Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut nafkah ataupun cara untuk menuntuk hak penjagaan anak.

Bila mengalami situatasi ini, mengambil masa untuk selesaikan sebab akan melalui banyak proses. Itu pun bergantung dengan cara kerja peguam yang dilantik kan.

Diadaptasikan oleh novel Pelangi Tidak Berwarna karya Sophilea, drama bersiri Wanita Syurga sedang berlangsung tayang di TV3 bermula pada Mac lepas.

Dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Riena Diana dan Nazim Othman, drama ini menceritakan tentang Ardini dan Amar yang merupakan pasangan suami isteri yang bahagia.

“Boleh Je Cerai Tanpa Serah Hak Penjagaan” Drama Wanita Syurga Beri Panduan Kepada Orang Ramai

Namun begitu, rumahtangga mereka mula menghadapi konflik rumahtangga apabila Amar kahwin lain di luar negara bersama Farah.

Dikurniakan dua orang anak, Ardini cuba mendapatkan semula haknya sebagai seorang ibu.

Hadirnya Luqman, seorang peguam syariie juga rakan sekampungnya membuat dia nekad untuk mendapatkan semula hak penjagaan anak.

Drama ini dapat menjadi panduan kepada wanita yang dikhianati oleh suami untuk berani membela diri sendiri.

IKLAN

Babak yang memaparkan Ardini naik turun mahkamah dapat memberi semangat kepada wanita di luar sana.

Menerusi hantaran di Instagram wanitasyurgatv3.iqiyi, coretan babak dari episode 28 memaparkan Ardini dan Peguam Naily yang sedang bertengkar mulut mengenai kes hak penjagaan anak.

 

Ruangan komen penuh dengan komen netizen yang meninggalkan pendapat masing-masing.

IKLAN

“Naily tu buat keje dia sebagai peguam walaupon dia memang buat dengan emosi dia sendiri……” – NETIZEN

“Silap besar dia dah setuju serahkan penjagaan anak-anak sepenuhnya pada amar……”  NETIZEN

“Naily kalau perangai macam ni nak ke mak Luqman terima jadi menantu……”  NETIZEN

Admin akaun turut membalas di ruangan komen.

“Belajar, jangan jadi bodoh saja-saja serahkan hak penjagaan anak-anak. Boleh je cerai tanpa serahkan hak penjagaan……” balasnya di ruangan komen.

Bukan untuk buat orang lain tersinggung, tapi betul lah apa yang dikatakan. Zaman sekarang penceraian memang akan berlarutan prosesnya.

Tambahan pula wanita zaman sekarang sudah ramai yang bangkit daripada ditindas oleh pasangan sendiri. Kesedaran tentang penindasan dalam rumahtangga memang patut diketengahkan.

MESTI BACA: Drama ‘Lelaki Itu’ Cetus Fenomena, Erma Fatima Luah Isi Hati. Deep!

IKLAN

Pasangan Veteran Bila Kahwin, Tiada Masa Nak Buat Drama, Sweet Sangat!

Imani Keluarkan Kenyataan Membela ‘Penyondol’. Guris Hati Netizen!

SUMBER: Instagram wanitasyurgatv3.iqiyi

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

“Boleh Je Cerai Tanpa Serah Hak Penjagaan” Drama Wanita Syurga Beri Panduan Kepada Orang Ramai

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI