Pelakon Intan Ladyana sebelum ini selamat melahirkan anak sulungnya pada 31 Januari yang lalu. Berita gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, Harris Alif menerusi akaun Instagram.
Begitupun, pasangan mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah penuh permata hati mereka kepada tatapan umum.
Usai tiga bulan menanti, Intan menerusi laman Instagramnya memuatnaik gambar bersama Harris dan anak perempuan mereka.
Keluarga kecil ini tampil sedondon dengan mengenakan busana rona putih. Si kecil kesayangan pasangan ini tampak comel dengan headband berbunga.
Dalam perkongsian tersebut, Intan turut mengumumkan nama puteri comel mereka iaitu Evie Khadeeja.
Ads
Salam ramadhan 🕌
from us,
Harris, Intan & baby Evie Khadeeja
Ads
Demikian kapsyen yang dimuatnaik Intan.Cukup ringkas namun sedap dan indah sekali, sesuai dengan si empunya diri. Alahai comelnya Evie Khadeeja, cantik seperti ibunya juga.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat memuji kecomel Baby Evie Khadeeja.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 5 Februari Tahun lalu. Perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka untuk bergelar suami isteri.i
Lazimnya bila kita pergi ke majlis perkahwinan akan ada pasangan mempelai yang duduk di pelaminan, tersenyum manis. Namun lain pula pengalaman tetamu bila menghadiri majlis perkahwinan Muhammad Iqbal, 21 yang berlangsung pada beberapa bulan yang lalu.
Dilihat pengantin duduk bersendirian tanpa ditemani isterinya hingga membuatkan dia tidak dapat menanggung sebak di hati hingga menitiskan air mata di hari bahagianya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kisah Muhammad Iqbal, 21, yang juga anggota polis itu sebenarnya mendapat perhatian selepas isterinya, Nor Syafiqah Rozita Rody, 24, memuat naik rakaman video kenangan ketika majlis persandingan itu di TikTok kelmarin.
Berkongsi kisah sebenar sebagaimana yang dikatakan di dalam laporkan Harian Metro, difahamkan Muhammad Iqbal yang menetap di Batu Caves, memaklumkan majlis persandingan itu sepatutnya diadakan pada 12 Disember tahun lalu namun terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana dipanggil melapor diri sebagai anggota polis seterusnya ke pusat latihan.
“Jadi, isteri pilih untuk melangsungkan majlis persandingan pada 29 September lalu sempena ulang tahun pertama perkahwinan kami.
“Dua minggu sebelum majlis, kami bersama-sama pergi mencuba busana pengantin malah semua persiapan sudah dibuat.
“Ditakdirkan, sehari sebelum majlis iaitu pada 28 September, saya bawa isteri ke klinik kesihatan untuk periksa bayi dalam kandungan tetapi doktor dapati isteri lemah akibat alahan teruk kemudian merujuknya ke Hospital Selayang sebelum dimasukkan ke dalam wad,” ceritanya lanjut.
Akur Nasihat Doktor
Menurutnya, dia cuba berunding dengan doktor untuk mendapatkan kebenaran isterinya keluar dari wad.
“Dalam pertemuan itu, doktor nasihatkan saya untuk biarkan isteri terima rawatan di wad.
“Ia kerana doktor khuatir berlaku perkara tidak diingini kepada isteri dan bayi dalam kandungan sekiranya saya berkeras.
“Jadi saya akur dan memikirkan keluarga isteri sudah datang dari Sabah serta tetamu sudah diundang maka saya teruskan juga majlis,” ceritanya lagi.
Tidak Mampu Kawal Emosi
Muhammad Iqbal berkata, hatinya ketika itu sedikit terubat apabila dapat membuat panggilan video dengan isterinya ketika di atas pelamin.
“Saya cuba mengawal emosi tetapi menangis juga akhirnya sewaktu berjalan masuk ke dewan majlis dan berada di atas pelamin. Keluarga saya dan isteri yang cuba tenangkan serta beri sokongan moral.
“Tetamu yang hadir terkejut juga awalnya apabila melihat saya seorang saja hadir namun faham selepas diberitahu perkara sebenar oleh pengacara majlis.
“Apa pun, saya tidak menyalahkan takdir kerana semuanya percaturan Allah. Allah uji kerana kami mampu malah saya yakin ramai lagi berdepan ujian lebih hebat,” katanya dengan tenang.
Berhubung video yang tular pula, Muhammad Iqbal terkejut kerana tidak tahu isterinya muat naik rakaman berkenaan di TikTok pada awalnya.
“Saya sedar apabila terima banyak notifikasi di telefon bimbit.
“Alhamdulillah, setakat yang saya baca semuanya positif cuma ramai persoalkan kenapa tidak teman isteri di wad.
“Hakikatnya, saya tidak boleh ada di wad sepanjang masa kecuali ketika waktu melawat. Apa pun terima kasih atas semua doa yang baik buat saya dan isteri,” katanya.
Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Khamis.
Khabar Duka tersebut dikongsikan sendiri oleh Zarina menerusi laman Instagramnya.
Dia yang tidak dapat menahan sebak memberitahu, bapanya itu meningal dunia ketika di masjid untuk menunaikan solat Isyak dan taraweh secara berjemaah.
“Assalamualaikum, saya baru dapat khabar berita daripada Kuching, ayahanda saya, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ketika berada di masjid sewaktu ingin menunaikan solat Isyak dan tarawih.
“Dia rebah pada solat sunat Isyak. Waktu itu nadi ada lagi. Tapi belum sempat ambulans sampai ayah sudah meninggal.
“Ayah ada penyakit darah tinggi. Tapi dia pandai kawal dan ubat sentiasa makan. Dia juga tak pernah dimasukkan hospital,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, kali terakhir berjumpa bapanya pada Februari lalu dan mesej mengenai Lailatul Qadar adalah perbualan terakhir mereka yang dihantar bapanya di kumpulan (Grup) WhatsApp, petang semalam.
“Pada Februari lalu saya ada balik kampung. Tak sangka itu pertemuan terakhir kami. Petang semalam dia berkongsi mengenai Lailatul Qadar di Grup WhatsApp. Kawan-kawan ayah cakap dia juga hantar di banyak grup mesej dan secara peribadi.
“Malah, ayah siap minta maaf pada kawan-kawan, dia cakap mungkin ini Ramadan terakhir buat dirinya. Saya ingat lagi, dia selalu cakap pada kami adik beradik, dalam solat minta doa supaya mati dalam keadaan mudah, di tempat baik dan malam Jumaat.
“Alhamdulillah, ayah dapat semua itu. Dia meninggal menjadi buah mulut orang. Dia banggakan kami pada saat akhir. Kalau nak tahu, dia sangat istiqomah dalam ibadah. Penat mana dia, tak pernah tinggal solat sunat tahajud,” ujar Zarina lagi.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini juga berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat arwah bapanya itu.
Ramai yang salah anggap bahawa jika bergaji besar pasti boleh menabung. Sekarang gaji kecik so tunggulah dulu. Belum mampu menabung katanya.
Hakikatnya sumpahan gaji adalah bukan mengenai berapa banyak wang dijana tetapi bagaimana kita :
1) menukarkan pendapatan kepada simpanan
2) menukarkan simpanan kepada pelaburan
3) menukarkan pelaburan kepada keuntungan
Jika bergaji RM3,000 tapi tidak mampu menabung RM450 hingga RM1,500 selama minimum 12 bulan berturut-turut, akak jamin anda tidak akan mampu menabung RM1,000 hingga RM5,000 walaupun bergaji RM10,000.
Jika waktu gaji kecik tak mampu menabung minimum 15% hingga 50%, akak jamin bila dah bergaji lima angka anda pasti tak akan mampu juga.
INI FAKTA!
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka namun simpanan dana cemas paling lekeh iaitu tiga bulan pun tidak ada?
❌ Berapa ramai suami isteri bergaji lima angka tetapi hidup bulan ke bulan menyeret kad kredit sahaja?
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka esok hilang kerja, minggu depan hilang nyawa?
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka tetapi ansuran hutang bulanan pun lima angka juga? Pagi ni gaji, petang ni habis!
❌ Berapa ramai yang bergaji lima angka tetapi termasuk dalam statistik Bank Negara bahawa simpanan RM1,000 pun tak ada? #apeni?
Sebab itulah akak sentiasa tekankan :
1) ilmu
2) sikap
Kedua-dua ini adalah penentu jumlah kekayaan.
Gaji atau wang cuma alat. Sesiapa yang berilmu cuma melihat gaji (wang) sebagai alat.
Kaedah menguruskan “alat” yang menentukan jumlah kekayaan dan kemampuan persaraan.
SUMPAHAN GAJI mudah je.
1) Jana wang
2) Simpan wang
3) Labur wang
4) Hasilkan keuntungan
5) Kekal konsisten
Jangan kejar wang. Tapi kejarlah ilmu dan perbaiki sikap.
Dua orang yang memiliki gaji yang sama tetap akan memiliki kekayaan berbeza kerana : ilmu dan sikap.
Dan ya… kalau pesen wang asyik bocor, simpan bertahun-tahun tak pun jadi kaya, cuba tukar kepada menabung emas pelaburan 999?
Dengan ilmu, menabung emas jauh lebih menguntungkan berbanding menabung wang. Ilmu membezakan gais!
Dah ada akaun simpanan emas GAP ke belum?
Salam sayang
Sumber: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...