Hilang kaki bukan penghalang semangat Nik Haziera Saffiya terus beruaha. Kehilangan kaki bukanlah pengakhiran segalanya, malah ia tidak mematahkan semangat seorang remaja, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk terus berusaha dan mencipta peluang baru dalam hidup.
Hilang Kaki Bukan Penghalang Semangat Nik Haziera Saffiya Terus Berusaha
Walaupun berdepan dugaan besar, gadis berusia 18 tahun itu tetap optimis dan mula merancang langkah untuk meneruskan kehidupannya sebaik sahaja kesihatannya semakin pulih. Dengan menggunakan tongkat dan alat bantuan lain, dia kini sedang belajar menyesuaikan diri dengan keadaannya.
“Setahun lalu, kaki saya kehilangan keupayaan untuk bergerak selepas dilenyek lori dalam satu kemalangan yang turut melibatkan kakak saya. Namun, saya menerima takdir ini dengan hati yang reda dan tidak pernah meratapi nasib. Ini adalah ujian Allah yang harus saya tempuh dengan sabar,” katanya.
Menurut Haziera, kakaknya, Nik Haznita Saffiya, 20, turut mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut. Akibatnya, kaki kanan Haznita terpaksa dipotong hingga ke paras pinggul pada Februari 2024.
“Walaupun ramai yang simpati dengan keadaan kami, kami menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Kakak teruskan perniagaannya, manakala saya masih menjalani rawatan susulan sebelum kaki saya dipotong pada pertengahan Januari lalu,” tambahnya.
Haziera kini sedang menjalani rawatan di Hospital Temerloh selepas kemalangan tragis yang berlaku pada Februari 2024 itu. Dalam insiden tersebut, Haznita yang membonceng motosikal mengalami kecederaan serius pada kaki kanan, manakala Haziera pula mengalami komplikasi darah beku di paru-paru, patah bahu, serta kecederaan pada tulang pelvis dan pinggang.
Bangkit Dengan Semangat Baru
Walaupun diuji dengan keadaan fizikal yang berubah, Haziera tidak pernah hilang semangat. Dia kini sibuk merancang masa depannya selepas pulih sepenuhnya.
Ads
“Saya sepatutnya berada di Tingkatan 5 ketika kemalangan berlaku. Namun, kerana keadaan saya, saya terpaksa menangguhkan persekolahan selama setahun. Insya-Allah, saya akan kembali ke sekolah pada sesi baru nanti untuk menamatkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebelum itu, saya akan melatih diri menggunakan tongkat sehingga mahir. Meskipun impian saya untuk menjadi seorang askar kini tidak dapat dicapai, saya tetap bersemangat untuk mencuba perkara baharu. Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk menyertai latihan sukan memanah bagi paralimpik, dan saya sangat teruja untuk mencuba bidang tersebut,” katanya dengan senyuman penuh keyakinan.
Haziera turut menjelaskan bahawa keluarga, terutamanya ibu bapa dan adik-beradiknya, adalah sumber kekuatannya.
“Ayah pernah berkata, walaupun kami kehilangan kaki, kami tetap ada ‘tiga kaki’ kerana sokongan daripada keluarga. Kata-kata itu benar-benar memberi semangat kepada saya dan kakak untuk teruskan hidup tanpa rasa kekurangan,” ujarnya.
Haziera juga mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan dan guru-guru yang sentiasa menghulurkan bantuan serta melawat mereka dari semasa ke semasa.
Kekuatan Dari Dalam Diri
Bagi Haziera, pengalaman ini bukan sahaja mendidiknya untuk lebih tabah, malah mengajarnya bahawa kekuatan sebenar datang daripada hati yang reda dan fikiran yang positif.
Ads
Walaupun laluan hidupnya kini berbeza, Haziera yakin setiap cabaran yang dihadapinya adalah peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan sokongan keluarga, rakan, dan semangat yang tidak pernah luntur, Haziera terus melangkah ke hadapan, membuktikan bahawa kehilangan kaki bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
“Saya percaya, selagi ada usaha, pasti ada jalan. Ujian ini adalah peluang untuk saya bangkit dan menunjukkan bahawa kekurangan fizikal bukan alasan untuk menyerah,” katanya penuh azam.
Dalam keadaan situasi sekarang ini, ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan pandemik. Namun hidup harus diteruskan demi rezeki buat diri dan keluarga.
Betapa strugglenya kehidupan apabila terpaksa berhujan panas demi memastikan mendapat upah untuk menampung kehidupan seharian.
Begitu dengan kisah menyentuh hati yang dikongsi oleh seorang doktor yang secara tidak sengaja berjumpa penghantar makanan yang kelihatan gigih mencari rezeki.
Lebih menyentuh hati apabila penghantar makanan ini mendedahkan bahawa waktu hujan adalah rezeki buatnya setelah ramai yang tidak keluar rumah sebaliknya hanya membuat tempahan penghantaran makanan ke rumah.
Seterusnya ikuti perkongsian ini yang dipaparkan menerusi facebook milik Dr Syazwani Drani
Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..
Waktu hujan ramai order makanan
Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada. Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita.
Kehidupan yang ‘struggle’
Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.. Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.
Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban. Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. . Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke-5 yang wajib ditunaikan oleh semua orang Islam.
Semalam, pelakon Fauzi nawawi ada berkongsi bahawa isterinya yang juga seorang pelakon, Lisdawati berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
“Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak,” kata Lisdawati dalam video yang dimuat naik di laman Instagram Fauzi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Fauzi yang kelihatan sebak walaupun memakai pelitup muka hanya menjawab ringkas, baik. Malah, pelakon filem Anak Halal itu juga berkongsi kapsyen berbentuk doa buat isterinya.
“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya..
“Aku serahkan segalanya padamu Ya Allah..@lisdawati15 Selamat jalan sayangku,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.
Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.
Sumber : Instagram Lisdawati, Theonlyfauzinawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah tidak cukup tidur sememangnya bukan satu masalah besar lagi bagi semua ibu. Selepas berhempas pulas melahirkan anak, ibu yang kepenatan biasanya akan mula tidak cukup tidur sehinggalah bayi mula tidur nyenyak.
Itulah pengorbanan terbesar yang dialami wanita bergelar ibu. Dek kerana tidur yang tidak cukup serta rutin harian yang baru, wanita akan mula meninggalkan kesan lebam dan bengkak pada bawah mata.
Hal ini jika tidak diubati akan menjadi berlarutan dan lama kelamaan, lebam dan kusam pada bawah mata ini menjadi sebati pada wajah. Wajah pastinya jadi tidak berseri dan penampilan wanita pasti kurang cantiknya.
Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini. Tidak perlu menggunakan kos yang mahal tetapi hanya menggunakan tiga bahan ini sahaja.
Guna Limau Nipis
Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.
Kulit Timun Penyejuk Mata
Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.
Kulit Telur Mujarab
Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan kulit telur. Telur yang dipecahkan, di bahagian dalamnya akan meninggalkan lebihan lendir. Ambil lendir ini dan sapukan pada mata yang bengkak dan lebam ini. Biarkan hingga ia mengering. Kemudian tanggalkan lendir seperti masker ini daripada wajah dan bilaslah bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak dilarang sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.