Ads

Abby Abadi Nasihat Marissa Jaga Diri, Pesan Jangan Ulang Kesilapan Lalu

Pelakon dan usahawan Abby Abadi tetap menitipkan doa penuh kasih buat anak keduanya, Marissa Dania Hakim, meskipun tidak kelihatan dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran puterinya yang ke-21 baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Marissa sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan berjaya mengejar impian dalam kehidupan.

“Selamat hari ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-21. Alhamdulillah. Sihat sempurna, cantik manis selalu anak mama ya.

“Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ini. Terbanglah setinggi manapun dan gapailah segala impianmu.

“Doa mama sentiasa mengiringi,” tulisnya.

Abby Abadi Nasihat Marissa Jaga Diri, Pesan Jangan Ulang Kesilapan Lalu

Abby Abadi Imbau Kenangan Membesarkan Marissa Dania

Dalam perkongsian sama, Abby Abadi turut mengenang kembali perjalanan membesarkan Marissa sejak berada dalam kandungan. Malah, beliau berkongsi detik istimewa apabila Marissa dilahirkan di dalam kereta dan disambut sendiri olehnya.

Kenangan tersebut menjadi antara momen paling bermakna dalam hidupnya sebagai seorang ibu. Walaupun masa berlalu begitu pantas, kasih sayang seorang ibu terhadap anak tidak pernah berubah dan sentiasa kekal utuh.

Sebagai seorang ibu, Abby menyifatkan Marissa sebagai anak yang baik serta memiliki peribadi yang menyenangkan. Namun begitu, beliau turut mengakui pernah melalui pelbagai cabaran sepanjang membesarkan anak keduanya itu.

Ads

“Anak mama, mama yang jaga sejak dalam perut, lahir dalam kereta pun mama yang sambut. Anak yang baik dan cantik tetapi sebab nombor dua, sukar dijangka.

“Ketika tingkatan empat, belajar pandai tetapi mama gagal kawal. Maafkan mama ya adik.

“Sayang adik dunia dan akhirat. Jaga diri, api dalam sekam di mana-mana, jangan berulang lagi,” luahnya.

Pesanan Penuh Kasih Seorang Ibu

Luahan Abby Abadi itu mencuri perhatian ramai kerana menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah terputus walaupun anak-anak semakin dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri.

Nasihat yang disampaikan juga memperlihatkan harapan seorang ibu agar anaknya sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan serta mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu demi masa depan yang lebih baik.

Ads

Ramai netizen turut mendoakan agar hubungan antara ibu dan anak itu sentiasa dipermudahkan serta terus dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan.

Ads

Marissa Dania Rai Hari Lahir Ke-21

Terdahulu, Marissa diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang turut dihadiri bapanya, Norman Hakim serta ibu tirinya, Memey Suhaiza. Bagaimanapun, kelibat Abby tidak kelihatan dalam majlis berkenaan.

Untuk rekod, Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby bersama Norman Hakim. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum bercerai pada 2009.

Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18.

BACA LAGI : Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa, “Kesilapan Bukan Makna Adik Gagal”

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Timang Puteri Sulung, Tengku Nadine...

Tengku Nadine Amina Zahra selamat diputerakan sebagai cahaya mata sulung Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri, sekali gus membawa khabar gembira kepada keluarga Diraja Pahang.