Cabutan WOW! Tentu sahaja ramai yang ternanti-nanti saban waktu berkenaan promosi hebat yang ditawarkan oleh PTPTN melalui Kempen Cabutan WOW! yang begitu istimewa dan sinonim dengan Simpan SSPN Plus sejak poduk ini diperkenalkan pada tahun 2015 hingga kini. Istimewa tahun ini, Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN sempena sambutan jubli perak perbadanan itu.

Umumnya ada pepatah Melayu mengatakan, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah jika ingin diibaratkan bagi setiap pendeposit Simpan SSPN, setiap pendeposit mempunyai peluang yang sama dan jika sudah rezeki, pendeposit akan berjaya memiliki hadiah yang bukan calang-calang hebatnya daripada Simpan SSPN.

Apa yang pasti Cabutan WOW! ini diadakan bagi menggalakkan ibu ayah untuk lebih mengutamakan tabungan pendidikan anak-anak di samping membuat simpanan secara konsisten. Usaha dan pengorbanan ibu ayah membuat tabungan dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan utama untuk anak-anak, tidak dibiarkan begitu sahaja. Bahkan sebagai tanda penghargaan, Simpan SSPN ‘raikan’ dalam bentuk memberi hadiah yang cukup luar biasa.

Semarak Sambutan Jubli Perak

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!

Apatah lagi bagi memeriahkan sambutan 25 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), setiap pendeposit sama ada Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime berpeluang memenangi hadiah yang cukup istimewa dengan mengangkat angka ‘25’ sebagai simbolik sambutan Jubli Perak yang julung-julung kalinya diadakan.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN memperkenala tiga (3) kategori iaitu Cabutan Siri, Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan. Simpan SSPN mencari 250 orang bayi yang lahir pada tahun ini dan telah pun membuka akaun SSPN Prime bagi memenangi Cabutan Khas Babyku Simpan.

IKLAN

Pendeposit hendaklah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus dalam tempoh kempen bagi penerima manfaat yang dilahirkan pada tahun 2022 dan kelahiran didaftarkan pada tahun 2022.

Siapa sangka rezeki anak, dengan menabung ibu ayah berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM1,000. Memang Wow!

Hanya Untuk Pendeposit

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!

IKLAN

Rebut Peluang

Bagi Cabutan Siri, ganjaran yang ditawarkan cukup mengujakan pendeposit dengan menawarkan hadiah bernilai RM2,525 untuk 25 pemenang bermula 1 April hingga 31 Disember 2022 untuk setiap siri

Itu belum lagi jika dilihat hadiah yang ditawarkan untuk Cabutan Tahunan Jubli Perak yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022, memang WOW!

IKLAN

Pendeposit berpeluang memenangi hadiah utama iaitu berupa Kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line, manakala untuk pemenang tempat ke dua layak menerima wang tunai bernilai RM100,000, sementara tempat ketiga pula akan menerima RM50,000 dan seramai 22 pemenang akan membawa pulang Motosikal Honda Dash 125 sebagai hadiah saguhati.

Nyata sekali, hadiah yang ditawarkan cukup hebat dan besar nilainya. Rugi kiranya jika ibu ayah lepaskan begitu sahaja. Mana tahu dengan tawaran hampir RM1 juta ini akan menjadi sebahagian rezeki buat keluarga anda.

Untuk itu, bagi ibu ayah yang ingin dapatkan info lebih lanjut boleh layari www.lovesspn.com atau muat turun aplikasi myPTPTN.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI