Menteri Kesihatan, Khairy Jamalaudin dalam satu kenyataan media hari ini berkata Pemakaian pelitup muka dalam premis kini adalah atas pilihan individu, namun pemilik premis boleh mewajibkan pemakaian kepada pengunjung.
Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa.
“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 pada Rabu.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19.
Ads
Selain itu, katanya, pemakaian juga diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah serta berada di fasiliti kesihatan.
Ads
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.
“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi,” katanya.
Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Kecekalan dan ketabahan seiring dengan doa dan usaha gigih pasti akan berjaya. Itu yang cuba dibuktikan oleh anak muda ini.
Kehilangan insan tersayang bergelar ibu bapa menyebabkan dia dan tiga lagi abangnya bergelar anak yatim piatu.
Demi memastikan empat beradik ini terus bersama, waris membuat keputusan menempatkan mereka di rumah anak yatim. Kisah Adik Muhammad Hakimi Idrus nyata cukup menyentuh hati.
Kisah ini dikongsikan oleh Puan Natipah Abu, yang cukup aktif di media sosial kerana sering berkongsi kehidupan sehariannya menguruskan anak-anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan dalam meringankan beban mereka.
Terbaru, beliau berkongsi cerita di laman facebooknya untuk mengutip dana bagi menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Prajurit Muda untuk anak jagaannya, Mohd Hakimi Idrus yang merupakan seorang anak yatim piatu.
Muhamamad Hakimi Idrus berjaya menamatkan latihan perajurit muda di Padang Kawad KD Sultan Ismail di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Johor.
SEDEKAH JUMAAT. MENGHADIRI PERBARISAN TAMAT LATIHAN PRAJURIT MUDA MOHD HAKIMI IDRUS – YATIM PIATU. TLDM PENGGERANG , JOHOR. JUMLAH YANG DIPERLUKAN RM7K. SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Kalau sekadar hendak pergi bercuti .. kami tak akan pergi sampai ke Johor kerana sedia maklum ia melibatkan kos yang sangat tinggi. Tapi .. demi janji kepada anakanda kami yang yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak yatim sejak kecil ini … kami sanggup membuat keputusan ini atas nama kasih-sayang. Mohd Hakimi Bin Idrus dan 3 orang lagi abangnya dibesarkan di rumah anak yatim ini setelah kematian ibu dan ayah. Setelah dewasa .. seorang demi seorang keluar meninggalkan rumah anak yatim dan kini giliran Hakimi sebagai adik bongsu empat beradik itu. Hakimi kelihangan ibu ketika usianya belum pun dua tahun. Malah tidak tahu bagaimana raut wajah ibu, melihat gambar arwah pun .. dia tak pernah. Kematian ibu secara mengejut akibat demam tu , menyebabkan arwah ayah dilanda kemurungan lalu lumpuh. Selama hayat arwah ayah .. ketiga orang abangnya bergilir mengurus dan menjaga arwah ayah hinggalah akhirnya arwah ayah juga pergi menjejaki ibu. Demi memastikan empat beradik ini terus bersama .. waris membuat keputusan menempatkan mereka di rumah anak yatim. Hakimi murid yang cemerlang dalam akademik. Keputusan SPMnya melayakkan dia diterima masuk ke tingkatan enam di sebuah sekolah primier. Tetapi kerana dia bercita-cita hendak bergelar anggota TLDM sejak sekian lama , dia menolak untuk meneruskan pelajaran. Ketika hari pendaftaran .. demi memastikan dia tabah dan kuat semasa dalam latihan .. maka kami telah berjanji seandainya dia lulus cemerlang, kami akan membawa semua adik-adiknya di rumah anak yatim ke Kem TLDM itu. Selain adik-adik .. kami sebenarnya tidak sampai hati membayangkan nanti ibu-ayah orang lain datang dengan jambangan bunga di tangan meraikan kejayaan anak mereka pada hari itu sedangkan Hakimi …. tak punya keduanya lagi. Kami percaya .. selain untuk dirinya , Hakimi juga berusaha untuk lulus demi 38 orang adik-adiknya ini kerana dia ingin menjadi idola kepada adik-adik. Jujur kami katakan .. anak-anak kami ini datang dari berbagai latar belakang. Selain susah .. mereka juga ada yang pernah kandas persekolahan. Jadi .. kejayaan Hakimi adalah hadiah yang sangat bermakna buat kami. Atas sebab itulah .. pada 28 Feb ini, kami … 38 orang anak-anak PERTUBUHAN ANAK YATIM DAERAH KUALA MUDA dan 10 orang kakitangan serta abang kandung Hakimi akan bertolak ke Johor. Setakat ini .. kami sudah menerima tajaan penginapan di hotel lengkap sarapan selama dua malam . Kami juga merima jemputan makan di Shah Alam, Serdang juga di R&R Pagoh dari beberapa penderma. Kami masih memerlukan sumbangan untuk kos sewa bas RM 4K. Makan tengahari dan malam di Johor untuk hari jumaat dan juga kos makan untuk perjalanan pulang ke Kedah pada hari sabtu setelah majlis selesai. Anggaran kos makan yang diperlukan untuk dua hari itu ialah RM 3K dan kos sewa bas RM4K itu menjadikan jumlah kos yang kami perlukan ialah RM7K. Akhirkata .. kepada semua di luar sana yang telah banyak membantu kami selama ini, sesungguhnya hanya Allah S.W.T saja sebagai saksi. Kepada yang menyumbang untuk kami hari ini … “Jazakumullah Khairan Katsiran “ ( Semoga Allah S.W.T akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak ).
Hasrat wanita ini akhirnya didengari pihak KD Sultan Ismail sendiri dan dengan berbesar hati, pihak tersebut membantu melaksanakan impian besar itu.
Menurut Puan Natipah, semua kos makanan di Johor telah disumbang oleh rakyat johor serta beberapa pihak antaranya rakan di Facebook dan pemilik sebuah restoran di Serdang.
Menurut Natipah, Hakimi bersama abang-abangnya dimasukkan ke Pertubuhan Anak Yatim Kuala Muda setelah kepergian ibu dan ayahnya hampir 10 tahun lalu.
Sebelum ini, empat beradik ini hanya menginap di sebuah rumah usang yang menjadi tempat perlindungan mereka.
Perkongsian Puan Natipah tentang keluarga Hakimi mendapat perhatian rakan Facebook, dan kesusahan yang dialami keluarga itu didengari pihak atasan yang akhirnya meluluskan sebuah rumah bernilai RM50 ribu buat mereka.
Semoga lebih ramai lagi pihak seperti Puan Natipah tampil dalam membantu mereka yang memerlukan.
Malah pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Puan Natipah wajar dicontohi dan dijadikan sumber inspirasi buat semua.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keperitan hidup di masa kecil ditambah dengan keadaan diri yang tidak sempurna membuatkan dia hilang kasih sayang seorang ibu.
Hanya atuk menjadi tempat untuk dia menumpang kasih sayang. Bagi kanak-kanak lain seusianya, mereka bebas berlari dan bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah. Tetapi dalam usia empat tahun dia sudah belajar hidup berdikari.
Sehingga lah usianya 9 tahun, dia dihantar ke rumah orang cacat dan daripada situlah bermulanya kehidupan baru yang kini mengubah hidupnya .
Demikian sedikit cebisan kisah hidup Chew Wei Lun, atlet paralimpik yang baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia Di Tokyo apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara Boccia.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut dikecapi usai dia menewaskan dua pemain boccia ranking dunia dan mara ke final tanpa rekod kalah.
“Dari dulu lagi, saya terpaksa berdikari. Umur saya 4 tahun masa ibu tinggalkan saya, lepas tu atuk yang jaga saya.
“Masa saya 9 tahun, saya dihantar ke rumah orang-orang cacat. Bukan senang membesar dalam suasana macam ni sebab semua benda kena buat sendiri.
Wei Lun berkongsi kisah hidupnya Dalam satu temubual empat tahun lalu ketika Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017.
“Banyak perkara yang saya pelajari, dan sekarang saya dah boleh jaga diri sendiri. Tapi, saya memang suka main Boccia. Cikgu kat sekolah yang ajar saya cara nak main Boccia.
“Dah minat sangat sampai saya ambik cuti 3 bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding kat temasya ni dan banggakan negara saya. Saya tetap sukakan kerja saya dan saya sentiasa nak gembirakan diri sendiri jugak.
“Saya ada kerja, gaji tetap dan boleh buat apa yang saya suka lakukan. Apa lagi yang saya nak? Memang susah sikit nak seimbangkan kerja dengan Boccia tapi dapat wakil negara memang berbaloi.
Akui empunya diri, tiada terdetik di hati bakal meraih kejayaan sekaligus membawa pulang pingat buat negara.
Kali ni datang sebab nak promote sukan boccia je. Tak sangka akan terpilih masuk final dan menang medal,”ujarnya lagi dalam satu temubual.
Barli jika nak rebus ada caranya, barulah bila minum rasa sedap. Kaya dengan serat, barli mampu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah.
Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja. Namun begitu untuk dapat khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Barli penuh khasiat, ini cara masak dan makan barli yang boleh dipraktikkan.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
Cara masak barli pun mudah:
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Boleh masuk dalam nasi juga
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Sumber: Mastura Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.