13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman Nordin menamatkan zaman bujang. Dengan sekali lafaz, pereka fesyen terkenal ini sah menjadi suami kepada Nurida Suraya.
Rizman Nordin dan Nurida Suraya sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Majlis akad nikah ini turut dihadiri beberapa rakan artis dan pereka fesyen yang lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Alving Chong dan ramai lagi.
Dato Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi momen sahabatnya itu yang kini sudah selamat bergelar suami.
Biarpun masih kecil namun anak sulung Puteri Sarah Liyana iaitu Syaikhul Islam dilihat sangat matang dari usianya. Dia sering meluahkan rasa sayang kepada mamanya dan tidak segan untuk menzahirkan perasaan itu melalui perbuatan.
Terbaharu melalui akaun TikTok @syamsulyus0ffilm, sebuah video yang menunjukkan Syaikhul sedang membasuh pinggan menarik perhatian warganet. Rata-ratanya kagum dengan sikap ringan tulang Syaikhul membantu Puteri Sarah di dapur.
Anak kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu turut memberitahu yang dia mahu membantu kerana dia sayangkan mamanya.
“Saya tengah basuh plate, saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mama cook hari-hari. Saya sayang mama saya, jadi saya tolong mama saya lah.”
Gelagat Syaikhul yang nampak ikhlas dan tulus itu membuatkan ramai yang memujinya sebagai anak yang cerdik dan ringan tulang.
Jom tonton video ni;
Pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik dan soleh. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah penah berkahwin pada tahun 2014 dan mereka akhirnya memilih jalan untuk berpisah sekitar bulan Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 7 tahun dan Sumayyah, 5 tahun.
Anak mana yang sanggup melihat ibu dan ayah sakit kan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan dan jarang berjumpa kerana ada komitmen lain.
Demikian juga dengan jaguh sukan pelumba basikal trek profesional Malaysia ini. Rupa-rupnya , disebalik beliau bertungkus lumus mengharumkan nama negara di luar negara, dia terpaksa berkorban berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit.
Sebagai anak lelaki dalm keluarga, bukan mudah membuat keputusan namun dek kerana negara dia terpaksa berkorban. Kisah sedih ini dikongsi oleh Azizul Hasni Awang menerusi laman Instagram baru-baru ini.
Rupa-rupanya, ayah Azizul Hasni mengalami Minor Strok beberapa bulan sebelum beliau ke China untuk kejohanan sukan trek berbasikal. Usai pulang dari Sukan tersebut, Azizul Hasni turut menziarahi keluarganya di Dungun namun keadaan ayahnya tetap sama.
Tidak mengenali anaknya ini tetapi ingatannya masih samar-samar setelah atlet ini menceritakan semula tentang dirinya.
A post shared by Azizul Awang (@azizulawangofficial) on
Ketika tiba di muka pintu dan memberi salam, air mata attlet ini mula mengalir apabila melihat reaksi ayahnya.
‘Siapa ni? Cari siapa?’ Itulah pertanyaan ayahnya seola-olah tidak mengenali wajah anaknya itu tetapi masih mengenal suara Azizul hasni.
“Saya cuba yakin ayah dengan pelbagai cerita dan gambar untuk memulihkan ingatannya namun memori itu hanya seketika. Dia kemudiannya mula bertanyakan ‘Duduk dekat mana? Isteri nama apa? dan anak dah berapa?…
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya jarang ada masa bersamanya kerana komitmen saya,” cerita Azizul menerusi kapsyennya di dalam instagram.
Wanita Usia 50 tahun timang anak ketiga- “Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Bagi Rostalela Sidi Ahmad, kehamilannya merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka dan sangat dinanti-nantikan oleh dirinya dan juga suami yang kini berusia 53 tahun.
Menerusi Kosmo yang menghubungi Rostalela , ujar wanita ini, Allah SWT mempermudahkan urusannya sejak hamil hingga berpantang. Malah dia tidak menyangka pada usia lanjut, boleh melahirkan bayi perempuan yang sihat.
Menurut Rostalela yang lebih mesra disapa sebagai Lela, dia selamat melahirkan cahaya matanya pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang.
“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu. Anak sulung pula sudah berusia 26 tahun. Pada awalnya, saya ingat dapat anak lelaki. Selepas beberapa bulan, doktor cakap anak saya perempuan,” katanya.
Lela berkata, anak-anak juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan asas untuknya.
Malah, keterujaan tersebut turut dikongsi bersama petugas-petugas hospital yang kebanyakannya tidak lokek membantu dan memberi semangat kepanjang proses kehamilan.
“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.
“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.
“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli wana biru,” katanya.
Tambah Lela, sejak tularnya video tersebut, ramai orang bertindak menghantar mesej kepadanya di laman TikTok untuk meminta tip-tip memudahkan kehamilan, terutamanya daripada wanita berusia 40 tahun ke atas.
“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan saya.
“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.
“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma pada akhirnya saya minta agar melahirkan anak secara pembedahan kerana alami kesukaran sewaktu ingin melahirkan anak,” jelasnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.