Kecoh di media sosial soalan matematik anak darjah satu begitu sukar. Malah membuatkan ibu bapa mula pening kepala dan meluahkan rasa bimbang dengan modul matematik negara ini.

Di ruangan komen kelihatan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan soalan yang diberikan amat susah, malah ada yang membuat andian mahu membakar ‘degree’ yang diperolehi akibat kepayahan soalan matematik anak tahap satu.

Isu mengenai itu pada mula tular menerusi perkongsian Nur Atiqah Zulkiplee sehingga mendapat perhatian ramai ibu bapa yang sependapat dengannya.

Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala!

Rentetan daripada tular isu pengiraan matematik yang sukar, ada wargamaya telah ‘menyeru’ seorang pakar dalam bidang pendidikan iaitu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Dan Teknikal Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, DR Othman Talib

untuk mengulas isu ini. Terbaru menerusi perkongsiannya, Dr Othman Talib menjelaskan bahawa modul di negara ini agak berlainan dengan negara maju lain yang dianggap lebih mudah berbanding negara kita.

Dia membuat perbandingan dengan negara Singapura dan Amerika Syarikat yang dilihat lebih menggunakan gambarajah untuk mengajar kanak-kanak mengira.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

Bila namaku diseru…

IKLAN

1. Foto [hitam putih] adalah soalan Tahun 1 sekolah rendah yang menjadi isu, sehingga nama aku diseru. Foto selebihnya adalah Singapore Math Year 1
2. Isu ini timbul kerana soalan yang diberikan dalam buku di Msia, untuk murid Tahun 1 lebih advanced dari negara lain, termasuk Singapore, sehingga ibubapa mengeluh.
3. Buku di Singapore sendiri belum lagi melibatkan cerakinan operasi penambahan > 10, yang sulit bagi murid Year 1 / Tahun 1. Lihat foto buku math Singapore, persembahannya melibatkan angka 10, mudah difahami, tidak sesak dan semak.

Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala! Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala! Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala!

 

4. Maka, bukan sahaja ibubapa yang tercengang, anak-anak Tahun 1 lagi lah, sebab mereka belum bersedia membuat kiraan mengikut pendekatan cerakinan berasaskan 10 (base ten) dengan angka > 10.
5. Tak faham, apa masalahnya yang nak cepat sangat mengajar maths kepada murid Tahun 1 sesuatu yang advanced dari usia mereka, sehingga mereka tidak dapat merasakan mudah dan indahnya Math.
6. Ini belum lagi terjumpa ‘pengalaman bekerja 0.23 abad’ atau ‘keuntungan 5/7 juta – 0.013 juta’ yang membuatkan math hilang makna utk kehidupan.
7. Tulislah apapun yang tak kena dengan Math di Msia, dengan contoh2nya sekali, tak sapapun kisah. Silap-silap hari bulan, makin ditambah lagi apa yang dah memeningkan kepala anak-anak.

Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala!

IKLAN

8. Singapore bukannya jauh. Orang JB hari2 mengadap Spore. Lihatlah buku Maths Spore. Kalau dilihat buku Maths US yang mendakwa mengikuti pendekatan Spore pun jauh lebih mudah.
9. Kalau aku tak tunjuk aktiviti dalam buku Math Spore ini, tentu akan dikatakan aku cuba merendahkan silibus Msia, itu jelah modalnya.
10. Dahlah anak-anak jenuh nak faham, guru jenuh nak memahamkan, ibubapa plak ramai yang panik tak tahu nak ajar anak-anak wpun di Tahun 1 !

Semoga ibu bapa tabah dalam mendidik anak-anak agar cemerlang dalam pelajaran.

Sumber: Othman Talib

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Tular Soalan Math Darjah 1 ‘Complicated’, Pensyarah UPM Siap Tunjuk Modul Negara Maju, Tak Pening Kepala!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI