Membayangkan dapat makan pizza ketika bersarapan tentu sesuatu yang cukup mengujakan. Apatah lagi jika disediakan sendiri dan dapatlah dimakan ketika masih panas.
Pun begitu, apa yang kita tahu bukan senang sebenarnya untuk membuat hidangan pizza ini. Adunan perlu diuli dan canai, sediakan toppinh, dibakar dan pelbagai lagilah prosesnya.
Namun andai anda menyediakan pizza dengan teknik ini, nyata ianya cukup mudah dan pastinya anda yakin dapat sediakan menu ini pada bila-bila masa dan ketika. Nak tahu bagaimana penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Nina Nuar. Selamat mencuba!
Pizza 5 Bahan Tanpa Oven
Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat.
InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.
Bahan:
1. Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
2. Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
3. Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
4. Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
5. 3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
Ads
Cara -cara buat :
Guna blender macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Ni orang panggil blender daging rasanya.
Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2x saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
Ads
Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
Letak sos tomato kemudian letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
Ads
Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.
Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”). Saya takda pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.
Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.
Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
ekstra tip
*topping boleh guna/tambah/tukar yang lain. Sosej, ayam, daging, tuna, nenas, bawang, cili besar.
*garam dan gula tak perlu. Roti dah manis. Susu segar dan keju dah masin.
Sejak PKP ni ramai yang suka buat sendiri biskut dan kek dirumah. Maklumlah tidak ke mana-mana banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.
Tentunya kudapan sentiasa ada di rak dapur. Salah satu cara untuk memastikan biskut atau kek tahan lama dan rasa yang lebih sedap adalah sangai tepung sebelum membuat bancuhan kek atau biskut.
Petua ini dikongsi oleh saudara Muhamad Farid Omar yang mana turut berkongsi beberapa petua masakan lain.
Haqi ni ceq bagi cara nak sangai tepung guna oven , petua nak bagi Biskut , Kek tahan lama dan cara buat Self Raising Flour ..ok jom kita start
Cara nak buat sangai tepung guna oven : 1. Hampa ambik tepung gandum biasa tu ayak lepas tu hampa bakaq sat suhu 160c dalam 20 minit 2. Nanti tepung tu akan berketul-ketul lepas keluaq dari oven biaq suam-suam sikit atau sejuk ayak lagi sekali sambil pecahkan semua ketul-ketul tu 3. Sejukkan dah siap tepung sangai hampa mudah kan..boleh hampa buat kerja lain sambil tunggu tepung tu siap
Nak dapat Biskut rangup dan Kek tahan lama : 1. Bila dah bakaq siap tepung ( sangai ) hampa ayak la 2 3 kali nanti tepung tu jadi ringan dan haluih 2. Nanti Biskut hampa tahan lama , rapuh , Kek hampa jadi gebu ( terutama Kuih Traditional Bahulu dan Kuih Bakaq ) 3. Untuk gula putih putih pulak hampa jemoq sat tengah panas sambil – sambil tu kacau sekali sekala sampai kering
4. Nak tau kering hampa genggam gula tu dan lepas kalau biji – biji gula tu dah tak melekat dekat tangan memang dah kering elok 5. Kalau hampa rajin hampa kisaq sikit gula putih nak beli gula kastor boleh tapi harga agak mahai so beli gula putih ja jimat sikit..
Cara nak buat sendiri Self Raising Flour : 1. Lepas tepung sejuk hampa ambik 1 sudu besaq Baking Powder ( guna sudu sukatan ) timbang 250gm tepung tadi ayak sekali lagi bagi rata dah dapat tepung Self Raising Homemade..senang ja kan 2. Dah siap semua hampa boh dalam balang dan labelkan macam cea buat ( rujuk gambaq sat lagi tertukaq pula ) 3. Ceq guna 3 jenis tepung kalau nak buat koi dan kek ( tepung cap rose , tepung gandum biasa dan self raising )
Ok tu ja ceq kongsi cara ceq dok buat Kek dan Biskut cara jimat kalau hampa nak cuba… Bukan apa beli barang nak buat dah mahai kalau buat tak jadi sayang uih.. Mana boleh jimat tu kita usaha baru berkat. Janji hampa kena rajin, sabaq nak ikhlas InsyaAllah
Melihat kuningnya warna nangka dan disumbat pula dengan pulut di dalamnya, nampak cukup menyelerakan.
Resipi istimewa ini telah dikongsikan oleh Puan Zalipah, dan mengetahui lanjut disebalik kisah Nangka Pulut ini, tentu ada yang menariknya pada keluarganya. Jom semak.
Duit sampingan
Pulut nangka nilah yang Kak Pah buat untuk jualan tapi bukanlah setiap hari Kak Pah berniaga. Kak pah cuma open order hari minggu sahaja sebab hari biasa Kak Pah terikat dengan mengurus anak sekolah.
Hasil jualan Pulut Nangka ni kadang-kadang dapatlah RM100 – RM200, bolehlah sekadar menambah pendapatan keluarga.
Kak Pah jual RM7 untuk 1 set di mana di dalamnya ada 5 ulas nangka yang disumbat bersama pulut.
Unik & Enak
Istimewanya pulut nangka ini sebenarnya terletak pada kuah / sos dia tu. Sebab dalam kuah itu kita blender isi nangka bersama santan pekat. Memang rasa dia sedap sebab lemak-lemak santan ditambah rasa dan harum bau nangka itu.
Ragam selera
Kak Pah lah yang paling suka gabungan nangka dengan pulut ni. Anak-anak ada jenis yang makan nangka sahaja. Ada yang jenis makan pulut sahaja. Manakala suami pula sos pulut tu dia akan cicah dengan roti sebab pulut dia tidak boleh makan sangat.
Untuk itu di sini dikongsikan resipi untuk menyediakan Pulut Nangka yang nampak begitu menyelerakan.
Resipi Pulut Nangka
Bahan-bahan:
Nangka
Beras pulut (direndam 8 jam) kurang pun tak mengapa
Santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat)
Garam dan gula
Daun pandan (optional)
Cara-cara :
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2. Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3. Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4. Pastu masuk semula dalam periuk kukus sekali lagi kukus sampai keluar wap angkat tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk cikit
siap bahagian pulut.
Utk nangka
1. Isi nangka dibelah buang biji jangan belah terus separuh sahaja.
2. Ambil pulut kepal-kepal masuk dalam perut nangka itu.
3. Sudah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut dalam periuk kukus sekejap dalam 3-5 minit camtu untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tidak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup camtu tak perlu kukus pun tak apa.
Utk sos
1. Santan pekat blend dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2. Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3. Masuk gula garam ikut citarasa
Apa yang menariknya tentang ayam goreng ala korea ini dah tentulah pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Tetapi kali ini apa kata anda buat jer sendiri di rumah. Cuba resipi yang dikongsikan oleh Ina Sehot
Duduk rumah tak tahu nak masak apa? Jom cuba Resepi ayam ala korea sedap gila tp terlalu senang dan mudah! versi pedas dan versi tak pedas!
Resepi ni laku keras dan paling fav keluarga! boleh diterima tekak org Melayu! nyum!
Bahan-bahan
8 ketol sayap ayam
2 peket serbuk ayam goreng seri aji
Ambik separuh untuk perap semalaman
Untuk sos😅
1biji bwang putih
2 biji cili padi(cili endon)/ (versi pedas 5bijil cili padi)
5 sudu sos cili (versi pedas 8sudu sos cili)
5 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu plum sos
Minyak untuk menumis
Cara membuat ikut gambar yang diberikan.
Tumis bawang dan cili.Masukkan bahan-bahan sosBancuh tepung goreng.Salutkan tepung pada ayam.
Selamat mencuba
Kredit : Ina Sehot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.