Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dpisahkan dalam kehidupan. Biarpun telah berusia, penampilan diri harus dijaga.

Bagi yang mengenali pelakon popular bernama, Azah Aziz sudah tentu dapat membayangkan wajahnya yang awet muda meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun pada Ogos lalu.

Azah Aziz yang juga merupakan bekas model hidup bahagia bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki di Montreal, Kanada.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya, Still Nampak Muda.” Sharifah Shahirah Muat Naik Video Jumpa ‘BFF’, Azah Aziz, Raih Perhatian Peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Gambar Rai Hari Jadi, Anak-Anak Azah Aziz Jadi Tumpuan Netizen.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

AWET MUDA DAN TIADA SUNTIKAN NAK CANTIK

Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Bersama rakan artis di Malaysia, Shiera Ijoy

Tentu ramai yang ingin tahu rahsia awet muda Azah Aziz memang dikenali ramai.  Biarpun sudah separuh abad, dirinya dilihat masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.

Ramai yang ingin tahu mengenai rahsia dirinya ‘maintain’ awet muda. Malah kekal aktif pada usia sebegitu.

Apa yang menarik, Azah mengakui tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kekal muda.

“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi.”

IKLAN

Kerap menggunakan krim seawal usia 20 tahun dan walaupun berada di rumah adalah antara rahsia kulit kekal cantik

“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya  untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.

“Setiap kali selepas memakai mekap,  wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan.”

KEKAL CERGAS

Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

Pada usia yang semakin meningkat, masalah berat badan selalunya menjadi masalah utama bagi wanita. Tambahan pula ketika ini metabolisme badan menjadi rendah. Ia mengakibatkan berat badan mudah meningkat.

Lantaran itu, Azah kerap melakukan senaman secara konsisten. Dia sering berkongsi aktiviti bersenamnya di Instagram miliknya.

“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Dek kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

“Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.

“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari.

“Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.”

DUA SUDU NASI JE

Dalam pada itu, Azah juga mengakui mengambil nasi dalam jumlah yang sedikit. Katanya walaupun bermastautin di luar negara, dia tidak lupa asal usulnya keturunan melayu yang sudah biasa menjamah nasi dalam setiap hidangan.

“Saya juga lebihkan pengambilan protein dan kurangkan karbohidrat. Nasi tetap saya ambil, tetapi hanya dua sudu. Orang Melayu mana boleh tinggal nasi kan.”

Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

 

IKLAN
Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Bersama keluarga tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal)

Sumber:azahmontreal

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI