Kalau hidangkan ayam, gerenti suami dan anak-anak akan ulang kali tambah nasi. Mana taknya, apa sahaja menu ayam pastinya akan membangkitkan selera keluarga.
Tapi kalau kerap kali ayam goreng dan gulai, boson juga kan. Apa kata anda cuba resipi Ayam Perap Mayo ini. Pasti menjilat jari.
Nak di goreng boleh nak bakar pun boleh. Paling istimewa, resipi perapan ini sangat sempurna dengan perapan mayonis yang berlemak. Pasti membangkitkan selera.
Resipi istimewa ini telah dikongsi oleh Puan Ezani Hana Syafniza. Selamat Mencuba!
AYAM PERAP MAYO
Bahan-bahan :
Ayam ikut suka berapa banyak
Halia
Bawang Putih
Mayonis
Sos Tiram
Kicap (saya pakai kicap manis)
Honey
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
Ads
Cara Memasak :
1. Tumbuk Halia & Bawang Putih
2. Campur semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke or lemak. Nak manis berlemak..lebihkan honey & mayonis
Ads
3. Perap lah 5jam keatas
4. Boleh digoreng & di bakaooorrr
Ads
Selamat mencuba!
Boleh dijadikan sbg Nasi Ayam pom sedap.
Kalau ingin diimbau antara kek yang paling sedap rasanya dan yang selalu mak-mak kita buat terutamanya kalau ada perayaan, lain tak bukan kek belanglah jawapannya.
Kek belang ni bukan sahaja rasanya enak tapi bab menghasilkan corak belangnya itu juga satu seni yang ada teknik. Ia juga perlu dipelajari selain ketahui resipinya.
Untuk ketahui apa cara bagaimana mak-mak kita dulu buat, ikuti perkongsian bergambar daripada Encik Khairul Hakimin ini.
Okeh. Ini kek yang boleh bikin kau teringat memori masa kecil kau. Kek belang. Atau nama popularnya sekarang ialah kek marble. Hehe.
Kek ini wajib emak masak jika nak balik ke kampung abah di Kuala Lipis atau ke mana-mana majlis kenduri kendara kawan rapat atau saudara mara. Dulu emak jual dalam RM5 sahaja. Wakaka. Murah benar. Ha, ini juga merupakan resipi emak ya. Jika ada beza dengan resipi kalian, tak mengapa.
Nak buat, senang. Cuma nak kasi dia berbelang lawa itu yang mencabar. Hihi.
Kek Belang / Kek Marble
Bahan-bahannya:
350gm tepung naik sendiri,
250gm marjerin atau butter atau minyak masak,
250gm gula halus,
5 biji telur gred A,
2 sudu besar serbuk koko,
3-5 sudu besar air panas,
1 sudu kecil esen vanilla,
Musim cuti sekolah, ibu-ibu suri rumah pasti bertambah kalut bila anak-anak ada di rumah. Yang tak tahannya, anak-anak asyik tanya apa mama masak hari ni, kita makan apa petang ni bla bla bla.. Naik pening kan dibuatnya.
Tapi tak perlu pening, sediakan jer menu ringkas tapi boleh buat selera anak terpikat. Salah satunya agar-agar milo. Cukup mudah disediakan, sedap pula tu.
Jom kita cuba resipi dari puan Ainafiqa Zamina
.
Menu wajib ada bila cuti sekolah..agar2 milo..sekejap je licin seloyang
Bahan-Bahan: 1 paket agar2 tali (20gram)
5 gelas air
1/2 tin susu pekat manis
1 senduk gula pasir
1 cawan milo
1/2 sudu teh garam (untuk melemakkan rasa)
Cara membuat:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika nak masak sambal, asasnya, penyediaan kena betul barulah sambal jadi sedap, likat dan berkilat.
Masakan sambal ini termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang. Biasanya masak sambal ni kita buat ringkas aje guna menumis bawang, masukkan cili blend (yang dikisar), gula dan garam terus siap.
Tapi resipi ini lain sikit untuk menghasilkan sambal yang luar biasa sedap. Siap boleh buat perniagaan guna resipi ini.
Nak tahu caranya, ikut perkongsian puan Nurfaryana Nazari
Bahan-bahan dan cara penyediannya:
1. Cili kering 2 genggam, rendam air panas, blend dgn selabu bawang besar, 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia, sebtang serai(ikut nak bubuh atau tak) blend dgn minyak bekas goreng ikan bilis 2 senduk(ni akan buat sambal tu sedap) n sedikit air.. 2. Panaskan minyak, masuk daun pndan sehelai n tuang bhn blend, tumis smpai pecah minyak, masuk skeping asam / asam jawa.. letak garam n gula + gula merah..
3. Masukkan bilis yang digoreng, gaul sebati, boleh tutup api bila nmpk minyak n sambal tu tpisah mcm dlm gmbar.. buat sambal ni mmg pakai minyak banyak, nanti bila nak mkn, boleh buang sikit lapisan minyak tu.
4. Jika nak buat sambal udang, sama ja langkahnya cuma tambahkan saja hirisan bawang besar dlm smbal.. rasanya lebih manis, sesuai utk masakan udang.
Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.
Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.
Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.