Rindu, itulah perasaanya bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan pasangan. Andai sehari dua, mungkin dapatlah kita pendam seketika namun jika berminggu-minggu apatah lagi berbulan-bulan lamanya tentu terasa sukar jadinya.
Lantaran itu, kalau boleh akan diusahakan untuk pastikan anak-anak dan pasangan sentiasa ada di sisi.
Begitu jugalah yang telah diputuskan oleh pelakon Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32 membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan filem Pulau.
Difahamkan dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan sekali gus membawa seisi keluarga menemaninya di pulau peranginan tersebut.
Ads
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.
“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.
Ads
Dikatakan filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada Mac nanti, dengan menampilkan bintang popular yang lainnya seperti Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan ramai lagi.
Sewaktu kita memandu kereta mahupun menunggang motosikal di jalan raya, haruslah kita berwaspada kerana malang tak berbau. Kemalangan yang terjadi di tanpa kita duga.
Sehubungan itu, untuk mengelak daripada berlaku kita perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu. Namun dalam pada itu siapa sangka, aksesori kereta juga penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh lelaki ini di TikTik Adrian Chiaaa dari WapCar. Menerusi video beliau berkongsi mengenai jenis-jenis aksesori yang tidak boleh digunakan pada kereta kerana dipercayai membahayakan serta boleh menyebabkan kemalangan.
4 aksesori kereta bahaya.
Menurutnya empat jenis aksesori yang selalu digunakan untuk menghias kereta ialah karpet yang tidak mengikut saiz, dashboard cover, klip tali pinggang dan stiker yang dilekatkan di atas stereng.
Video ini meraih tonton hingga 1.9 Juta serta tanda suka lebih 187 ribu Seterusnya ikuti video beliau.
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berdepan detik mencemaskan bersama isteri dan anak-anak bila mana berdepan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand, petang semalam.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, TMJ menyifatkan ia pengalaman terburuk dalam hidupnya apa lagi melibatkan anak-anak yang ketakutan berdepan detik itu.
Malah menurut perkongsiannya, baginda serta keluarga ketika itu berada di lobi hotel berhampiran pusat beli-belah berkenaan sebelum mendengar orang ramai berteriak dan berlari masuk ke dalam perkarangan hotel tersebut.
“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.
“Suasana sangat bising dan terdengar begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel waktu itu.
“Kami bawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat dan berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya,” katanya.
Bercerita mengenai situasi getir itu kata TMJ lagi, dia mula memikirkan jika berdepan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Malah kongsinya lagi, baginda dan pasukan keselamatan bertindak sebagai perisai dengan berdiri di hadapan isteri dan anak-anak sebelum bergerak ke tempat yang lebih selamat waktu itu.
“Isteri saya terus peluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba tenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.
“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh dan dua orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa,” kongsinya lagi.
Terdahulu TMJ dan keluarga berada di Bangkok bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun terlepas perlawanan itu namun TMJ bersyukur keluarga dan pasukannya terselamat.
Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana kehilangan insan yang paling disayangi. Apa lagi orang yang mengandungkannya selama 9 bulan, dibesarkan dengan kasih sayang. Malah si anak ini menjadi tempat ibu bergantung harap. Kini dia pergi buat selama-lamanya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia secara mengejut kira-kira pukul 7 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki berusia lapan bulan.
Dengan perasaan diselubungi pilu yang tidak terkira, ibu kepada pelawak terkenal Abam Bocey meluahkan rasa sayu membuatkan sesiapa sahaja mendengar turut menangis.
dalam bingkisannya menerusi facebooknya semalam. Tulisan yang cukup menyentuh hati tular sehingga dikongsikan hampir 2k.
Dalam banyak-banyak berita semalam, saya membaca satu demi satu luahan Puan Sabariah Arshad. Termasuk video yang dimuat naik wartawan dan rakan artis. Ianya memang luahan sempurna seorang ibu.
Semalam, anak yang dikandung 9 bulan, dijaga rapi kemudiannya dewasa dan menjaga beliau dengan paling selesa, menghembuskan nafas terakhir di dalam tidur. Dikejutkan isteri namun tidak lagi bergerak dan bernafas. Maka pulanglah dia ke negeri abadi tanpa sedikit pun pesanan atau nasihat kepada yang tinggal.
Si ibu ini, setiap kali membuka mulut, keluarlah ayat,
“dia sabar dengan saya.” “dia baik sangat dengan saya.” “dia jaga saya baik-baik.” “saya ni sakit, susah berjalan, susah nak buat itu nak buat ini, tapi dia sangat sabar dengan saya, tak pernah tinggi suara, semua dia buat ja.”
Maka inilah yang kita selalu dengar, anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana rumitnya nak menjaga, nak melayan dan menuruti kehendak ibu, tetap perlu disantuni dengan sebaiknya.
Disebalik gelak ketawa yang kita sering lihat dan terhibur, di luar sana, apabila dia pulang ke rumah, dia menghiburkan ibunya sendiri dengan layanan anak soleh.
Tak ada diberitahu sesiapa, tidak ada selfie sambil membantu ibu, semuanya penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Itulah Abam Bocey yang kita kenal.
Syurga tempatmu insya-Allah. Banyak saya belajar dari kematian almarhum. Semoga kita yang masih berpeluang melihat, sentuhlah hati sendiri dan belajar lihat dan pandang bagaimana seorang ibu menghulurkan kunci syurga dari tangannya sendiri kepada anaknya.
Itulah kejayaan paling besar buat ibu. Nanti berpelukan di sana, anak dah tunggu.
Ya Rabb. Doa kami, semoga Puan terus kuat dan tabah. Kami juga tidak setabah dan sekuat Puan, kehilangan anak adalah kehilangan paling besar buat seorang ibu, namun, bahu kami tetap ada untuk tahan sekejap tangisan, legakan sebentar keresahan. Semoga hal kecil ini dapat menenangkan puan.
Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Nak masuk syurga juga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.