Ads

Rayyan Dinobat Penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Putera) MRSM SUBES , Rita Rudaini Luah Rasa Syukur

Pelakon popular, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Putera) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar pada Jumaat, 16 Oktober 2026.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Rita menitipkan ucapan tahniah buat anak tersayang , selain menzahirkan rasa terharu atas pencapaian tersebut.

“Baiknya takdir Tuhan … Tahniah, champ!” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Rita turut dilihat naik ke pentas bersama anaknya untuk menerima anugerah berkenaan. Pelakon itu tampil anggun mengenakan baju kurung rona merah yang dipadankan dengan tudung berona pic.

Ads

Dalam hantaran sama, Rita menyampaikan pesanan penuh kasih sayang bahawa dia dan adik Rayyan akan sentiasa menjadi penyokong paling setia serta individu yang paling berbangga dengan kejayaannya.

“Mommy and adik will forever be your biggest supporter and your proudest cheerleader,” ujarnya.

Rayyan Dinobat Penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Putera) MRSM SUBES , Rita Rudaini Luah Rasa Syukur

Ads

Rayyan Dinobat Penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Putera) MRSM SUBES , Rita Rudaini Luah Rasa Syukur

Pesanan ringkas itu menggambarkan kegembiraan seorang ibu melihat pencapaian anaknya, di samping memberi jaminan bahawa sokongan keluarga akan sentiasa mengiringi langkah Rayyan.

Ads

Imbas kembali, pada tahun 2026, ketika berusia 17 tahun, beliau mengharumkan nama Selangor apabila berjaya memenangi sekaligus memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Selain itu, dalam kejohanan yang sama dia turut merangkul kedudukan naib johan bagi acara 100m dan tempat ketiga bagi acara 200m.

Tahniah diucapkan kepada Airit Rayyan atas penerimaan Anugerah Kokurikulum Terbaik (Putera). Semoga terus cemerlang dan meraih lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Jerebu! Bahaya Pelitup Muka Biasa, Ini Perlindungan Terbaik Disaran KKM

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan keluarga. Ketahui kenapa pelitup muka biasa kurang berkesan, kelebihan N95 dan langkah perlindungan disaran KKM.