Program pembangunan sukan akar umbi, Astro Kem Badminton (AKB) kembali dianjurkan bagi tahun 2026 dengan pelancaran klinik latihan pertamanya di Selangor, sekali gus menghimpunkan seramai 400 murid dalam usaha mencungkil bakat baharu sukan badminton negara.
Inisiatif anjuran Astro dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu dilihat sebagai kesinambungan komitmen dalam memperkukuh pembangunan pemain muda di peringkat awal, khususnya dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.
Majlis pelancaran yang berlangsung pada 22 April lalu di sebuah sekolah di Selangor itu mendapat sambutan memberangsangkan, dengan kehadiran personaliti radio GOXUAN, Kryston, yang turut memeriahkan acara menerusi sesi interaksi bersama peserta serta pelbagai aktiviti santai.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, AKB telah melatih lebih 23,000 kanak-kanak, sekali gus memperlihatkan peranan signifikan program ini dalam melahirkan generasi muda yang berpotensi dalam arena badminton.
Ads
Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro, Foo Su Lynn berkata, pihaknya berbesar hati dapat meneruskan kerjasama strategik bersama KPM dalam menjayakan program berkenaan.
Menurut beliau, AKB bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran sukan, malah turut menekankan pembentukan sahsiah peserta agar menjadi individu yang berdisiplin, berdaya tahan serta memiliki keyakinan diri yang tinggi.
“Matlamat kami adalah untuk membentuk generasi muda Malaysia yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, tetapi juga berkembang sebagai individu yang beradab, berpengetahuan dan berkemahiran,” katanya.
Ads
Selepas Selangor, siri klinik AKB 2026 diteruskan di Pulau Pinang pada 25 hingga 26 April di Kompleks Sukan Relau, diikuti Johor pada 2 hingga 3 Mei di Kompleks Sukan Daiman Johor Jaya.
Program itu kemudiannya akan berlangsung di Sarawak pada 9 hingga 10 Mei di Tung Sports, Miri sebelum berakhir di Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 Mei di Arena Sukan Kuala Lumpur.
Ads
Di setiap lokasi, para peserta akan menjalani latihan intensif yang dikendalikan jurulatih berpengalaman meliputi aspek teknikal seperti pergerakan, koordinasi serta pemahaman permainan. Pada masa sama, penekanan turut diberikan terhadap pembentukan sahsiah termasuk disiplin, daya tahan dan keyakinan diri.
Peserta terbaik dari setiap negeri akan dipilih untuk menyertai Kem Pemilihan AKB selama lima hari di Kuala Lumpur pada Julai depan, sebelum berpeluang ke Kem Latihan Serantau yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2026.
Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun, dengan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi Astro Kem Badminton.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular mengenai pelakon terkenal Maya Karin yang diserang anxiety sewaktu berada di pentas FFM32.
Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang kurang peka terhadap penyakit ini. Malah ada yang memandang remeh mengenainya.
Jangan pandang ringan perkara ini kerana penyakit berkaitan mental seperti kemurungan, anxiety, serangan panik, bipolar dan sebagainya boleh membawa bahaya dalam kehidupan pengidapnya.
Malah ada di antara artis-artis yang pernah atau sedang mengalami anxiety mengakui mengenai masalah yang dihadapi mereka sehingga ada yang sampai ke tahap mahu membunuh diri.
Antara artis-artis yang pernah atau sedang mengalami anxiety adalah :
1. Maya Karin
Berita mengenai Maya Karin menghidap anxiety sangat mengejutkan ramai kerana selama ini pelakon ini dilihat sangat kental dan lasak.
Maya diserang anxiety yang teruk sehingga menjejaskan kariernya, termasuk terlepas peluang membintangi filem terkenal Crazy Rich Asians bersama Henry Golding.
“Tangan saya akan mula menggigil apabila mula mendapat serangan anxiety, kalau saya tak dapat mengawalnya, saya tidak mampu untuk pegang gelas kerana tangan saya menggigil teruk,” ujarnya yang sedang menjalani rawatan pakar bagi mengatasi penyakit itu.
2. Janna Nick
Janna Nick pernah membuat pengakuan bahawa dirinya menghidap bipolar disorder. Janna mendedahkan bahawa dia pernah dua kali cuba bunuh diri.
“Selama ini, saya fikir otak saya bekerja secara normal sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.
“Saya ingat itu normal apabila ada suara dalaman bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan berkumpulan.
“Sehinggalah saya mula mengambil ubat dan mula menyedari tentang apa yang orang normal berfikir dalam otak mereka,” katanya.
“Zaman kanak-kanak saya tak sama seperti rakan saya yang lain. Sepak terajang memang makanan saya dari dulu lagi.
“Sewaktu berusia 14 tahun, saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan segenggam panadol yang dicampur dengan ubat lain.
3. Ardell Aryana
Ingat lagi video pernikahan Ardell yang pernah viral suatu ketika dulu,
rupanya ketika itu Ardell telah diserang anxiety.
Kata Ardell, dia mempunya masalah kebimbangan melampau serta kemurungan yang teruk pada ketika itu.
4. Diana Danielle
Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan ketika diserang anxiety di laman sosial.
“Anxiety attack’ sangat real danmenyakitkan.” Tulisnya di caption.
5. Remy Ishak
Siapa sangka pelakon lelaki pujaan ramai ini turut mengalami masalah depresi sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari rumah.
Remy memberitahu, keadaan ketika itu sangat merumitkan dan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.
Dalam masa yang sama, Remy mengakui mengalami mood swing. rasa sedih yang melampau, berfikiran negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah kerana takut naik angin dan fikiran bercelaru.
Artikel Berkaitan
6. Elizabeth Tan
Ingat tak lagi penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan pernah mendedahkan bahawa dia hampir membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa.
Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata, semasa itu dia tidak dapat berfikir panjang hingga menyebabkan hilang kewarasan akal.
Walaubagaimanapun, Lizzy bersyukur kerana tersedar lebih awal dan tidak meneruskan niat tersebut.
7. Iqram Dinzly
Boleh dikatakan pelakon Iqram Dinzly sering memuat naik sikap peliknya di laman sosial Instagram hingga mengundang tanda tanya kepada netizen.
Malah sikapnya itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad yang memberi saranan agar pelakon itu menjalani pemeriksaan mental.
8. Haqiem Rusli
Masalah kemurungan penyanyi, Haqiem Rusli turut mendapat perhatian orang ramai hingga menjadi bualan warga net sehingga menyangkakan kemurungan itu hanyalah gimik semata-mata daripada penyanyi tersebut.
Pun begitu, Haqiem telah menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar psikiatri bagi mengesahkan kemurungan yang dialami.
9. Fathia Latiff
Nama Fathia Latiff memang tidak asing lagi kepada peminat drama melayu. Namun kini Fathia tidak lagi seperti yang dahulu kerana dia terlibat dengan banyak kisah-kisah kontroversi.
Malah, dia pernah mendedahkan mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci oleh warga netizen.
Meskipun itu, Fathia berharap dirinya diberi peluang untuk bangkit secara perlahan-lahan dari tekanan yang dialami itu.
10. Aina Abdul
Nama penyanyi Aina Abdul makin mendapat tempat di hati peminat seni tanah air kerana muncul buat pertama kali di pentas akhir, Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dengan lagunya yang berjudul Sumpah.
Namun begitu, Aina pernah mengalami kemurungan kerana karier seninya tidak begitu menyerlah seperti artis baru yang lain selepas habis pertandingan Mentor Legend lima tahun yang lalu.
Akui Aina, dia hilang keyakinan diri, rasa tertekan dan terlalu banyak berfikir sehingga membuatkan dirinya bercelaru.
11. Tasha Shilla
Pelakon cantik ini pernah mendedahkan yang dirinya mengalami kemurungan ringan (mild depression) dan sedang menjalani rawatan.
Tasha turut mengakui pernah berasa tidak bersemangat dan sehingga ada yang menuduhnya gila.
Inilah antara selebriti yang mengalami tanda kemurungan yang teruk hingga memberi kesan pada kehidupan mereka seharian.
Justeru, kami berharap semua daripada artis popular ini dapat mengawal masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini dengan lebih baik serta menjalani kehidupan dengan aman seperti mana orang lain.
Diam tak diam, sudah lebih 5 tahun fenomena Fattzura melanda. Sehingga kini, kehangatannya masih terasa.
Mana tidaknya, sejak mendirikan rumahtangga pasangan Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura dan Fattah Amin sentiasa mencuri perhatian ramai dan tidak terlepas dari perhatian para netizen.
Lebih-lebih lagi sejak kehadiran si manis Fatima, ramai yang suka melihat kepetahan dan kecomelannya.
Baru-baru ini, genap 5 tahun penyatuan Fattzura. Kedua pasangan ini saling menitipkan ucapan manis di laman sosial.
Fazura turut berkongsi conversation whatsapp bersama dengan suaminya yang kini sibuk menjalani pengambaran. Memang ‘sweet’ sangat pasangan ini seperti pasangan baru bercinta pula.
Bersempena dengan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024, pertandingan Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2024 yang lalu.
Seramai lebih kurang 40 orang bayi berusia 1-2 tahun telah menyertai pertandingan ini. Kelainan yang dibawakan kali ini adalah para peserta perlu melalui beberapa halangan sebelum ke garisan penamat.
Setiap peserta dilepas seorang demi seorang dan catatan masa diambil bagi menentukan Juara, Naib Juara, Pemenang Tempat Ketiga serta pemenang-pemenang saguhati untuk perlumbaan ini. Trek Bayi Marathon Race telah disediakan oleh The Little Gym Malaysia bersama pakar perkembangan kanak-kanak bertauliah untuk membantu bayi-bayi yang terlibat di dalam perlumbaan hebat ini.
Tiga halangan yang perlu dilalui setiap peserta adalah Tunnel Loop (bayi perlu merangkak di bawah terowong), Mountain Challenge (bayi perlu melalui trek yang sedikit tinggi) dan Sensory Ball & Hidden Object (bayi perlu mencari mainan tersembunyi di dalam bakul). Setiap peserta perlu melalui kesemua halangan ini dalam tempoh tiga minit.
Bukan sekadar suka-suka, tetapi setiap halangan di trek perlumbaan ini sebenarnya bertujuan untuk merangsang sensori, fokus serta meningkatkan kekuatan otot tangan dan kaki para peserta. Bayi-bayi ini juga sebenarnya diberikan pendedahan kepada persekitaran yang meriah serta kemahiran untuk bersosial.
Turut hadir bagi memeriahkan acara ini adalah En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Kuala Lumpur serta Editor Pengurusan Pa&Ma, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi bersama-sama ibu ayah serta penyokong para peserta Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma.
Pemenang-pemenang Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Afwa Ashraf Hakim Dzulkarnain, Naib Juara, Qalisha Amanda, dan Pemenang Tempat Ketiga, Pavanithan A/L Sandre Selvan bersama-sama tujuh bayi lain yang memenangi hadiah saguhati.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM350 beserta car seat tajaan Joie dan medal. Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM250 beserta car seat cover jenama Snapkis dan medal.
Pemenang tempat ketiga telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM150, flusk makanan jenama Thermos dan medal. Kesemua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 dan hadiah istimewa dari Pa&Ma untuk setiap seorang. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta.
Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fatin Afeefa berkongsi pengalaman menyunatkan anak lelakinya ketika berusia dua hari dan mengakui proses penjagaan serta penyembuhan berjalan lancar tanpa masalah.