Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi apabila perlu membesarkan anak seorang diri dengan hasil titik peluh sendiri.
Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang untuk usahawan terkenal negara iaitu Datuk Seri Vida yang merupakan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya.
Beliau sering memberi galakan dan mendorong anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
Bukan itu sahaja, beliau juga sering memberi kata-kata semangat dan sentiasa berkata baik buat kedua anaknya itu.
Tidak hairanlah mengapa anak-anaknya selalu bersemangat dan berjaya dalam melakukan apa sahaja perkara. Kata-kata dari seorang ibu itu memang penting.
Terkini, anaknya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen yang juga merupakan usahawan muda, baru sahaja memiliki kereta idaman menggunakan duit sendiri hasil dari jualan ‘salmon skin salted egg’.
Cik B memilih sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 bersempena bulan kelahirannya sebagai hadiah hari lahir yang ke-19 pada tahun ini.
Melalui hantarannya di Instagram, dia berterima kasih kepada ibunya DSV atas segala sokongan yang diberi.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, terima kasih mama, semua ini tak akan mampu terjadi tanpa kehadiran mama.
“Syukur dikurniakan ibu yang hebat, kaya, bijak, pandai, comel dan cantik,” kapsyennya di Instagram.
SILANG KAKI SEBELUM MASUK KERETA
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah Cik B dilihat menyilang kaki sebelum memasuki kereta barunya itu.
Seorang pengguna TikTok tampil memberi penjelasan mengapa Cik B masuk kereta dengan menyilang kaki.
“Sebab dia mulakan dengan sunnah kanan dahulu. Sebenarnya ramai sahaja masuk kereta guna kaki kanan cuma tak dirakam,” jelas seorang netizen.
Rata-rata netizen memuji DSV yang tidak kering mulut dengan menyebut anaknya hebat dalam setiap tingkah-laku anaknya itu. Ia menjadi satu doa hingga dua anaknya berjaya.
Berikut adalah komen netizen.
“Mama dia selalu cakap anak-anak mama hebat memang jadi hebat dua anaknya. Untung dapat ibu yang selalu mendoakan.
“Sejuk perut DSV mengandungkan CikB dulu. Saya sampai sekarang masih tak mampu bahagiakan ibu bapa.
“Suka sangat cara Datuk Seri Vida cakap dengan anak dia, lembut dan sentiasa mendoakan, boleh praktik dekat anak sendiri,” komen salah seorang pengguna TikTok.
Tahniah Cik B dan mama!
MESTI BACA: “Mama Insan Terhebat Allah Kurniakan, Tak Pernah Jentik Atau Pukul Saya” – Cik B
“7 Tahun Berlalu, Kehilangan Paling Sakit Pernah Saya Lalui” – Datuk Seri Vida
“Malam Ni Terawih Rumah Mama Ye.” Warganet Puji Cara Dato Vida Santuni Anak Tahfiz.
SUMBER: Malaysia Dateline
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my