Tiada ungkapan yang lebih bermakna buat pelakon Fasha Sandha dari lafaz syukur serta terharu melihat hasil titik peluh selama bekerja sudah tersergam indah di hadapan mata.
Biarpun mungkin tidak segah kediaman orang lain namun bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini apa yang diperoleh sangat membuatkan dia terharu dan sebak.
“Perasaan syukur, sebak, bercampur, 😢
“Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa Interior designer 😭
Berkongsi kegembiraan rumah nya kini siap dengan dekorasi yang ringkas namun tetap mewah..lebih membanggakan itu adalah hasil kreativiti dan ideanya sendiri tanpa bantuan pihak lain.
Ads
“Deco pun buat sendiri .. nak jimat cost 😊
Demikian luahan hati isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz menerusi laman Instagramnya.
Turut dimuatnaik video majlis doa selamat yang diadakan dikediamannya.
Ads
Turut hadir, keluarga Sheila Rusly serta ahli keluarga Fasha Sandha dan juga keluarga mentuanya.
Hujung minggu ini pasti ramai saudara dan kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah.
Buntu hendak menyediakan menu buat tetamu apa kata sediakan menu ringkas ni.
Mix Fruit Cocktail antara yang paling mudah disediakan. Minum ketika sejuk pasti terasa enaknya. Anak-anak pasti suka.
Resipi yang disarankan oleh Bella Anies ini nampak sedap lain macam. Jom cuba.
MIX FRUIT COCKTAIL
Tiap kali raya mesti buat ni, sebab bila cuaca panas memang laku..especially budak-budak.
Ni saya kongsikan resipi saya, senang je.
2 peket Jelly sumi
2 tin susu cair ideal
4 sudu besar susu pekat
1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga – premium fruits, tp time ni habis stock)
1 tin longan (optional la brand pape tapi saya memang suka Hosen)
1 bekas nata de coco
2 biji kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu esen vanilla
4 sudu besar gula pasir
*Saya tambah 2 cawan air (sebab tak suka manis sangat)
*Buah-buahan asingkan dan masuk terus dlm bekas hidang
*Satukan bahan2 cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk.
*Masukkan kuning telur & esen vanila
*Custard tu kacau dulu dengan air bagi dia sebati baru campur dlm periuk kalau x nanti berketul2 dan burn kejadiannya (nak bg kuah pekat sikit)
*Dah satukan semua baru on api perlahan je, & masak kuah sampai sebati, x perlu panas sgt..
*Sejuk je campurkan dlm mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi..
> selalu beli kat psr malam kuahnya ya ampun sikit sangat tp utk bancuhan sy ni jgn risau kuahnya mmg generous, cedoklah ikut mana nak ?
Note: saya x letak ais siap2 sbb bila nak makan baru masukkan ais dlm mangkuk dan cedok cocktail ni..
Kredit Resepi : bella anies via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain pelepasan hutang, waris Allahyarhamah turut menerima khairat kematian sebanyak RM1,500 sebagai sebahagian daripada faedah di bawah perlindungan pinjaman PTPTN.
Dalam usaha meneruskan komitmennya terhadap kebajikan peminjam, PTPTN melalui inisiatif Program Ziarah PTPTN Prihatin telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merangkumi wang tunai sebanyak RM2,000 serta kotak makanan kepada keluarga mangsa.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tragedi yang berlaku pada 19 April itu memberikan impak emosi yang besar kepada ahli keluarga Allahyarhamah. PTPTN memaklumkan bahawa inisiatif sebegini mencerminkan keprihatinan agensi itu dalam meringankan beban yang ditanggung oleh waris peminjam.
Tambahan pula, skim perlindungan takaful berkumpulan yang ditawarkan oleh PTPTN diharapkan dapat memberikan sokongan moral dan kewangan kepada keluarga yang berhadapan dengan saat sukar ini.
Majlis penyerahan sumbangan dan sesi ziarah telah berlangsung di kediaman keluarga mangsa di Felda Chemplak, Labis, Johor. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Zawiah Wan Abu Bakar, yang mewakili kepimpinan PTPTN, serta Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Johor, Rafidah Sidek.
Berita baik buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak autisme. Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026.
Inisiatif ini sedikit sebanyak mampu memberi kelegaan kepada keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembelajaran, terapi serta intervensi awal anak-anak autisme.
Menerusi perkongsian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), subsidi ini dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai usaha membantu ibu bapa atau penjaga yang menanggung kos pembelajaran anak autisme di pusat bertauliah.
Menurut JKM, bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 diberikan kepada anak autisme yang layak.
Bantuan ini bertujuan menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti, sekali gus membantu perkembangan anak-anak istimewa dari aspek komunikasi, sosial, tingkah laku serta kemahiran harian.
Setakat April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.
Pelaksanaan subsidi ini dilihat sebagai antara usaha penting kerajaan dalam membantu keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas mendapatkan akses pendidikan dan terapi yang lebih baik tanpa terlalu terbeban dengan kos semasa.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan, beberapa syarat utama perlu dipenuhi, antaranya:
Pusat pembelajaran yang dimaksudkan termasuk Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang menyediakan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.
Bagi pengiraan pendapatan per kapita pula, ibu bapa boleh membahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan jumlah bilangan ahli keluarga dalam rumah berkenaan.
Ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah berikut:
Borang boleh diperoleh melalui laman web rasmi JKM atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan berkaitan.
Borang permohonan perlu diserahkan kepada PUSPA tempat anak mengikuti pembelajaran atau terapi.
Pihak PUSPA akan menyemak dan membuat pengesahan sebelum menghantar borang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan.
Permohonan akan melalui proses semakan sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak JKM.
Buat ibu bapa yang sedang berusaha memberikan sokongan terbaik buat anak autisme, peluang ini wajar dimanfaatkan. Walaupun bantuan ini diberikan secara one-off, jumlah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga.
Selain membantu dari sudut kewangan, subsidi ini juga memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak autisme untuk mendapatkan intervensi awal yang lebih konsisten dan berkualiti.
JKM turut mengingatkan orang ramai agar tidak melepaskan peluang ini demi membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa.
Untuk maklumat lanjut, ibu bapa boleh hadir atau menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan. Borang permohonan serta senarai semak dokumen juga boleh dimuat turun melalui kod QR yang disediakan oleh pihak JKM.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.