Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dugaan.
Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kencaman netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.
Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang sebak netizen.
Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.
@ritrud727Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩👦👦 🤍
“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’
Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.
Ads
‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik 👩👦👦’
Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
NIK NAJWA
dapat didik anak kenal Allah dan quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yg palinggg besar.
Bunga Tanjung
aku tabik rita mcm2 dugaan dn hinaan dia dpt..tp alhamdullilah tgk sekarang allah bg kt dia..pada yg dok mgata dia dulu cek balik diri ampa sekarang😁
northladies
Even kak rita gagal dlm perkahwinan tp dia xgagal didik anak² dia. Alhamdulillah🥰
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, hati ibu dan ayah ini cukup besar dan cekal orangnya. Betapa kuatnya suami isteri ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan mereka adalah antara insan terpilih.
Keterbukaan Muhammad Hamka menceritakan perihal anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun Muhammad Hamka atau dikenali sebagai Hamka Mekar menerusi facebooknya, dan isteri Nurhaniza memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa menyimpan rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuk mereka.
“Iman sekarang berumur 6 tahun, dulu kami tak tahu apa-apa tentang OKU ( Orang Kelainan Upaya), autism, anak 3 tahun tak bercakap ingat dia normal sebab anak bongsu, manja sikit, tapi hinggalah waktu hantar anak ke tadika 4 tahun, gurunya kata Iman tak sama dengan kanak-kanak lain, mungkin dia anak OKU kata gurunya.
“Tapi ibu bapa mana yang mahu anaknya OKU, lalu kami nafikan dan tetap hantar sekolah tu walaupun tahu anak tak belajar apa sebab bukunya kosong, cikgu cakap, anak banyak tidur dan jika tak tidur kacau orang, lalu saya baca di internet masalah anak dan syak anak saya ni autism.
“Bila bawa dia jumpa doktor tak boleh sahkan, banyak ujian cara kerja, pertuturan, bertulis tapi tak dapat sahkan kerana bukan pakar, masa terbuang, sementara itu anak di sarankan hantar ke tadika lain oleh guru tadika sebab tak normal. Masa tu susah cari tadika yang boleh terima anak OKU, tadika khas untuk anak autism dah penuh dan kena tunggu giliran,” ujar Muhamamd Hamka memulakan bicara awal tentang anak istimewanya. Nampak tanda autism pada anak
Nasib menyebelahi mereka kerana kebetulan kawan Muhamamd Hamka membuka tadika sendiri, Lalu pasangan ini mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sana.
“Walaupun Iman di hantar belajar ke sana, namun dalam masa yang sama saya masih terus buat ujian masalah anak di hospital. Sambil tu berdoa agar doktor cakap anak kami bukan OKU cuma speech delay.
“Dipendekkan cerita, masalah timbul bila bisnes tadika kawan saya itu rugi dan tadika terpaksa ditutup. Jadi saya terpaksa menjaga anak sendiri. Jadi saya terpaksa bawa dia ke mana-mana, masuk pejabat sama-sama, Bersama dengannya 24 jam, saya tak boleh nafikan lagi, memang saya nampak tanda autism yang jelas pada anak saya lalu saya minta doktor yang selalu saya jumpa agar dapat tulis surat untuk saya rujuk pakar kanak-kanak.
“Waktu tu umurnya sudah lima tahun, baru dapat jumpa doktor pakar, dan terus disahkan autism. Maka saya terima, saya ada anak OKU, dan saya pun belajar uruskan anak ini, rupa rupanya bila hati kita dah terima, maka mudah sahaja nak jaga anak OKU ni. Yang susah bila kita tak terima, jadi pesan saya, apa pun masalah anak, kita niat nak uruskan. Sebab hidup ini bukan untuk dirisaukan, tapi untuk di urus. Ramai orang gagal urus kejayaan hingga buat maksiat, dan lebih ramai lagi yang gagal urus ujian hidup hingga juga buat maksiat, jadi saya ada anak OKU dan saya okey,” ujar Muhammad Hamka lagi. Bertanya soalan aktiviti bonding time
Biarpun memiliki anak istimewa, namun Muhammad Hamka dan isteri memastikan ‘bonding’ antara keluarga dipraktikkan sebaik mungkin.
“Kami akan cari sebanyak masa yang ada untuk buat aktiviti bersama. Dengan anak normal, saya banyak ajar mereka bertanyakan soalan, apa sahaja soalan dan jika mereka tiada soalan, saya akan tanya. Dari situ akan dapat tugasan atau sasaran untuk di selesaikan bersama, bagi anak syurga pula saya ikut nasihat pakar dan cuba bermain permainan yang mampu meningkatkan kemahiran motor, pertuturan dan pergaulan.
“Dalam permainan anak tanya ayah jawab (biasanya dalam kereta, di meja makan, atau sebelum menonton) dari kesempatan saya menjawab soalan tentang masalah hidup dari anak-anak, dari masa ke semasa saya terangkan kelebihan ada adik syurga, kenapa dia adik syurga? Bagaimana dia bantu kita di sana dan bermacam macam lagi semuanya melalui komunikasi bersemuka.
“Memandangkan anak saya tiga di asrama, dua di rumah, maka memang banyak masa bersama anak istimewa, jadi tak dapat di nafikan layanan pada anak istimewa ini lebih sebab dia pertama seumpamanya dalam keluarga kami dan semoga anak- anak lain faham kenapa ayah terpaksa pecah kecilkan kasih sayang dan untuk anak syurga, potongan ‘kek kasih sayang’ itu tidak dapat tidak, lebih besar,” jelas Muhammad Hamka lagi.
Bersyukur dan bersabar tip elak hidup tertekan
Dalam pada itu, Muhammad Hamka turut berkongsi tip mengelakkan diri dari tertekan.
“Saya dan isteri mengamalkan dua perkara dan cara ini membolehkan semua masalah hidup menjadi mudah insya-Allah. Dua cara tersebut adalah bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabar dengan segala ujian walaupun sekecil kecil ujian, saya bersyukur juga dikurniakan pasangan yang berjiwa ‘fighter’.
“Teringat saya pada kisah di mana ada orang jumpa Nabi dan beritahu tak pernah cium anak-anak sebab sibuk beribadat, dan Nabi kata, sebaik baik manusia tapi masih mencium anak, memeluk dan berkasih sayang. Ada juga pesan ulamak: Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia. Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia. Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu. Orang yang tak bagi masa pada al-Quran, maka al-Quran akan hilang dari orang itu.
“Demi masa, semua manusia dalam kerugian. Maka silalah kreatif dalam mencari masa untuk banyak bersama anak- anak, dalam kereta main teka teki, mesyuarat bila di rumah, bincang isu semasa waktu makan, dan banyak bermain bersama mereka, sungguh anak cepat membesar, maka banyakan masa ‘peluk’ mereka agar ‘lambat’ membesar,” jelas Muhammad Hamka tatkala diminta memberikan tip ‘bonding’ yang dipraktikkan mereka sekeluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan penghargaan buat isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos bersempena sambutan hari lahir isteri kesayangannya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, bapa penyayang ini menyambut hari bahagia tersebut di ibu kota bersama tujuh orang anaknya yang lain dengan melakukan beberapa aktiviti.
“Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.
“Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” katanya.
Berkorban besarkan anak
Dr Sheikh Muszaphar turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah banyak berkorban dalam menguruskan tujuh orang anak mereka.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Dr Halina.
“Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.
“Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..alhamdulilah,” ujarnya.
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan tujuh anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli M S. Jujur mengakui, kapal mana yang tidak dilambung dek ombak, namun yang penting kepercayaan dan saling bertolak ansur.
“Ada masanya kapal di laut akan dilambung ombak, begitu juga dengan perkahwinan kami. Ada masa tenang, ada masa bergelora. Itu lumrah. Gaduh tetap ada tetapi kami bukan jenis yang cepat terasa sebaliknya kami mengambil pendekatan ‘melupakan’.
“Kalau saya merajuk sekali pun, akan ‘sejuk’ sendiri sebab tiada yang nak pujuk,”seloroh pelantun lagu Kisah Hati tatkala bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya.
Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Datin Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak juadah untuk mereka sekeluarga seperti menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.
“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak.
“Kalau makanan yang kita beli di kedai apatah lagi bazaar, dia tidak suka. Kalau beli sekali pun, dia akan pergi tempat yang dia suka sahaja. Jadi, memang selalunya dia ambil tugas masak untuk kami sekeluarga. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.
“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.
“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja. Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.