Pernah tak anda alami angin dalam badan, rasa kurang selesa dengan perut rasa sebu atau pedih ulu hati? Memang tak selesa dibuatnya kan. Cuba amalkan petua mudah ini.
Assalamualaikum rakan MAHN. Saya cuma nak kongsikan 1 petua yang saya dapat dari seorang pakcik berbangsa India. Petua yang saya dapat ini adalah petua untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengurangkan pedih ulu hati.
Saya sekeluarga pernah dijangkiti wabak yang melanda negara kita ni. Antara kesan dari wabak tersebut, suami saya kerap merasa perut sebu dan tak selesa. Dari situ kami dapat petua untuk kurangkan angin dalam badan dan alhamdulillah berkesan dengan izin Allah.
Apa yang kami amalkan, kami akan letak sedikit serbuk kulit kayu manis ‘ceylon’ dalam minuman. Seeloknya pagi masa perut kosong, bancuh serbuk kulit kayu manis ceylon dengan air suam. Kacau dan terus minum.
Ads
Saya juga amalkan sarapan pagi segelas susu tepung, letak oat dan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Alhamdulillah berat badan pun maintain aje. Apa yang saya kongsikan ini mungkin mengikut keserasian badan masing-masing ya. Kami cuma ikhtiar selepas pulih dari wabak tu. Alhamdulillah, berkesan.
Tiada yang lebih bermakna buat ibu dan bapa selain mendoakan yang terbaik buat anak-anak, demikian juga dengan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang baru sahaja menerima menerima menantu.
Majlis pernikahan antara anak keduanya, Asyraf Murtadha dan pasangannya Aisyah Zafirah berlangsung dengan penuh harmoni dengan iringan restu daripada kedua belah pihak.
Menerusi kapsyennya, ustazah Norhafizah meluahkan rasa syukur kerana anak terunanya kini sudah sah bergelar suami.
Dalam ucapan yang sama, ustazah Norhafizah menitipkan doa dari dirinya dan suami, Datuk Norhafizah buat putera mereka ini supaya bahtera rumahtangga anak dan menantunya ini belayar dengan baik.
بارك الله لكم وبارك عليك وجمع بينكما في خير. Subhanallah, Alhamdulillah , Lailahaillallah, Allahu Akbar.
Anak teruna umi @asyrafmurtadhaa telah sah menjadi suami kepada putri impian umi @sazafieraa . Gugusan doa dari umi dan abi @dr.azahar.yaakub bahkan seluruh keluarga besar kedua2 belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumahtangga dengan penuh sakinah mawaddah wa rahmah. La hawla wa la quwwata illa billah. Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah. Dengan rendah hati ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat2 , tuan puan budiman untuk raja sehari ini. 🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️🌹❤️
Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramaii agar dapat mendoakan yang baik-baik untuk pasangan mempelai ini.
Melihat gambar yang dikongsikan menerusi video itu, rata-rata memuji pasangan mempelai kelihatan sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.
Untuk rekod, Asyraf Murtadha dan pasangannya Aisyah Zafirah mengikat tali pertunangan pada September 2020. Majlis tersebut turut dikongsikan Ustazah Norhafizah menerusi laman Instagramnya.
Bila anak kuat moody, itu tanda kurangnya sentuhan ayah. Dia mudah mengamuk, mudah bentak, mudah bergaduh, mudah berebut mainan, mudah merengek dan mudah tantrum. Mood tak menentu.
Begitulah yang dijelaskan melalui perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang menjelaskan bahawa anak buat perangai apabila kurang kasih sayang seorang ayah. Nak tahu tanda-tandanya ikuti perkongsian ini.
Tanda-tanda gejala “Father Wound”, anak yang kurang sentuhan ayah. Sebab itu la, walau sibuk mana pun kita, hatta sibuk cari rezeki, 4 benda ni tolong jangan abai.
1. Peluk & cium anak Jarang peluk & cium maka jarang la anak akan rasa kasih sayang ayah ( father love ). Bila tak rasa sayang, senang la datang rasa benci.
2. Tanya khabar anak Tanda kita prihatin & kasih pada anak, tanya khabar dia selalu. Soalan mudah je tapi ramai yang tak buat. Huh. “Buat apa hari ni?” “Abg gembira tak?” “Kakak okey?”
3. Bermain dengan anak Sehari paling kurang 5-10 minit kena main dengan anak. Lagi lama lagi bagus. Dari bermain tu la anak akan rasa lebih connected dengan kita.
4. Tegur & nasihat anak Satu perkara paling anak akan ingat ialah kata-kata ayahnya. Setiap pesanan, teguran dan nasihat ibarat inspirasi & motivasi pada anak.
Oleh itu, kalau nampak anak tinggi suara, kurang ajar atau keras kepala tolong la tegur. Kadang anak buat perangai bukan sebab dia jahat tapi dia terpaksa buat-buat jahat supaya dia dapat perhatian dan dengar suara ayahnya.
Anak teruk mana pun perangai dia, bila di depan ayah semua akan behave. Hikmah seorang ayah! Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu bapa, kita kadang kala terlepas pandang terhadap anak-anak. Terutama dalam memberi tumpuan sehinggakan tanpa sedar ada yang membeza-bezakan salah satu anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain.
Walaupun mungkin anak-anak tidak menunjukkan reaksi namun kita tidak tahu mungkin dia menyimpan perasaan atau menyembunyikan rasa. Lebih kronik andai si anak ini bersikap pendendam.
Pilih kasih bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak, kadang-kala hubungan adik beradik, saudara, rakan atau sesiapa sahaja juga boleh berlakunya ‘amalan’ membeza-bezakan ini.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh di laman facebooknya. Sama-sama kita ambil manfaat dari apa yang dikongsikan ini.
~ Bila anak kurang pandai belajar ~
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Dr PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).