
Belum reda kebimbangan terhadap jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia kini perlu bersedia pula menghadapi perubahan cuaca apabila fasa peralihan monsun dijangka bermula hari ini, 9 Oktober 2026.
Bagi ibu bapa, keadaan ini pastinya menimbulkan kerisauan, terutama apabila melibatkan kesihatan keselamatan anak-anak.
Situasi ini sedikit sebanyak memerlukan keluarga lebih berhati-hati ketika merancang aktiviti harian, terutama yang melibatkan perjalanan dan aktiviti di luar rumah.
Mak Ayah Perlu Lebih Peka Dengan Perubahan Cuaca
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu bapa perlu lebih berhati-hati terutama apabila melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak-anak.

Menerusi perkongsian rasmi MetMalaysia, terdapat lima langkah keselamatan yang perlu diamalkan ketika ribut petir:
1. Berlindung di dalam rumah atau bangunan
Segera masuk ke dalam rumah atau bangunan yang kukuh apabila ribut petir berlaku. Elakkan berada di luar rumah bersama anak-anak.
2. Elakkan berada di kawasan lapang
Jangan berada di padang, taman permainan atau kawasan terbuka kerana boleh meningkatkan risiko disambar petir.
3. Jauhi tempat takungan air
Elakkan anak-anak bermain atau berada berhampiran kawasan takungan air ketika ribut petir demi keselamatan mereka.
4. Jauhi struktur tinggi
Jangan berteduh di bawah pokok atau berada berhampiran menara tinggi kerana kawasan tersebut berisiko ketika ribut petir.
5. Jauhi rod pengalir elektrik
Elakkan berada berhampiran tiang elektrik, tangga besi dan struktur logam yang boleh mengalirkan arus elektrik.
Langkah keselamatan ini penting bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika ribut petir, terutama kepada kanak-kanak yang gemar bermain di luar rumah.
Keselamatan Keluarga Jadi Keutamaan
Perubahan cuaca sememangnya tidak dapat dielakkan, namun persediaan awal mampu membantu mengurangkan risiko kepada ahli keluarga.
Dalam keadaan jerebu yang belum pulih sepenuhnya dan peralihan monsun yang dijangka membawa hujan lebat serta ribut petir, ibu bapa perlu lebih peka sebelum merancang sebarang aktiviti.
Apa yang penting, jangan mengambil mudah keadaan cuaca walaupun hanya keluar sebentar bersama keluarga. Keselamatan anak-anak dan orang tersayang tetap perlu diutamakan.
BACA LAGI: Sekolah Tutup Akibat Jerebu, Tiga Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) & Instagram @metmalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

