Bawang putih antara bahan mentah yang cepat rosak jika anda tidak tahu cara yang betul untuk menyimpannya. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Tip Simpan Bawang Putih
Sebenarnya ada cara untuk menyimpan bawang putih agar sentiasa segar dan tahan lama. Hasilnya, rasa bawang putih lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas.
Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Rasa Lebih Sedap, Sebati & Tahan Lama
Caranya:
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
Ads
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Kelebihan Bawang Putih
Ads
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya.
Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut tentang popia, pastinya yang disira dengan sambal ini menjadi pilihan utama kerana rasanya yang lebih enak dengan gabungan rasa pedas, manis dan masin yang cukup.
Selalunya popia sira sambal ini akan menjadi lembik setelah beberapa jam disira. Tetapi resipi kali ini yang dikongsikan oleh NoraFiza Kamarin ini semestinya akan membuatkan popia anda kekal rangup dan sedap. Selamat mencuba!
Popia Sira Sambal
Bahan-Bahan:
Sambal Sira
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Sagat panjang-panjang sengkuang dan lobak.
– Tumis bahan-bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak masak agak bahan-bahan layu sahaja. Kemudian toskan & sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak, sengkuang tadi kering, kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak dan hasilnya tak cantik dan tak rangup.
– Bila bahan inti dah kering dan sejuk boleh start menggulung. Gulung jangan terlalu ketat/padat, inti pun jangan terlalu bayang, sedang2 je supaya popia tak lemau/lembik bila sejuk. Lekatkan dengan air je pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
– Habis menggulung semua popia boleh goreng garing2 dengan api yang sederhana. Toskan popia goreng bagi suam/sejuk sebelum disira.
– Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih, api sedang sahaja, jangan pandai-pandai nak tambah air.
– Gula memang guna lebih dari cili (itulha tips untuk bagi popia kekal rangup, sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
– Dah pekat serta berbuih ganas tutup api bagi suam-suam. Sambal dah suam terus masukkan popia gaul smpai rata.
– Susun popia dalam dulang/talam tapi jangan susun bertindan/brtindih kalau nanti popia tak kekal rangup, dah sejuk baru boleh susun dalam bekas.
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid,23 ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri. Malah, tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil 4 bulan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.