Kejayaan anak bongsunya meraih empat anugerah terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum menjadi hadiah istimewa buat pengacara popular, Raja Azura sempena ulang tahun kelahirannya ke-51 pada 18 Ogos lalu.
Anak bongsunya, Puteri Mia Maizura, 18, yang juga bekas pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur memperoleh Anugerah Pencapaian Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
“Kejayaan Mia adalah hadiah istimewa sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 18 Ogos lalu.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.
Ads
“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Ads
Menurut Raja Azura, selepas Mia meraih 5A dalam SPM dia bakal melanjutkan pelajaran ke universiti bulan depan.
“Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater. Sebenarnya cita-cita Mia nak jadi peguam tapi disebabkan salah satu mata pelajaran tidak melepasi syarat kelayakan, jadi dia mohon jurusan teater.
Ads
“Mungkin sudah tertulis rezeki dia. Mana tahu satu hari nanti dia dapat meluaskan kerjaya yang mak dia buat selama ini,” katanya.
15 Tahun Lalu Menyewa, Berniaga Di Pasar Tani. Sekarang Ada Rumah Sendiri. “Semoga Terus Beri Inspirasi”- Netizen
Siapa sangka hidup yang dahulunya susah boleh berjaya, malah mampu bina rumah agam yang hebat untuk anak-anak diami.
Itulah yang dirasai oleh usahawan berjaya Datin Seri Nur Shahida Rashid menerusi perkongsiannya di Instagram, mengimbas kembali perjalanan hidupnya 15 tahun lalu.
15 tahun lepas banyak yg saya belajar dari sebuah kehidupan……
bersyukur kepada Allah sentiasa beri rezeki pada kami……semoga legasi perniagaan ini dapat diwarisi anak2 saya dan dapat membantu ramai oramg yg memerlukan…
Dalam video yang berdurasi itu, Shahida yang juga merupakan isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri dilihat sedang duduk bersama sambil berbual dan memerhatikan kediaman mereka.
Tulisnya dalam perkongsian tersebut, itu menjadi rutin mereka setiap petang duduk sembang di tembok sambil memandang rumah, tak percaya yang mereka sudah memiliki rumah sendiri.
Berbeza dengan 15 tahun lalu, mereka hanya bekerja di pasar tani Seksyen 13 Shah Alam untuk menjual jamu dan hanya menyewa ketika itu. Malah, nak beli langsir pun tak mampu dan hanya menampal surat khabar di dinding rumah.
Perkongsian Shahida mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui hantaran tersebut memberi motivasi buat mereka untuk sentiasa berusaha dan tidak putus asa.
Terdahulu, Shahida dan Aliff mendirikan rumahtangga pada 2008. Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejadian kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019 lalu mula membangkitkan kembali isu penggunaan vaksin.
Ini kerana mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan dikatakan tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir!
Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.
Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.
Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.
Lebih membimbangkan apabila 5 lagi kanak-kanak disyaki positif Difteria kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
Lebih membimbangkan jika jangkitan ini menular dan berjangkit kepada anak-anak lain yang tidak berdosa. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin ini.
Seorang pakar Otorhinolaryngologi, telinga, hidung dan tekak, Dr Ezairy M.Sallih tampil berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
▪️Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
▪️Kenal pasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
▪️Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Dr Ezairy M.Sallih Doktor Otorhinolaryngologi Telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dengan menjalani kehidupan yang sempurna di samping pasangan dan anak-anak. Menyediakan persekitaran hidup yang selesa kepada keluarga adalah impian semua orang termasuk rumah, kenderaan dan tiada masalah kewangan.
Bagaimanapun, setelah berpuluh tahun berkerja, kehidupan masih ditahap sama. Rezeki dirasakan makin sempit. Masih mendata tetapi anak makin bertambah begitu juga keperluan kewangan. Sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.
Tidan nafikan semua orang ingin berjaya dan bebas masalah kewangan. Tetapi mungkin belum mendapat ‘kunci’ kejayaan itu. Perkongsian di laman facebook oleh saudara Mazhair Shahroz Muhasip boleh dijadikan inspirasi untuk muhasabah diri bahawa ia mungkin punca dari dari sendiri tanpa kita sedar. Ikuti perkongsiannya.
DIRI KITA ADALAH PUNCA KITA MASIH MISKIN
Inilah 5 hal yang membuatkan kita masih miskin.
1. Banyak salahkan orang lain berbanding mencari kesalahan sendiri untuk diperbaiki.
2. Hidup asyik mengeluh. Tidak pernah berfikir untuk mencari solusi.
3. Duduk bergaul dengan hanya orang negatif. Mereka pantang jika ada orang positif dan tidak sekepala dengan mereka menjadi sebahagian daripada circle mereka.
4. Apabila ada orang lain memberikan solusi positif, kerjanya adalah mengkritik, mengecam dan mengentam solusi dan idea orang tersebut.
5. Salahkan takdir tanpa pernah berusaha.
Nota: Orang berjaya dan orang yang menjadi kaya adalah apabila mereka sendiri berusaha untuk memperbaiki taraf kewangan mereka tanpa mengharap pada orang lain. Mereka fokus untuk tambah nilai dalam diri. Mereka tidak salahkan orang lain dan mereka tidak mengeluh. Mereka cekal dan tabah menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang mendatang. Setelah sudah buat sehabis baik, mereka bertawakal. Inilah winner sebenar. Inilah orang berjaya. Inilah orang kaya.
Sungguh inspirasi perkongsian ini.Moga ia menjadi motivasi buat diri untuk menggalas tanggungjawab membahagiakan keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di