
Rumah tangga bahagia itu bukan semestinya tentang hadiah mahal, makan malam romantik atau percutian mewah.
Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan merupakan satu ibadah yang bertujuan membina kehidupan berasaskan sakinah, mawaddah dan rahmah, selain menyeru pasangan agar saling bekerjasama serta mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga.
Melihat suami membasuh pinggan selepas makan, menyidai pakaian atau melayan anak sementara isteri berehat pun sudah cukup membuatkan hati seorang wanita rasa dihargai.
Lelaki yang ringan tulang membantu isteri bukan bermakna dia lemah, sebaliknya menunjukkan kematangan dan rasa tanggungjawab terhadap keluarga.
Bukan Kerana Takut, Tapi Kerana Hormat dan Sayang
Dalam kehidupan berumah tangga, setiap pasangan mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Tak perlu tunggu isteri meminta bantuan. Kalau nampak pinggan bertimbun di sinki, basuhlah. Kalau anak menangis ketika sedang memasak, ambillah anak dan tenangkan.
Di sinilah pentingnya sikap saling memahami antara suami dan isteri.
Saling Melengkapi, Bukan Menanti Arahan
Suami yang menawarkan diri menjaga anak supaya isteri dapat mandi dengan tenang, mengemas dapur selepas makan atau melipat pakaian sambil menonton televisyen sebenarnya sedang menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.
Ia mungkin bukan sesuatu yang romantik seperti dalam drama, tetapi bagi pasangan yang sudah berkeluarga, perkara beginilah yang sering membuatkan hubungan terasa lebih bermakna.
Bapa Menjadi Contoh Buat Anak-Anak
Tanpa sedar, sikap suami yang rajin melakukan kerja rumah turut memberikan contoh yang baik kepada anak-anak.
Mereka belajar bahawa keluarga bukan tentang siapa yang paling banyak berkorban, tetapi bagaimana setiap ahli memainkan peranan untuk saling menjaga.
Malah, suasana rumah juga boleh menjadi lebih harmoni apabila ibu dan ayah tidak terlalu terbeban dengan urusan harian.
Bahagia Bila Sama-Sama Ringankan Beban
Setiap rumah tangga mempunyai cara tersendiri untuk membahagikan tanggungjawab. .
Jangan malu menjadi suami yang rajin mengurus rumah. Jangan pula rasa jatuh ego apabila sesekali masuk dapur, menyapu lantai atau menukar lampin anak.
Suami yang baik bukan sekadar tahu mencari nafkah, tetapi juga tahu melihat keletihan isteri tanpa perlu menunggu dia bersuara.
Dan buat para isteri, jangan lupa menghargai usaha pasangan walaupun sekecil mana pun.
Rumah tangga akan terasa lebih indah apabila kedua-duanya sedar bahawa perkahwinan bukan pertandingan siapa paling penat, sebaliknya perjalanan yang perlu dilalui bersama-sama.
BACA LAGI: Besan Jadi Suami Isteri, Kisah Jodoh Tak Disangka Ini Curi Perhatian
Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

