahu ada banyak kegunaan lain selain daripada mencuci dan membersihkan gigi kita setiap hari.
Empat benda jangan terus dibuang sebaliknya dapat diselamatkan dan nampak macam baru dengan hanya menggunakan ubat gigi. Jangan main-main dengan benda sekecil ini. Jadi kenalah cuba!
Kasut Lebih Putih
Kasut sekolah usah cakaplah. Kalau balik sekolah confirm kotor dan ini amatlah susah nak dibersihkan. Jangan panik dan marah-marah kerana ada cara mudah nak bersihkan kasut ini. Ubat gigi antara yang mujarab menanggalkan kotoran.
Sapu ubat gigi rata hingga dan biarkan seketika. Kemudian barulah basuh kasut macam biasa. Memang cepat dan mudah!
Tampal Dinding
Dinding yang berlubang akibat kesan paku dapat diratakan dengan sapuan ubat gigi. Tampal sahaja ubat gigi ke dalam lubangnya dan ratakan. Dengan ajaib, dinding nampak lebih elok dan sekata. Mudahnya!
Bersihkan Cermin
Selain kertas surat khabar, mencuci cermin dengan ubat gigi adalah cara paling senang dan mujarab bersihkan cermin. Sapukan rata pada cermin dan biarkan 15 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air bersih. Hasilnya cermin lebih
bersih dan berkilat. Hebat!
Bersih Mainan
Mainan anak-anak yang kotor dengan dakwat atau pensil warna jangan pula dibasuh dengan air sebaliknya sapukan dahulu ubat gigi rata kemudian biarkan seketika. Kemudian barulah dicuci dengan kain pengelap. Cara ini buat pensil
warna dan kesan kotoran lain dengan mudahnya akan dapat ditanggalkan. Senang kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik, anak pula semakin membesar. Sesungguhnya anak adalah umpama kain putih, jika salah mencorakkannya, ia memberi kesan kepada kehidupannya apabila dewasa nanti.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
Ini cara nak jadi ibu bapa yang awesome!
1.Teladan
Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
2.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
3.Tunjukkan kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
4.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Semoga menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di