Ads

Anak Lambat Balik Sekolah? Jangan Abaikan Tanda Penting Ini

Sekolah

Anak biasanya sampai rumah pada waktu yang sama setiap hari. Tetapi hari ini, masa sudah berlalu agak lama dan kelibatnya masih belum kelihatan.

Mungkin ibu bapa mula terfikir, “Mungkin bas sekolah lambat,” atau “Mungkin dia masih ada aktiviti di sekolah.”

Memang tidak semua kelewatan bermaksud sesuatu yang buruk berlaku. Tetapi apabila anak lewat jauh daripada rutin biasa tanpa sebarang khabar, jangan terlalu lama membuat andaian.

Kenali Rutin Pulang Anak

Ambil tahu pukul berapa sekolah tamat, siapa yang menghantar atau mengambilnya, sama ada menaiki van, bas sekolah atau berjalan bersama rakan, serta jika ada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum.

Maklumat ini membantu ibu bapa membuat semakan dengan lebih cepat jika anak lambat pulang.

Sekolah

Hubungi Orang Yang Berkaitan

Jika anak tidak pulang seperti biasa, cuba hubungi individu yang mungkin tahu kedudukannya.

Ads

Antaranya pemandu van atau bas sekolah, guru kelas, pihak sekolah, rakan rapat anak atau ibu bapa kepada rakannya.

Sebab itu, elok jika ibu bapa menyimpan nombor telefon penting lebih awal dan bukan hanya mencarinya apabila berlaku kecemasan.

Tak Perlu Tunggu 24 Jam

Antara perkara penting yang ibu bapa perlu tahu adalah tidak perlu menunggu 24 jam untuk membuat laporan polis jika seseorang dipercayai hilang.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), tanggapan bahawa keluarga perlu menunggu 24 jam, 48 jam atau 72 jam sebelum membuat laporan orang hilang adalah tidak tepat.

Ads

Jika usaha mencari dan menghubungi individu yang berkaitan sudah dilakukan tetapi anak masih gagal dikesan, laporan polis boleh dibuat dengan segera.

Menurut satu lagi kenyataan PDRM pada Julai 2026, setiap laporan kehilangan kanak-kanak diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang dengan segera supaya tindakan pengesanan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

Jangan Panik, Tapi Jangan Terlalu Lama Menunggu

Anak mungkin lambat kerana van tersangkut dalam kesesakan, aktiviti sekolah berlanjutan atau berlaku perubahan jadual.

Ads

Tetapi jika kelewatan itu jauh daripada kebiasaan dan tiada siapa dapat mengesahkan keberadaannya, ibu bapa perlu mula membuat semakan.

Dalam soal keselamatan anak, lebih baik bertanya dan mencari lebih awal daripada terlalu lama menunggu kerana menyangka semuanya baik-baik sahaja.

 

BACA LAGI: Persediaan Sekolah 2027: 7 Langkah Bijak Mak Ayah Elak Kelam-Kabut!

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang
Kes Kanak-Kanak Hilang Catat Peningkatan Setiap Tahun

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Besan Jadi Suami Isteri, Kisah Jodoh Tak Disangka Ini Curi Perhatian

Besan jadi suami isteri, kisah Syed Saifudeen dan Nor Azura mencuri perhatian selepas kedua-duanya dipertemukan menerusi perkahwinan anak masing-masing.