Debaran makin terasa, lagi seminggu lebih sahaja lagi seluruh rakyat Malaysia yang sudah berumur 18 tahun ke atas perlu menjalankan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan peraturan terbaharu kepada semua pengundi yang diumumkan menerusi sebaran sebuah poster iaiti 10 Langkah Pengundian di laman Facebook rasminya.
Menerusi poster tersebut, jelas menunjukkan larangan membawa telefon bimbit yang menjadi langkah keenam di mana pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum menanda kertas undi di petak undi.
“Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit,” menurut poster itu.
Ads
Selesai memasukkan kertas undi di dalam peti undi, pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit daripada KTM tadi dan keluar meninggalkan ruangan tersebut.
Jadi dengan tindakan ini tiada individu yang dibenarkan merakam gambar atau video dengan kertas undi yang diterima di ruangan tersebut.
Ads
Baru-baru ini, Pengerusi Penaja Parti Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Badan Pemerhati Rasuah (MCW) menyarankan agar SPR melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke pusat mengundi untuk mengelakkan budaya rasuah.
Ads
Beliau mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapatkan habuan.
Pucuk jambu gajus memang sedap dibuat ulam. Kalau nak mudah makan lebih baik cuba tanam sendiri pokok jambu gajus ini. Ramai yang menanam pokok ini tumbuh subur. Pokok jambu gajus mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang banyak terutama daun, bunga dan buahnya.
Sebenarnya pokok jambu gajus boleh ditanam dengan menggunakan biji benih. Pokoknya tumbuh subur merendang. Pucuk jambu gajus boleh dituai seminggu sekali. Puas makan bila tanam sendiri.
1. Cara penanaman pokok ini boleh dilakukan melalui semaian biji benih. Caranya dapatkan biji gajus kemudian jemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.
2.Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Anak pokok ini perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan yang cepat dan aktif.
3. Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Selain menggunakan pelepah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.
4. Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan pokok gajus.
5. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.
6. Pokok ini tidak perlu menunggu lama untuk pucuknya, ia boleh tuai selepas 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.
Sumber info: Sifu Durian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usia tidak menjadi penghalang untuk mana-mana wanita tampil cantik dan berkeyakinan. Pun begitu tidak dinafikan bila seseorang itu sedar usianya semakin meningkat, lazimnya akan berubah dari segi pemakaian mahu pun tingkahlaku dan cara berfikir.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop, melihat ada 12 perubahan paling nyata. Jadi apa kata kita check mungkin ada yang disenaraikan ini ada persamaan dengan apa yang kita rasai kini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
Langkah Demi Langkahnya
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me Time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me Time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar… ‘Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.
Kehidupan yang serba kekurangan adakalanya menjadi pendorong buat seseorang individu itu untuk berusaha mengubah hidup mereka.
Usaha tangga kejayaan dan jangan berputus asa untuk ke arah tersebut. Nyata ungkapan ini sesuai dengan lelaki bernama Muhammad Faiz Ramly, 31 ini.
Dia yang berkongsi kisah hidupnya sehingga tular dan menerima lebih 11,000 perkongsian di laman Twitter dahulunya pernah menemui kegagalan namun berkat usaha gigih akhirnya kejayaan mengiringi kehidupannya kini.
Apa yang paling menyentuh hati adalah dia tidak lupa akan kedua orang tuanya selepas berjaya. Bahkan, kejayaan tersebut dihadiahkan buat ibu bapanya. Pasti terharu kedua orang tuanya . Ikuti kisahnya yang dikongsikan baru-baru ini. Moga bermanfaat untuk semua.
Menyoroti kisahnyanya, akui Faiz keluarga adalah pendorong utama untuknya berusaha demi menggapai sebuah kejayaan.
“Ayah saya seorang petani manakala ibu pula suri rumah. Saya mempunyai 9 adik-beradik dan saya anak ketiga. Dulu saya pernah terfikir untuk berhenti belajar semata-mata untuk bekerja membantu keluarga.
Tetapi saya teruskan juga walaupun menemui kegagalan tetapi saya tidak berputus asa. Sehinggalah saya berjaya membuat PhD yang bakal tamat tidak lama lagi,” ujar Faiz yang pernah melalui kesusahan sehinggakan pernah berpuasa selama dua hari dengan hanya minum air kerana ketiadaan wang ketika belajar di UM beberapa tahun yang lalu.
Bercerita lanjut, jelas Faiz lagi ketika mengambil SPM dahulu, dia pernah mengalami kegagalan yang disifatkannya sebagai keputusan yang ‘hancur’. Namun dia tidak putus asa sebaliknya, dia membuat rayuan untuk ke tingkatan enam.
Selepas gagal di peringkat itu, Faiz mengambil keputusan untuk bekerja seketika bagi mengumpul wang sebelum kembali menyambung pengajian peringkat STM Pada tahun 2008.
Berkat usaha gigih dan doa keluarga, Faiz berjaya menyambung pelajaran sehingga ke peruingkat ijazah sarjana muda pada 2020 dan ijazah sarjana pada 2016 sebelum meneruskan ke peringkah PhD dengan biasiswa penuh.
“Dalam ketika belajar itu, biar keputusna teruk sekali pun yang utama adalah kena fikirkan keluarga. saya selalu fikir, jika saya tidak mengubah hidup kami siapa yang akan bantu?
“Kerana itu ketika belajar, 80% duit biasiswa saya salurkan untuk keluarga dan pelajaran.Manakala selebihnya batu untuk diri sendiri,” ujar Faiz yang merupakan anak kelahiran Bachok, Kelantan.
Kini yang tinggal masih belajar empat adiknya manakala yang lain sudah bekerja dan ada yang memiliki keluarga sendiri.
“Sejak dulu lagi saya memasang impian untuk menggembiarkan hidup ibu bapa saya. Kalau boleh nak hantar ayah mengerjakan umrah.
“Dan alhamdulillah, impian tersbut tercapai kini. Senagaja kami adik-beradik membuat kejutan untuk ibu bapa ketika Raya Tahun Baru Cina baru-baru ini.
“33 tahun lalu, ibu dan ayah kami banyak berkorban untuk kami adik-beradik. Kini tiba masa kami balas kembali jasa tersebut. Kerana itu kami adik-beradik sepakat kumpul duit dan hantar mak ayah ke tanah suci. Insyaallah ibu bapa kami akan ke sana pada bulan ramadan tak lama lagi,” jelas Faiz lagi.
Mengakui kedua-dua orang tuanya terkejut dengan ‘surprise’ yang dibuat oleh mereka, jelas Faiz lagi itulah kali pertama melihat ayahnya menitiskan air mata.
“Dulu waktu jadi petani, ayah juga adalah seorang bilal di masjid. Selalu orang bercerita pasal umrah, haji tetapi dia tak pernah merasa. Kini apa yang dimpikan bakal menjadi kenyataan tak lama lagi,” ujar Faiz yang sudahpun berkahwin dan memiliki seorang anak.
Akuinya, dia tidak mahu anaknya merasai kehidupan perit seperti yang dilaluinya sebelum ini. Justeru, dia mahu memastikan anaknya mendapat peluang pendidikan yang sempurna.
“Kelahiran anak adalah motivasi terbesar saya. Kerana dia jugalah saya mahu berusaha dalam memastikan dapat memberikan yang terbaik untuk anak saya kelak.”jelas Faiz lagi.
Sumber: MSTAR ONLINE
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...