
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Hammad Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.
Berita duka ini dikongsikan sendiri oleh Dr Zulkifli menerusi satu hantaran di sosial media miliknya pagi tadi.
“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.
“Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” tulisnya.
Dalam perkongsian terbaru, Dr Zulkifli sempat berkongsi peribadi arwah anaknya dan punca kematiannya.
“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.
“Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5.
“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.” tulisnya.
Al-Fatihah.
Sumber : Dr Zulkifli Al-Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bakal Timang Anak Perempuan? Atikah Suhaime Terlepas Cakap Dalam Video!

Pelakon cantik, Atikah Suhaime yang kini sedang hamil anak pertama bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Hal itu dikongsikan Atikah Suhaime secara tidak sengaja ketika memuat naik videonya di Tik Tok.
Menerusi video itu, bakal ibu yang sedang menjamah air tangan ibunya ketika pulang ke Singapura itu tanpa sengaja menyebut perkataan ‘She’ yang menjuruskan kepada bayinya.

Hal itu turut disedari wargamaya yang turut meninggalkan komen di ruangan komen.
Atikah kemudiannya turut menjawab pertanyaan itu dengan memberitahu satu kejutan untuk pengikutnya.

“Alamak. I lupa cut..hahaha suprise,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam pada itu peminat mula meninggalkan pelbagai komen malah mengucapkan tahniah kepada bakal ibu cantik manis yang bakal melahirkan bayinya sedikit masa lagi.
@atikahsuhaimeeee Mukbang sotong masak hitam SG and beef rendang! #fyp #sotongmasakhitam #recipe #beefrendang #mukbang #foodtiktok #tiktokmalaysia ♬ original sound – ronasarihs – Rona Sari Hutasoit
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk Pastikan Kekal Aktif & Tak Mengantuk. Dr Ini Kongsi Rutin Pemakanan Bulan Puasa. Take Note Ye!

Gandingkan salah satu hidangan di bawah dengan protein ( sebaiknya ayam, ikan, telur, kekacang) dan serat yang best ( sayur dan buah).

Lepas tu minum air kosong 1-2 gelas.
Atau boleh minum susu secawan/ segelas. Susu fresh milk ke whole milk ke tak kisah yang penting bukan susu dalam tin tu ye ( itu gula je tu)
Lepas sahur, takmau la sambung tidur.
Get ready for the day!
Solat, ngaji ke tengok tv ke ape apelah asalkan tak tidur sebab kalau tidur nanti bangun tu mesti lapar atau mood swing.
Kita kan nak jadi baik, comel dan sihat ni.
Rutin pemakanan bulan puasa
Okay, kita share sikit na.
Untuk berbuka puasa, sebaik baiknya adalah mulakan dengan makanan yang tinggi gula ringkas contohnya kurma.
Kurma ni bagus sebab dia adalah gabungan gula ringkas ( gula ringkas ni dia bagi tenaga yang cepat) dan serat ( bantu penghadaman dan beri tenaga yang tahan lebih lama) serta dia ada mineral penting yang lain contohnya potassium ( potassium ni bagus sebab dia bantu stabilkan bendalir badan, elok la sebab kita dah puasa kan). Boleh ambil 3-5 biji kurma masa berbuka kemudian minum air kosong.
Lepas tu tunaikan solat Maghrib dengan tenang.
Dan barulah makan makanan yang lebih kompleks. Contoh makan nasi, mi, pasta, roti yada yada yada. Makan satu hidangan lengkap dan lepas tu nak makan buah ke manisan sikit sikit ok je.
Kemudian dah boleh rileks dan get ready for tarawih.
Balik terawih, nak ambil moreh, ambillah yang simple2 je macam biskut 3-4 keping, susu ( minumlah segelas before tidur sebab sumber protein dan kalsium dia bagus untuk kita), roti sekeping dua, bubur kacang semangkuk kecil, kuih 2-3 ketul atau buah buahan ke salad ke pun okay. Tak mau la yang berat berat sebab lepas tu kita nak tidur pun kan. Jadi tak perlu tenaga banyak.
Untuk sahur, eloknya setengah jam sebelum Subuh. Makanan yang tak simple sangat tak berat sangat. Contoh macam nasi dengan satu jenis protein, sayur, buah, air atau oat dengan susu, atau biskut dengan susu.
Yang penting, air kosong mesti kena cukup supaya kita kekal hidrat sepanjang hari. Kalau tak nanti kita akan mudah letih jika kurang air.
Elakkan kaffein ( kopi, teh, coklat, minuman bergas) sebab ianya akan buatkan anda lebih dahaga sahaja.
Kurangkan makanan pedas atau tinggi lemak. Tak bagus untuk perut, usus dan penghadaman anda pun. Dah kosong perut sepanjang siang tiba tiba kita bagi makanan pedas dan berlemak kat dia. ‘Terkejut’ dia nanti.
Boleh ke nak bersenam?
Boleh jika masih larat dan mampu. Jangan paksa diri. Kalau larat, buat 45-60 minit sebelum berbuka. Buat senaman yang low intensiti macam brisk walking ke slow jog ke tabata ke sikit sikit, senaman regangan, kayuh basikal sikit sikit.
Kalau nak buat senaman lepas terawih pun okay cuma jangan terus tidur dan low intensiti juga. Tak bersenam yang hardcore pun takpe.
Bulan puasa ni ramai yang boleh loss weight sebab kurang air dalam badan. Jadi ramai akan happy. Raya je, semua dah kembali ke berat asal atau terlebih sebab air pun terlebih manis dan makanan pun dah mula yang berat berat dan berlemak.
Elak minuman manis

Nak minum air manis sehari sekali atau lebih baik kurangkan la masa bulan puasa sebab air manis ni tinggi gula. Kalau lebih gula, esoknya kita memang akan dahaga sebab badan jadi kurang air.
Air kosong pun janganlah over sangat nanti buah pinggang tak boleh nak proses dan akan banyak kencing sahaja. Lebih dahaga juga.
So, kesimpulan kata bersedehanalah sepanjang Ramadhan ni.
Makan macam kita makan biasa sahaja waktu berbuka. Jangan membazir dan jangan melantak. Kena ingat yang bulan puasa adalah untuk ajar kita bersabar dan memahami keadaan orang yang diuji kurang nikmat makan (ada negara yang rakyat dia tak cukup makan atau ada keluarga yang susah untuk ada makanan yang cukup).
Yang kita kena banyakkan adalah ibadat dan taubat.
Sumber: Erna Nadia
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.

KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Suka Conteng Dinding, Mak Ayah Jangan Marah-marah, Cuci Dengan 6 Bahan Ni Saja!

Anak-anak yang membesar memang kreatif cara mereka berfikir. Bukan hanya otak yang sedang aktif tetapi tangan dan kaki juga seiring. Aktif lagi kreatif. Menconteng adalah perkara biasa bagi si kecil yang sedang membesar.
Kalau dinding baru sahaja dicat baru dan pasang kertas dinding yang mahal, angin juga rasanya bila si kecil mula menunjukkan bakat terpendam mereka di dinding kita. Jangan mudah melatah dan marah-marah anak, sebaliknya cubalah cara ini untuk hilangkan kesan contengan ini. Tak susahpun, guna bahan di rumah sahaja.

Lemon
Lemon yang bersifat asid memang bagus untuk menanggalkan kotoran. Potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon kekal mengharumkan segenap ruang.
Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.

Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sapukan bedak pada permukaan dinding, kemudian ambil kain bersih dan cuci kesan contengan hingga bersih.
Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.

Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.

Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di



