Kepingan roti putih yang hampir tamat tarikh luputnya jangan dibuang begitu sahaja. Manfaatkan kelebihan roti ini dengan menu lain pula.
Ibu kena lebih kreatif dengan mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya.
Perkongsian Farah Izzati di facebooknya buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Siap!
Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.
RESIPI CUCUR ROTI
Ads
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
2. Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
Ads
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
Keseimbangan dalam pemakanan sangatlah perlu dijaga terutamanya pengambilan sayur. Sayur hijau juga antara sayur yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Menu sayur kailan ikan masin merupakan menu yang agak popular dan sering dijual oleh kebanyakan restoran di Malaysia ini. Sekadar info tambahan, sayur kailan dikatakan kaya dengan nutrisi dan kandungan vitamin A, C, E dan K.
Lebih menarik lagi, resipi yang dikongsikan oleh Ameera, sangat selamat terutama kepada yang mempunyai resdung kerana tidak menggunakan belacan sebagai bahan dalam masakan ini. Walaupun begitu, rasanya tetap sama seperti yang dijual di luar dan sememangnya sedap.
Kailan Ikan Masin
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Goreng ikan masin dulu ye. Garingkan. Pakai ikan masin tenggiri.
– Bawang besar 1 biji. Bawang putih 3 ulas.
– Sos tiram 1 sudu makan. Masukkan sayur, cili padi, cili besar merah 1 biji. Siap.
Sesungguhnya setiap rezeki kita atas muka bumi telah ditulis dan ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, tinggal kita berusaha hendak mendapatkannya dengan jalan yang diredai Allah S.W.T.
Begitulah yang dilalui oleh seorang nelayan yang tidak menyangka mendapat seekor ikan besar berharga ribu ringgit.
Abd Hadi Sulaiman, 47, dari Kampung Chegar Perah, Lipis Pahang, memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.
Menceritkan detik berjaya menangkap ikan berkenaan, katanya kesempatan air sungai surut dua hari lalu, dia memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar.
Abd Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah.
Berkat doa
Berdoa berharap jaring yang dipasang dapat menangkap ikan yang besar akhirnya berbaloi.
“Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.
“Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai,” katanya.
Tak sangka
Meluahkan rasa syukur, hajatnya untuk mendapat ikan bersaiz besar berjaya mendapat ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu.
“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula.
“Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.
Sukar ditemui
Mengakui ikan berkenaan sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai. Mungkin terperangkap akibat dihanyutkan arus deras ketika banjir.
Sehubungan itu, siapa sangka ikan kelah merah besar itu dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.
“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.
“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula,” katanya.
Mendidik anak-anak, kita sebagai ibu bapa bukan sakadar membantu anak-anak untuk mengenal huruf A B C dan seterusnya lancar membaca.
Melihat perkembangan pembelajaran anak-anak yang memberansangkan, jangan pula kita lupa atau abaikan 6 perkara ini. Walau terlihat mudah, namun cukup memberi kesan dalam kehidupan anak.anak.
Nak tahu apakah itu, ikuti perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini.
Bahaya jika mak ayah terlepas pandang 6 perkara ini tentang anak anaknya sendiri
1. Akil baligh anak
Anak akan mencapai umur akil baligh mereka ketika berumur 9-16 tahun. Jangan lupa siapkan ilmu persediaan akil baligh di awal usia supaya anak kita tak terkejut dan tertekan dengannya.
2. Kaedah mencuci air kecil bagi anak lelaki
Anak lelaki cara membersihkan air kecilnya agak berbeza daripada anak perempuan. Jangan lupa ajarkan anak lelaki kita Istibra’ iaitu berdehem selepas membuang air kecil.
Bahaya jika anak lelaki tak tahu tentang Istibra’ ini walau dah meningkat usia. Risau kalau kalau ibadahnya tak sah sampai umur dewasa.
3. Perkembangan emosi anak
Anak kecil kita kawalan emosinya ( self-control ) masih belum develop dengan sempurna. Bagilah anak peluang dan masa
Jangan sampai terlupa yang anak kita bukannya sengaja untuk membuat kita sakit hati dengan perangai mengamuk dan menangis mereka tetapi kerana kawalan emosi mereka masih belum terbentuk sempurna
4. Kesan jajan pada otak anak
Otak anak kita paling cepat berkembang di awal usia mereka terutamanya ketika berumur 6 tahun ke bawah.
Ketika itu, makanan tak sihat seperti jajan dan makanan yang diproses ( processed food) seperti daging burger, nugget dan sosej sangat mempengaruhi otak dan IQ anak kita. Ada kajian menunjukkan jajan yang diberi pada anak berumur 3 tahun dan ke bawah terbukti boleh efek IQ mereka
5. Didik anak mengikut fasa perkembangan mereka
Anak berumur 0-7 tahun masih berada di fasa awal perkembangan. Didiklah mereka dengan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian.
Umur 8-11 tahun pula adalah fasa untuk membentukan habit, rutin dan disiplin diri ( self discipline) . Ketika ini ketegasan kita sebagai ibubapa sangat diperlukan. Asalkan tidak keterlaluan.
6. Anak banyak bertanya
Anak yang banyak bertanya biasanya sedang dalam fasa ‘why-stage’. Ketika itu mereka sebenarnya sedang belajar memahami dunia di sekeliling mereka dan sedang belajar menguatkan ‘critical-thinking’ mereka.
Janganlah kita sakit hati dengan pertanyaan mereka sehingga kita menengking dan mendiamkan mereka. Ditakuti anak kita serik untuk bertanya lagi dan mengganggu perkembangan mereka.
Ajarkan juga ilmu ini pada pasangan kita kerana mendidik anak bukanlah tugas individu seorang. Mendidik anak memerlukan kerjasama kedua belah pihak yang saling sokong dan saling sayang.
Sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.