
“Hasil tangan hingga ke anak cucu dapat di kenang.. dibawa seantero dunia.” Demikian antara komen warga maya tatkala melihat wajah insan di sebalik tulisan khat pada Wang Kertas Malaysia.
Jika anda perasan, di setiap wang kertas itu ada tertulis perkataan ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ dalam tulisan Jawi. Walaupun tulisan khat itu kecil saja, tetapi ia membawa 1,000 makna kepada penulis khat tersebut yang dikenali sebagai Haji Sulaiman Awang.

Ahmad Fedtri Yahya menerusi facebooknya berkongsi gambar pemilik tulisan khat berkenaan.
Memori. Inilah orangnya… tulisan khat pada duit kita tu, Hj Sulaiman Awang yang tulis 🙂 CNN pun cari dia nak interview 😊
Mengimbau kembali detik bersejarah itu, Sulaiman berkata, beliau didatangi seorang lelaki pada 1997 yang memintanya menulis Bank Negara dalam tulisan Jawi di atas sekeping kertas.
“Lelaki yang bernama Haji Muhamad itu kemudian menghantar tulisan saya ke Bank Negara Malaysia (BNM). Tidak lama selepas itu saya dimaklumkan mereka menerima tulisan saya untuk diabadikan pada wang kertas negara ini,”

Menurut Sulaiman, ketika itu perasaannya bercampur-baur antara tidak percaya dan gembira apabila melihat tulisannya pada wang kertas dari nilai RM2 hingga RM1,000. “Saya tulis sekali saja dan tulisan saya terus diterima. Sudah tentu saya gembira dan rasa amat dihargai,” katanya.
Sebagai penghargaan, katanya, beliau menerima koleksi istimewa wang bercantum not RM2 dan RM10 daripada BNM.

Di usia emasnya kini, Sulaiman tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki dan masih mendapat permintaan menulis khat.
Antaranya, tulisan khat Sulaiman boleh dilihat pada papan tanda dan kepala surat Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa.

Bakat Sulaiman turut diwarisi anaknya yang juga dramatis terkenal, Intan Azura sehingga memenangi pertandingan khat ketika di sekolah, namun sayangnya ia tidak dikembangkan.
Sumber: Sinar Harian & Fedtri Yahya
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Melihat perwatakannya di hadapan kamera, beliau nampak serius dan tenang di khalayak. Namun, siapa sangka, rupanya disebalik tabir Datuk Seri Ismail Sabri seorang yang lebih relaks apabila berada di rumah di mana dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.
Mula mengenali antara satu sama lain ketika usia 19 tahun, Ismail Sabri berkongsi momen perkenalan bersama sang isterinya. Anak kelahiran Bera, Pahang ini kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati nya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986.
“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.
“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” ungkap Datuk Seri Ismail lagi.
Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.
Biarpun sibuk dengan kerjaya politiknya, namun beliau punya minat tersendiri. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.
Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.
Malah Ismail Sabri mengakui bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.
Wajah Datin Seri Muhaini menarik perhatian apabila Datuk Seri memuat naik gambar bersama isteri tercinta berserta kapsyen yang nyata mencuit tumpuan ramai.
















