Perasan tak ramai yang meletakkan pewangi kereta di atas dashboard kereta. Sebenarnya ada tempat yang betul dan strategik bagi meletakkan pewangi kereta.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka berkongsi tip mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta ini diletakkan.
Tempat sebenar bagi meletakkan pewangi kereta ialah di tenpat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan aircond kereta.Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!
Kalau boleh kita hendak lihat anak-anak kita boleh berdikari dan faham tentang tanggungjawab terhadap diri, adik beradik dan ibu bapa walau pun umur mereka masih kecil.
Dalam hal ini mungkin lain orang lain caranya.
Pun begitu, tidak salah kiranya andai kita mengambil perkongsian orang lain untuk dijadikan inspirasi sepertimana perkongsian daripada keluarga Encik Mohd Yazid Ismail ini dalam mendidik 6 orang anak-anaknya.
Sama ada anak lelaki atau anak perempuan, semuanya dilayan sama rata dan tidak sedikit pun membezakan, barulah menjadi dan nampak kesannya dalam mendidik anak lebih berdikari.
Didik anak jadi rajin dan faham tanggungjawab
Alhamdulillah kami ada 6 orang anak sekarang. Sulung 14 tahun, bongsu 11 bulan. Anak-anak jika dididik dari awal diorang akan jadi rajin dan faham tanggungjawab.
Sejak dari umur 8 tahun, mereka gosok baju sendiri. Kadang-kadang saya letak baju saya sekali untuk diorang gosok.
Basuh pinggan mangkuk sendiri tanpa disuruh. Awal-awal dulu je ketika baru belajar basuh pinggan kena suruh, sekarang dah automatik basuh sendiri.
Bersihkan tempat makan. Tapi yang ni diorang bersihkan tempat diorang makan je, sebab masing-masing kena kemaskan tempat makan diri sendiri. Kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan.
Tak dibenarkan makan di sofa atau tempat lain. Hanya boleh makan di meja makan. SOP kena jelas.
Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun pun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.
Sekarang dah mula nampak diorang kemas rumah tanpa disuruh.
Ulang Cakap Beratus Kali Pun Tak Apa
Alhamdulillah didikan awal masa diorang masih kecil memang mudah untuk mereka serap dan melekat dalam jiwa. Kita hanya perlu bersabar untuk ulang cakap banyak kali dan terangkan supaya mereka rasa jelas bahawa itu tanggungjawab yang semua kena buat. Tak perlu marah-marah. Ajar cara perlaksanaan dan jangan marah kalau diorang cuba buat tapi salah. Puji je.
Budak-budak memang kita kena ulang cakap. Jangan ingat dua tiga kali ajar terus pandai dan terus jadi amalan. Kena ulang lagi dan lagi. Beratus-ratus kali pun tak apa, yang penting jangan putus asa.
Walaupun benda mudah je tapi kalau tak diajar dan diterapkan dari awal, ramai anak-anak tak biasa buat dan mak bapak jadi stress. Rumahtangga jadi tak tenang. Rumah kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk tak basuh, baju jadi macam Gunung Kinabalu tak sempat nak lipat. Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.
Antara cara nak pastikan anak tak main gadjet adalah dengan cara bagi kerja kat diorang. Barulah tak boring, mereka gembira.
Kami tak bezakan anak lelaki dan perempuan, semua kena buat kerja.
Malah sekarang Bashir lebih banyak buat kerja-kerja di dapur berbanding adik-adik perempuan. Ajaklah anak-anak sentiasa masuk dapur.
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya orang yang mengalami dan merasai sendiri kesukaran itu tahu bagaimana rasanya yang sebenar. Berkongsi kisah terkini berkenaan Achey dan tujuh orang keluarganya yang telah dijangkiti virus Covid-19 membuatkan seisi keluarga berasa resah. Apatah lagi mendengar perkembangan terkini keadaan ibunya yang telah ditiarapkan.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” ujar pelawak Achey yang memberitahu keadaan ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit C0VID-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit C0VID-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
Pelanggan Jadi Punca
Jelas Achey keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif C0VID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” jelas Achey.
Hikmah Di Sebalik Musibah
Kata Achey lagi, kemalangan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantar barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (C0VID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey difahamkan mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti C0VID-19.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Keruntuhan rumah tangga hari ini tidak dinafikan sedikit sebanyak kesannya daripada ketidakpuasan wanita kala berada di ranjang.
Kajian membuktikan bahawa wanita inginkan lebih daripada sekadar seks. Mereka mendambakan kasih sayang, sentuhan, belaian yang diakhiri dengan aktiviti seksual. Mungkinkah itu yang dicari wanita atau adakah permasalahan lain?
Ketahui dan kenal punca mengapa wujudnya rasa ketidakpuasan wanita ini. Terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah ketidakpuasan seksual wanita.
Jarang Disentuh
Jarang disentuh suami buat wanita jadi terlalu tertekan. Merasa diri kosong dan tidak lagi disayangi. Elemen yang nampak remeh namun ini buat wanita mula rasa makin hambar. Dan apabila bersama, sedikit sebanyak terkesan pada emosi mereka dan sudahnya wanita langsung tidak rasa apa-apa kala bersama suami.
Sekadar Tanggungjawab
Kepenatan mental dan fizikal dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak buat wanita sekadar melepaskan tanggungjawabnya pada suami. Ini buat wanita langsung tidak rasa apa-apa. Soal puas, pastinya tidak lagi difikirkan wanita.
Disfungsi Seksual
Disfungsi seksual menjadi masalah terbesar bagi isteri dan juga suami. Bagi wanita, disfungsi seksual lebih diertikan sebagai hilangnya rasa dan kurang keinginan untuk melakukan seks. Penyebab utama masalah ini pastinya terlalu letih, murung, tekanan
perasaan, tidak mencapai klimaks dan pelbagai yang membuatkan wanita menjadi lebih tertekan.
Terlalu Berimaginasi
Menonton kisah ciptaan Hollywood yang mempamerkan kebahagiaan, kerakusan, kepuasan dan kasih sayang yang jitu ketika berada di ranjang mungkin membuatkan ramai wanita merasa lebih tertekan. Mereka mula membuat perbandingan sendiri yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dan lama kelamaan mereka semakin mula tawar hati dan langsung tidak merasa puas.
Tiada Keserasian
Gagal mencari keserasian dengan pasangan siapa tahu mungkin menjadi masalah terbesar bagi wanita itu sendiri. Suami inginkan sesuatu yang berbeza sedangkan isteri pula menginginkan yang lain. Ketidakserasian ini makin buat wanita rasa bosan bila bersama.
Tidak Relaks
Fikiran yang celaru dan tidak tenang ketika bersama pasangan menjadi penyebab wanita tidak merasa puas bersama suami. Kurang tumpuan atau memikirkan masalah lain ketika bersama menjadi gangguan yang membuatkan wanita tidak relaks. Lupakan seketika semua masalah yang ada dan belajarlah untuk menikmati sebaiknya bersama pasangan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.