Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, beliau tidak menyangka penyertaannya menerusi 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu membuahkan hasil.
Apa tidaknya, produk ciptaannya yang dinamakan Circumstar-1 berjaya memenangi emas serta dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara termasuk 97 dari negara ini.
Kuang Chong, yang mencipta alat berkhatan dalam masa seminit itu berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas di dalam pertandingan tersebut. Pakar bedah plastik itu menerima pengiktirafan tersebut menerusi ciptaan peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan kos rendah di dunia.
“Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS). Saya menghantar penyertaan secara dalam talian.
“Saya mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini. Ini adalah produk buatan tempatan 100 peratus,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, alat tersebut hanya mengambil masa seminit untuk melakukan proses khatan berbanding peralatan lain dicipta sebelum ini yang mengambil masa tiga minit dan tanpa jahitan
Katanya, penggunaan peralatan tersebut selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan.
Ads
Selain itu, pada Mac lalu, beliau meraih pingat emas menerusi Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.
Sehingga kini, beliau berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan dalam pertandingan termasuk diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand.
Anak kelahiran Johor itu berharap inisiatif dilakukannya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.
Bila sebut mengenaik biskut raya yang menjadi kegemaran sejak kecil bagi setiap seseorang tentu banyak kalau hendak disenaraikan. Pun begitu dalam banyak-banyak biskut, biskut Cornflakes inilah yang menjadi antara yang begitu digemari.
Kerangupan kepingan cornflake memberi rasa yang istimewa pada biskut raya tersebut. Sekali makan berkali-kali hendak lagi. Tidak dengan itu, untuk membuatnya pun mudah sangat. Tanpa perlu acuan biskut pun boleh jadi!
Jadi raya kali ini jika terasa rindu untuk merasai keenakan rasa biskut conflakes apa kata anda sediakan dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Nampak mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Setahun sekali, tak kisah la raya kat mana pun nanti, memang tak pernah miss biskut favorite dari kecik ni..time free abam gunakan untuk membakar biskut paling simple…paling ketagih bile makan
BISKUT CORNFLAKES LEJEN
Resepi :
250gm butter/majerin
50gm tepung jagung
100gm gula aising (kalau nak guna gula castor or brown kurangkan sikit gula)
200gm tepung gandum
1 mangkuk Cornflakes yang dah diramas (untuk masukkan sekali dalam adunan +- 80g untuk bagi lg crunch yang ni agak-agak je kalau kurang nak taruk lebih pun boleh
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukup rasa
Cara-cara :
– Pukul butter & gula hingga sebati & nampak berkrim.( saya pukul guna mixer sebab buat banyak adunan asal sebati je adunan tak perlu lama)
– Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik )
– Masukkan cornflakes yang dah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.
– Sudu kan atau cubit² comelkan adunan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek2 kan. (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
– Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².
Asyik masak pulut kuning tapi tak jadi cantik berkilat macam beli dikedai. Bagi yang tidak mahir memasak pulut kuning, pasti pulut tidak akan menjadi. Kadangkala kelihatan warna tak kuning cantik dan rasa pun tak rasa lemak.
Nampak senang tapi hakikatnya proses memasak pulut kuning ni ada caranya. Nak lebih cantik dan berlemak ada petuanya.
Sebagaimana perkongsian petua oleh puan Nasriah Ramli yang mempelajari cara memasak pulut kuning menjadi cantik dan kuning berkilat.
Memasak dengan menggunakan kaedah kukus, sebelum itu, pulut akan direndam bersama asam keping dan kunyit.
“Mak saya yang bagi petua ni sejak saya mula belajar buat Pulut Kuning dulu.”
1.Rendam dengan kunyit dan asam keping
Rendam dgn serbuk kunyit dan asam keping. Selepas 2 jam keluarkan asam keping tu. Biarkn pulut terendam lagi 2 hingga 3 jam.
2.Basuh dan kukus
Bilas dengan air bersih kemudian pulut yang direndam tadi baru dikukus. Untuk kukus, lapik pulut dengan daun pisang atau daun pandan untuk lebih harum bila kukus. Jika tak ada daun pisang atau daun pandan boleh lapik plastik je yang digunting buat lubang.
3.Sukatan santan
2 kg pulut, santan pekat dalam 1.3 kg. Lepas kukus, masuk pulut dan gaul santan dan kukus semula sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidang
Siap! Cantik berkilat pulut kuning untuk menjamu selera. Makan dengan rendang tambah rasa kesedapannya!
Berkenalan sejak dibangku sekolah lagi, pasangan ini membuktikan tiada istilah cinta monyet. Jodoh yang kuat membawa mereka ke jenjang pelamin. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Menelusuri relung hati insan seni bernama Mohd Razlan Mohamed Yusof atau sinonim dengan panggilan Lan Solo mengakui dia dan isteri, Nur Sheila Hassim atau mesra disapa Sheila Razlan yang saling memahami dan sama-sama bekerja keras. Itu yang mengutuhkan kubu rumah tangga mereka sehingga kini.
“Selain menjadi suri dalam hidup saya, Sheila juga merupakan pengurus bagi kerjaya saya. Tak dinafikan, pengorbanan Sheila cukup besar untuk rumah tangga kami. Dia terpaksa melebihkan saya dibandingkan dengan anak-anak. Ada masanya dia terpaksa melepaskan anak-anak pada famili bagi menguruskan saya.
“Baik dalam rumah tangga mahupun kerjaya, kami berdua sama-sama bertatih dari bawah untuk menjadi seperti sekarang. Syukur kerana segala pengorbanan isteri berbaloi. Alhamdulillah, walaupun kini bergelar penyanyi solo namun tawaran tidak putus-putus. Inilah dinamakan rezeki anak-anak.
“Rezeki bila berkeluarga tu berbeza sangat-sangat berbanding saya waktu bujang dulu, kerana itu saya berasa sangat bersyukur. Saya selalu minta pendapat, berkongsi segala masalah saya bersama isteri saya dan dia sentiasa sokong saya susah senang saya dan bila kita usaha InsyaAllah kita akan dapat hasilnya itu nanti,” jelas Lan Solo lagi yang bakal berkolaborasi dalam satu projek bersama bekas anggota asal Kumpulan Kristal tidak lama lagi.
Tambah Lan lagi, dia percaya pada rezeki dan beruntung dapat isteri yang boleh berkerjasama menguruskan kerjaya.
“Alhamdulillah kami sama-sama sentiasa berusaha tanpa rasa putus asa. Sheila sentiasa ada bersama saya ketika jatuh bangun dalam karier sebagai anak seni. Sheila bukan sahaja pengurus yang memahami, malah ibu dan isteri yang bertanggung jawab.
Bawa isteri mengerjakan umrah
Sibuk macam mana pun dengan urusan kerjaya saya, dia masih sempat ‘curi masa’ urusan hal didikan anak-anak. Senang kata, dia boleh berfikir benda lain dalam masa yang sama, sedangkan saya tak mampu berbuat demikian.
“Dalam membesarkan anak-anak, tak dinafikan Sheila lebih tegas saya pula jenis jarang bersuara. Tetapi sekali bersuara anak-anak takut. Memandangkan saya sibuk ke sana ke mari, jadi kalau ada masa terluang, hal anak-anak saya yang uruskan termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Inilah saja ruang yang ada untuk menikmati momen sebagai seorang ayah,” ujar Lan yang bakal membawa isteri kesayangannya ini mengerjakan umrah tak lama lagi.
Dari me time jadi our time
Melihatkan kesibukan sebagai pengurus dan juga isteri, penulis sempat menitipkan soalan sama ada Sheila ada ‘me time’ untuk melakukan aktiviti yang digemarinya.
“Sejak kahwin sedekad lepas, saya tak pernah ada me time. Sebab saya hanya ada Lan sebagai kawan. Kekok kalau dia tak ada. Kalau pergi meeting yang dia tak ada pun misalnya, saya akan wattsapp atau voice note untuk dia sama-sama bagi keputusan. Bukan saja saya, malah Lan pun tak pernah ada me time dia. Jadi me time adalah masa kami berdua. So jadi la our time,” seloroh Sheila lagi.
Jelas Sheila, kesibukan menguruskan kerjaya Lan tidak membuatkan dia mengabaikan tanggung jawab kepada rumah tangga dan anak-anak terutamanya.
“Kalau tak ada urusan,memang saya sepenuhnya bersama anak-anak. Apabila anak-anak masuk tidur dan siapkan kerja rumah, baru saya sambung balas wattsapp atau apa sahaja pasal kerja.
“Saya dan Lan sangat mementingkan komunikasi dan sentiasa berbincang. Jadikan pasangan keutamaan dalam apa jua situasi. Elakkan berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja waima famili sendiri. Dugaan itu yang mengeratkan hubungan. Orang luar tak tidur sebantal dengan kita. Mereka tidak tahu apa, jadi kita tak perlukan orang luar untuk mencorakkan rumah tangga kita,” tegas Sheila lagi.
Lan sensitif tentang anak-anak
Pasangan ini juga pernah diuji ketika Sheila mengandungkan anak keempat apabila bayi tersebut dikatakan mempunyai masalah.
“Apabila xandra disahkan sumbing (klef), saya macam hilang upaya. Saya takut Xandra tak diterima. Jadi,saya korbankan masa kerja untuk bagi sepenuh perhatian pada bayi kami ni berbanding Lan dan anak-anak yang lain. Mujurlah masing-masing memahami dan Lan juga banyak membantu.
“Lan sebenarnya seorang yang sangat sensitif bila bercakap perihal anak. Bukan hanya perihal Xandra, malah hal kakak-kakak dan abang Xandra juga. Dia gigih belajar cara yang betul untuk susukan Xandra supaya Xandra dapat rasa sama seperti yang lain-lain.
“Malah, Lan juga bersengkang mata untuk 30 hari yang pertama untuk belajar apa jua perkara baru tentang Xandra. Bancuh susu, tukar lampin sehingga bila Xandra selsema, Lan belajar untuk sedut hingusnya,” ungkap Sheila lagi.
Lelaki lindungan kaabah
Ditanya mengenai kes kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga selebriti sehingga membawa kepada penceraian, jelas Sheila sebagai isteri dia hanya mampu menjaga diri sendiri untuk pandangan suami.
“Selagi namanya lelaki, selagi tu la nafsu dia ada kat mana-mana. Jadi kes sondol menyondol ini bergantung kepada si suami itu sendiri. Setia atau tidak, nampak macam lelaki lindungan kaabah. Tapi apabila orang perempuan melintas pun, menjeling jugak! Fitrah lelaki kan,” ulas Sheila lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.