Apabila tengok kobis bulat-bulat dan subur begini pasti ada yang semangat untuk bercucuk tanam.

Tanam pulak depan rumah, tentu bila nak masak petik aje. Boleh makan fresh!

Nak cuba tanam kobis ikut cara lelaki saudara Mohd Amri ni, boleh dijadikan panduan terutama newbies.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

CARA TANAM KOBIS DI RUMAH

Dulu-dulu sebut kobis mesti ingat Cameron Highlands. Sekarang depan dan halaman rumah pun boleh. Kaedahnya mudah sahaja, insha Allah jadi.

Peralatan:

1. Pastikan bekas/pasu/polibeg/tayar kereta terpakai atau macam saya guna bakul kedai eco rm2.10 sahaja.

2. Medium. Nak guna tanah hitam sawit boleh, nak guna tanah 6 in 1 boleh, tanah campur boleh, cocopeat sahaja pun boleh. Janji medium jangan terlalu keras sehingga air tak meresap ke bawah.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!
Benih

3. Benih kubis. Semai siap-siap sebelum dipindahkan ke medium. Saya ambil masa dalam 13-15 hari, bila anak pokok sudah matang, baru pindah ke bekas. Semaian saya pakai peatmoss.

4. Baja. Ada orang guna baja biji. Ada orang guna baja tahi ayam. Saya pula pengguna baja TPF. So, tepuk dada tanya selera.

CARA TANAM:

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Umur 7 hari selepas semai.

IKLAN

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Sebelum dipindahkan. Tanam sampai garis merah tu

Lihat video kaedah tanam kobis- Kaedah pindahkan anak pokok yang sudah matang

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Ni la rupa selepas dipindahkan.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Selepas dipindahkan. Waktu ini umur 13-15 hari selepas semai.

1. Setiap satu anak pokok hanya satu bekas. Nanti pokok akan melebar. Kalau satu bekas dua pokok, pertumbuhan tak indah la jadinya.

IKLAN

2. Setiap kali siraman dibuat, medium akan menjadi mendak ke bawah kan? Jadi, kubis ni special sikit. Kena kambus balik supaya pokok tak menjadi jinjang sehingga nampak batangnya. Tutup balik batang dengan tanah, boleh tambah tanah baru atau yang sedia ada dalam bekas. Ada video di bawah saya beri untuk lebih jelas.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

3. Seminggu sekali saya akan semburkan BIO BOOSTER untuk tingkatkan lagi kesuburan daun dan pertumbuhan yang baik.

4. Pastikan dapat cahaya matahari direct, insha Allah membulat kubis anda tu.

KAWALAN SERANGGA:

1. Untuk serangga seperti ulat daun, belalang dan lain-lain, saya gunakan strex sahaja. Sangat membantu.

2. Seminggu sekali saya akan selangkan juga dengan cuka kayu. Cuka kayu boleh kita bancuh, siram pada medium untuk elakkan kulat terutama musim hujan yang kerap.

TUAIAN:

1. Dari semai biji benih, saya mengambil masa selama 3 bulan sebelum harvest.

IKLAN

Ini hasilnya!

Video petik kubis untuk makan tengahari

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Depan rumah. Jadikan landskap.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Bulat aje kobis ni.

Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies!

Jom jadikan kubis sebagai landskap rumah. Itu saja, share jika bermanfaat!

Sumber: Mohd Amri

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI