Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Kongsi Kejayaan Di Pentas Konvokesyen
Jika si bapa berjaya mendapat PhD, si anak pula berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pada Majlis Konvokesyen Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 yang berlangsung baru-baru ini.
Dr. Azmi Abd Majid yang berusia 52 merupakan graduan PhD dalam bidang perbankan dan kewangan di bawah Fakulti Perniagaan Ekonomi Dan Perakaunan (FPEP), manakala anaknya Aleeya Batrisyia 22, merupakan graduan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83.
Bapa Genggam PhD, Anak Peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Azmi ketika berkongsi kejayaan mendapatkan PhD berkata, beliau mula menjadikan gelaran PhD sebagai cita-cita peribadi setelah mula beralih ke bidang akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016 setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan sebelum itu.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya menekankan kepentingan keseimbangan terhadap tanggungjawab akademik dan keluarga.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
Sebagai seorang ayah, Azmi sering berkongsi kata-kata motivasi di Facebook agar anak-anaknya dapat melihat dan mengambil inspirasi daripadanya, selain turut menasihati mereka supaya tidak menghadkan impian dan sentiasa bercita-cita tinggi, serta abaikan pandangan negatif orang lain dan terus fokus kepada matlamat yang ingin dicapai.
Nasihat tersebut turut mempengaruhi Aleeya Batrisyia, yang menyifatkan kejayaannya sebagai hadiah untuk ibu bapanya.
Ads
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya ‘belajar sebanyak mungkin’ menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya. Aleeya turut merancang mengikuti jejak ayahnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama tetapi lebih spesifik iaitu terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia menjadi bukti bahawa sokongan keluarga memainkan peranan masing-masing dan dedikasi tersebut mampu menjadikan impian satu kenyataan dan membina generasi keluarga ke arah kecemerlangan.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah (Muhammad Fakhrul Hakim Nasrudin, pelajar program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS )
Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akan kehamilan isterinya, Fazeera Nazri.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah.
“Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Terujanya nak sambut adik baru,” tulisnya.
Dalam pada itu Fizo juga meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu dalam keluarganya.
“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam entri itu juga, Fizo turut berkongsi beberapa kepingan gambar terkini isterinya dengan baby bump yang jelas kelihatan.
Ruangan komen usahawan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar kehamilan ini dipermudahkan.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Wan Maryam menerusi perkahwinan terdahulunya.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memilih untuk melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan sekali lagi yang dijangka pada awal Januari tahun hadapan.
Akui Ayda lagi, selepas melalui pengalaman kelahiran anak pertama dia tekad untuk melahirkan anak keduanya secara pembedahan sekali lagi kerana merasakan ia satu hal yang mudah.
Malah pengalamannya ketika berpantang juga satu pengalaman yang indah dan tidak sukar seperti yang diperkatakan sesetengah orang.
“Untuk anak kedua ini, saya masih pilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan.
“Saya pilih czer sebab dari pengalaman pertama lagi, i really have a beutiful moment,” kongsi Ayda.
Malah kata Ayda lagi, ketika berpantang anak pertama, dia melalui satu pengalaman indah malah dipantau dengan baik oleh suaminya, Nabil Mahir.
“Bila orang cakap, nanti lepas czer akan sakit lama, susah nak cakap tapi saya rasa semua itu tak betul. Mungkin sebab lain orang lain pengalamannya.
“Alhamdulillah pengalaman saya dipermudahkan waktu itu dan saya tetap nak bersalin czer.
“Kalau nak tahu lepas saya bersalin anak pertama dulu, ramai kawan-kawan tanya Nabil dan Nabil berkongsi pengalaman mudahnya menjaga ibu bersalin czer,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu kongsi Ayda lagi, dia bakal menyambut kelahiran bayi keduanya nanti pada awal Januari nanti.
“Sepatutnya dia lahir pada tarikh 1 Januari nanti, iaitu waktu anniversary saya dan Nabil.
“Bila pergi check, doktor kata pandainya plan tarikh tapi disebabkan beberapa perkara, saya terpaksa pilih tarikh lain, ” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil berkongsi bakal menimang seorang cahaya mata lelaki yang begitu dinantikan semua.
Sebelum ini timbul tanda tanya di kalangan netizen apabila melihat penampilan anak sulung Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora gara-gara tubuhnya yang begitu kurus dan cengkung.
Berkongsi video di platform Tiktok Azhar Sulaiman turut menyatakan kerisauannya apabila mengenangkan keadaan anak gadisnya yang menghidapi penyakit hipertiroid.
Apatah lagi baru-baru ini anak perempuannya itu pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
@azharbsulaimanKasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww♬ original sound – Azhar Sulaiman
“Kasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah masuk kereta,” itulah kata pelakon Azhar Sulaiman yang sempat berseloroh menerusi video di TikTok miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Azhar berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Kasih Leia Ixora jatuh pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Azhar turut meluahkan rasa risau dan bimbang mengenangkan keadaan anaknya yang menghidapi penyakit hipertiroid.
Dalam pada itu, anak perempuan Azhar itu juga dilihat menunjukkan bahagian lehernya yang menerima rawatan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sekadar info, penyakit hipertiroid berpunca daripada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan sehingga mengganggu metabolisme badan. Antara kesan sampingan pesakit adalah seperti penurunan berat badan yang mendadak, keguguran rambut, degupan jantung tidak teratur, pening serta muntah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan yang baik-baik untuk Kasih Leia Ixora malah tidak kurang juga respect dengan tindakan Azhar sebagai bapa yang dilihat begitu tenang berhadapan dengan situasi tersebut.
get well soon kasih. better jgn pegi mana2 sorang2. get someone teman yea. takut u pengsan sorang2. take care kasih 💖💖💖💖
Bapak dia cool je😂 btw get well soon kasih
Muga diberikan syifa kesembuhan & dipermudahkan segala urusan