Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!

Demi menjadikan hari-hari bersama keluarga sentiasa indah dan menyenangkan, apa kata untuk waktu minum petang ini anda sediakan menu istimewa. Kiranya dapatlah menikmati juadah enak sambil berbual mesra bersama anak beranak.

Pasti menarik bukan?

 

 

Pun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang ada juga antara kita  berkira-kira untuk menyediakan juadah minum petang ini.

Apa tidaknya, terasa baru sahaja waktu tengah hari tadi bertungkus lumus di ruang dapur untuk  sediakan menu tengah hari untuk keluarga, kemudian tidak lama daripada itu sambung semula masuk ke dapur untuk sediakan menu minum petang pula.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada sahaja menu yang boleh dibuat dengan pantas, mudah dan yang paling penting memenuhi selera ramai.

Menu apakah itu?

Lain tak bukan adalah resipi yang dikongsikan oleh ibu anak lima ini,  Eyza Cik Bunga di media sosial.  Menurutnya, bila menu yang satu ini disediakan untuk dijadikan juadah minum petang, semua anak-anaknya menggemari dan makan dengan penuh berselera.

Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!

Bahkan menariknya juga untuk sediakan menu Apam Milo ini sangat mudah, guna 4 bahan sahaja.

IKLAN

Apam Milo

Bahan-bahan:

Milo setengah cawan

Tepung gandum secawan

Gula 6 sudu (ikut kemanisan masing-masing) saya tak  suka manis

Telur 3 biji

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK

 

Cara Penyediaan:

Langkah 1 : Pukul telur  dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik ( guna blander je)

Langkah 2 : Masuk tepung gandum, blander lagi sampai sebati ( rasa blande sudah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

Langkah 3 : Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh bubuh pewarna lain, dan 1 bekas lagi bubuh milo dan kacau-kacau sampai sebati.

Langkah 4 : Tuang selang seli dalam loyang atau bekas kalau nak nampak menarik, loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan)

IKLAN

Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!

Langkah 5 : Kukus 20minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu)

Langakh 6 : Siap

Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!

Sumber : Eyza Cik Bunga

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI