Part paling seronok waktu Syawal bagi anak-anak adalah apabila dapat mengutip duit raya dari rumah ke rumah.
Tak kiralah berapa yang diberikan, bila dapat je sampul duit raya, tersenyum lebar semuanya kan.
Balik rumah mulalah nak kira berapa jumlah yang berjaya dikumpulkan. Bukan hanya anak-anak yang teruja, malah ibu bapa pun turut sama.
Jarang sekali selebriti yang berkongsi kutipan duit raya anak-anak mereka. Namun berbeza dengan Usahawan dan hos terkenal Neelofa.
Dalam satu perkongsian terbaru menerusi akaun tiktoknya, Isteri kesayangan PU Harris atau PU Riz dilihat memuatnaik video mengira duit raya yang diterima anaknya Muhammad Bilal Mohd Harris.
Paling teruja dan mendapat perhatian ramai apabila diberitahu jumlah dikutip Sebanyak RM14K. Untunglah Bilal, kecil-kecil lagi dah dapat duit sebanyak itu.
Indahnya mempunyai anak-anak sebagai penyeri rumahtangga . Sudah pasti ia menyimpan berbagai kenangan yang melekat dalam ingatan.
Dalam tempoh mereka membesar, ia adalah waktu emas untuk mendidik anak dan meluangkan masa bersama.
Biarpun anak-anak mempunyai pelbagai ragam, namun itulah momen yang akan menjadi kenangan apabila mereka dewasa nanti.
Hargai masa ’emas’ ketika bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Begitulah dengan perkongsian ini. Ia mengingatkan kita bahawa bahawa momen-momen masa kecil menjadi salah satu pengalaman hidup yang luar biasa.
Anak umur 2 hingga 4 tahun memanglah payah untuk dijaga. Mereka mengamuk, mereka melalak, mereka tak nak berkongsi dan mereka tak nak dengar arahan.
BILA ANAK REMAJA, SEMUA INI TINGGAL KENANGAN.
Akan sampai masanya, anak anak kita akan menjadi remaja. *Mereka akan lebih banyak berdiam *Tiada lagi tangisan *Tiada lagi rengekan *Tiada lagi keriuhan
Disitulah kesunyian akan mula melanda.. Ketika itulah kita akan sangat sangat merindui telatah dan karenah anak anak kita.
HARGAI MASA KETIKA ANAK MASIH KECIL
Mungkin sekarang adalah masanya untuk kita mula : *Kurangkan amarah dan emosi di dada *Mula belajar menggali hikmah dan ibrah *Mula mensyukuri sekecil kecil perkara *Mula menghargai kehadiran mereka dalam hidup kita
The greatest legacy we can leave our children is happy memories. Time is precious, don’t waste it.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jamal Abdillah bakal dapat anak ketujuh, isteri alami alahan teruk. Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkongsi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.
Jamal Abdillah Bakal Dapat Anak Ke Tujuh, Isteri Alami Alahan Teruk
Memetik Berita Harian Jamal berkata, dia mahu merahsiakan kehamilan anak kelima, namun isterinya mengalami alahan teruk, tak makan selama lapan hari dan muntah.
“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.
“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.
“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya dilalui.
“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya.
Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.
Jamal juga memiliki dua lagi cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Jamal berkata, isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung.
“Kemudiannya, isteri masuk kembali hospital selama empat hari, jadi lapan hari. Bayangkan tak makan lapan hari, itulah sebabnya dipercayai ada masalah jantung. Bila perut kosong, gastrik pun datang.
“Diharapkan isteri segera sembuh, saya melihatnya. Tapi, sekarang nampak perkembangan positif, semakin ceria, alhamdulillah,” katanya.
Mengulas kehamilan isterinya, Jamal berkata, ia adalah lebih kepada kurniaan rezeki Allah SWT.
“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini.
“Dapatlah tebus dosa silam dan cahaya mata ini juga rezeki. Anak-anak adalah terapi dan hiburan saya.
“Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu lagi ada ‘baby’ selepas anak keempat, tapi rezeki datang.
“Jadi, saya sudah sepakat dengan isteri, kena ‘ikatlah’ selepas melahirkan anak kelima ini,” katanya yang menjangka bayi akan dilahirkan awal tahun depan.
Pelakon Norman Hakim baru-baru ini menghadiri sesi perjumpaan dengan guru Maria Danisha, untuk prestasi akademiknya.Norman melahirkan rasa syukur dan bangga apabila mengetahui Danisha berjaya...