Sayur-sayuran antara makanan yang paling cepat bertindak balas dan tidak tahan lama. Biarpun disimpan di dalam peti ais, ada kalanya sayur-sayuran cepat
layu dan tidak tahan lama.

Sama seperti sayur, buah-buahan juga tidak mampu kekal lama apabila disimpan. Sebenarnya ada cara penjagaan agar memastikan kedua makanan ini mampu disimpan lebih lama. Bagaimana? Ikuti tip dan petua yang diberikan ini.

Ketika menyimpan buah-buahan, pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Baik menyimpan di dalam peti ais ataupun di luar, pastinya kesemuanya
tidak bertindih.

Mungkin meletakkannya di dalam bekas besar dan leper adalah pilihan paling sesuai. Elakkan sama sekali bakul kecil dan hanya membuatkan buah cepat lembik.

Tip Simpan Sayur & Buah Dalam Peti Sejuk,  5 Cara Ini Ibu-ibu Kena Tahu!

Limau

IKLAN

Pastikan limau disimpan di dalam tempat menyimpan telur, di dalam peti ais.

Tomato dan Timun

Simpanlah tomato dan timun di dalam suhu bilik sahaja. Namun untuk mengelakkan tomato cepat masak dan lembik, sorokkanlah dari cahaya matahari atau lebihan cahaya kepadanya.

IKLAN

Jambu, Epal dan Pear

Bungkus buah-buahan jenis ini, iaitu yang masih belum masak di dalam kertas bersama buah-buahan yang agak masak. Kemudian simpanlah ia di tempat gelap. Dalam tempoh sehari, buah-buahan ini akan masak.

Tip Simpan Sayur & Buah Dalam Peti Sejuk,  5 Cara Ini Ibu-ibu Kena Tahu!

IKLAN

Kentang

Kentang memang sangat cepat bertindak balas dengan suhu. Elakkan daripada mencampurkan kentang dengan buah atau sayuran jenis lain. Jika kentang sudah
dikupas, rendamkan di dalam air dan simpanlah di dalam peti ais.

Sayuran Herba

Seperti herba seperti daun saderi, daun bawang, daun kesum dan sebagainya, letakkan di dalam bekas berisi air kemudian simpanlah dalam peti sejuk. Pastikan akarnya terkena air. Cara ini buat ia tahan lebih lama daripada tempoh biasa.

Selamat mencuba.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI