Ads

“Jangka Hayat 12-18 Bulan…” Ayah Sanggup Dua Hari Dalam Ambulans Demi Anak Genggam Ijazah

Kasih seorang ayah tiada penghujungnya. Demi menunaikan impian anak sulung yang sedang bertarung dengan kanser otak, seorang bapa sanggup menempuh perjalanan selama dua hari menaiki ambulans supaya anak tercinta dapat menggenggam segulung ijazah.

Kisah Muhammad Afiq Mohd Hairul Fahmy, 23, meruntun hati ramai selepas video beliau menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (UC TATI) ke-26 pada 10 Oktober lalu tular di media sosial.

Walaupun terpaksa berkerusi roda dan memerlukan bantuan oksigen, Muhammad Afiq tetap bersemangat untuk menerima ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Perniagaan (Kepujian).

“Jangka Hayat 12-18 Bulan…” Ayah Sanggup Dua Hari Dalam Ambulans Demi Anak Genggam Ijazah

Detik penuh emosi itu bukan sahaja menjadi kenangan bermakna buat dirinya, malah memperlihatkan betapa besarnya kasih sayang seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat impian anak tercinta menjadi kenyataan.

Muhammad Afiq Hidap Kanser Otak, Doktor Beri Jangka Hayat 12 Hingga 18 Bulan

Menerusi temu bual bersama Era FM, bapanya, Kapten Ts Mohd Hairul Fahmy Yob, mendedahkan keadaan anak sulungnya semakin lemah selepas ketumbuhan baharu dikesan pada pangkal otak.

“Anak saya ini telah lalui satu pusingan radioterapi dan kimoterapi. Selepas kimoterapi keenam, ketumbuhan baharu dikesan pada pangkal otak.

“Ketumbuhan baharu ini yang menyebabkan semakin teruk,” katanya.

Lebih menyedihkan, doktor turut memberikan anggaran jangka hayat antara 12 hingga 18 bulan kepada Muhammad Afiq.

Menurut Mohd Hairul, anaknya merupakan anak sulung daripada lima beradik dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Perkhabaran mengenai keadaan kesihatan anaknya pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh mana-mana ibu bapa, apatah lagi apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang kini berdepan ujian kesihatan yang begitu berat.

Ads

Namun, di sebalik keadaan tersebut, semangat anak muda ini untuk meraikan kejayaan akademiknya tetap tidak pernah luntur.

“Jangka Hayat 12-18 Bulan…” Ayah Sanggup Dua Hari Dalam Ambulans Demi Anak Genggam Ijazah

“Dia Memang Nak Genggam Segulung Ijazah”

Meskipun bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya, Mohd Hairul tetap berusaha memenuhi permintaan Muhammad Afiq yang benar-benar mahu menghadiri majlis konvokesyen.

“Impiannya ialah untuk menggenggam segulung ijazah. Dia memang nak dan personally request kepada saya.

“Kalau ikutkan hati saya sebagai bapa, tak perlu pergi. Malah ketika berhubung dengan universiti pun, mereka cuba untuk memudahkan anak saya atau buat sesi berasingan,” luahnya.

Demi merealisasikan impian itu, mereka menempuh perjalanan dari Banting, Selangor ke Kemaman, Terengganu menggunakan ambulans yang disediakan oleh 96 Hospital Angkatan Tentera (96 HAT).

Perjalanan tersebut mengambil masa selama dua hari kerana keadaan kesihatan Muhammad Afiq yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi.

Bagi sesetengah graduan, menghadiri majlis konvokesyen mungkin menjadi satu acara yang dinanti-nantikan selepas bertahun-tahun menuntut ilmu. Namun, bagi anak muda ini, peluang untuk berada di majlis tersebut membawa makna yang jauh lebih besar.

Ads

Dalam keadaan kesihatan yang semakin mencabar, keinginan untuk menggenggam segulung ijazah tetap menjadi impian yang mahu direalisasikan bersama keluarga tercinta.

“Jangka Hayat 12-18 Bulan…” Ayah Sanggup Dua Hari Dalam Ambulans Demi Anak Genggam Ijazah

Pengorbanan Ayah Undang Sebak

Mohd Hairul mengakui perkhabaran mengenai jangka hayat anaknya memberikan kekuatan untuk memenuhi segala permintaan Muhammad Afiq selagi termampu.

“Apabila doktor memberikan jangkaan hayat, itu yang memberikan saya kekuatan dan semangat untuk saya penuhi apa jua permintaannya,” ujarnya.

Pengorbanan itu akhirnya membolehkan Muhammad Afiq berada di pentas konvokesyen dan menerima Anugerah Khas Aegrotat yang disampaikan oleh Naib Canselor UC TATI, Datuk Ir Kamaluddin Abd Rashid bersama Rektor, Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid.

Kasih Seorang Ayah Jadi Inspirasi Buat Keluarga

Kisah ini bukan sekadar mengenai kejayaan akademik, tetapi turut membuktikan betapa besarnya kasih seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat impian anak tercinta menjadi kenyataan.

Ads

Bagi ibu bapa, kebahagiaan anak-anak sering menjadi keutamaan dalam kehidupan. Ada kalanya, kasih sayang itu ditunjukkan melalui pengorbanan besar yang memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi.

Perjuangan keluarga ini juga mengingatkan kita bahawa setiap detik bersama insan tersayang amat berharga, terutama ketika berdepan ujian kesihatan yang tidak dijangka.

Dalam keadaan yang sukar, sokongan keluarga mampu memberikan semangat kepada seseorang untuk terus berusaha mencapai impian, walaupun terpaksa berdepan pelbagai keterbatasan.

Kisah Muhammad Afiq juga menjadi peringatan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata, tetapi turut merangkumi ketabahan, kasih sayang dan semangat untuk tidak mudah berputus asa.

Buat setiap anak, hargailah pengorbanan ibu bapa selagi mereka masih ada. Kadangkala, perkara yang dianggap kecil oleh kita sebenarnya membawa makna yang cukup besar dalam hati mereka.

Semoga Muhammad Afiq terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan.

BACA SINI : Kekurangan Penglihatan Sejak Lahir Tak Halang Muhammad Qayyim Genggam Ijazah Tahfiz Al-Quran

Sumber :  Instagram

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Bangga Ajar Bahasa Melayu Di Singapura, Anak Zulkifli Ismail Raih Anugerah...

Dr Izazi, anak pelakon Zulkifli Ismail, raih Anugerah Kecemerlangan Pengajaran NUS. Kejayaan membanggakan ini menjadi inspirasi buat wanita muda.